Ticker

6/recent/ticker-posts

Betulkan Niat Menunaikan Umrah

Betulkan Niat Menunaikan Umrah | Baru-baru ni kan kecoh pasal Sajat pergi umrah, dari Malaysia pakai jubah lelaki, tapi bila sampai sana, pakai telekung. Tahukah uols, hakikatnya, ibadah umrah Sajat sah walaupun dia pakai telekung.

Sebab apa?

Sebab dia beribadah dalam keadaan menutup aurat dan cukup syarat andai kata jantina sebenarnya adalah seorang lelaki, walau sebenarnya wajib untuk lelaki berihram semasa menunaikan umrah - Mufti Kelantan. Tapi sama ada diterima Allah atau tak, Allah redha atau tak, haaa kat situ la yang menjadi persoalan sebab bila lelaki dah berpakaian wanita, benda tu dah jadi haram.

Kredit gambar: Libur

Mengambil berat akan isu ni, Mufti Wilayah Persekutuan pun bertindak untuk bagi peringatan kepada umat Islam tentang umrah. Kena sucikan niat dan faham betul-betul, kita buat umrah ni untuk apa sebenarnya? Antara nasihat Datuk Seri Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri adalah:

1. Fahami maksud sebenar ibadah umrah.

Imam al-Nawawi pada awal mukadimah kitabnya menyeru kepada bakal haji dan umrah supaya bertaubat daripada segala maksiat dan segala perkara yang makruh serta berusaha mengislahkan diri. (Lihat al-Idhah fi Manasik al-Hajj wa al-Umrah, hlm. 48)

Tanya diri, apakah niat kita menunaikan umrah? Ambil waktu yang sunyi, hening di tengah malam semasa bermunajat kepada Allah SWT untuk bertanya kepada diri kita soalan tersebut. Yang pasti, tidak ada yang menunaikan umrah hanya untuk melancong dan berseronok. Umrah adalah pengembaraan rohani seseorang untuk mengabdikan diri kepada Allah SWT.

2. Fikir terlebih dahulu sebelum bertindak.

Adakah tindakan itu menguntungkan diri, keluarga dan negara atau sebaliknya? Dalam urusan ibadah, kita wajib mengikut syarak, bukannya mengikut hati dan perasaan.

Apatah lagi jika seseorang itu dikenali ramai, sudah tentu apa jua bentuk tindakannya akan diperhatikan. Yahya bin Sa’id al-Ansari berkata:

لا تفعل فإنك إمام منظور إليك

Maksudnya: “Jangan berbuat sesuatu tanpa berfikir terlebih dahulu, kerana anda di hadapan mereka yang memerhati anda.” (Lihat Tarikh Dimasyq, 50/357)

3. Agensi pengelola umrah wajib bertanggungjawab sepenuhnya.

Mereka hendaklah memelihara dan membimbing jemaah supaya mereka mengikut hukum syarak dan undang-undang setempat.

Sepatutnya sentiasa memberi panduan dan peringatan kepada jemaah seliaan mereka agar menepati kehendak ibadat itu sendiri.

4. Allah SWT Maha Kuasa.

Allah SWT tidak perlu tunduk kepada kehendak sesiapa untuk memberikan dosa atau pahala. Dia boleh melaksanakannya pada bila-bila masa, tempat dan keadaan yang dikehendaki-Nya. Sedikit firman-Nya untuk renungan kita:

وَلَوْ يُؤَاخِذُ اللَّـهُ النَّاسَ بِمَا كَسَبُوا مَا تَرَكَ عَلَىٰ ظَهْرِهَا مِن دَابَّةٍ وَلَـٰكِن يُؤَخِّرُهُمْ إِلَىٰ أَجَلٍ مُّسَمًّى ۖ فَإِذَا جَاءَ أَجَلُهُمْ فَإِنَّ اللَّـهَ كَانَ بِعِبَادِهِ بَصِيرًا

Maksudnya: “Dan kalaulah Allah mengirakan kesalahan manusia serta terus menyeksa mereka disebabkan amal-amal jahat yang mereka telah kerjakan, tentulah la tidak membiarkan tinggal di muka bumi sesuatu makhluk yang bergerak; akan tetapi (dia tidak bertindak dengan serta merta, bahkan) Ia memberi tempoh kepada mereka hingga ke suatu masa yang tertentu; kemudian apabila sampai tempoh mereka (maka Allah akan membalas masing-masing dengan adilnya), kerana sesungguhnya Allah sentiasa Melihat keadaan hamba-hambaNya.” (Surah Fatir: 45)

5. Jujurlah kepada diri sendiri.

Seseorang itu lebih tahu hakikat dirinya. Justeru, jadilah kita sebagai diri kita yang hakiki, bukan dibuat-buat. Allah SWT berfirman:

إِنْ أَحْسَنتُمْ أَحْسَنتُمْ لِأَنفُسِكُمْ ۖ وَإِنْ أَسَأْتُمْ فَلَهَا

Maksudnya: “Jika kamu berbuat kebaikan, (maka faedah) kebaikan yang kamu lakukan adalah untuk diri kamu; dan jika kamu berbuat kejahatan, maka (kesannya yang buruk) berbalik kepada diri kamu juga.” (Surah al-Isra’: 7)

6. Jangan mudah memberi komen.

Fahami latarbelakang isu terlebih dahulu disamping meraikan adab, tabayyun (selidik) dan uslub (gaya) dakwah yang akan memberi banyak kesan samada positif atau negatif.

Gunakan bahasa yang baik atau teguran yang membina. Budayakan dan amalkan prinsip al-din al-nasihah (agama itu adalah nasihat) mengikut kehendak Nabi SAW.

Hukum Umrah Transgender

Wajib bagi seorang transgender (mukhannas) menunaikan umrah dengan jantina asalnya. Walaupun umrahnya sah jika mematuhi rukun umrah, perbuatannya tetap haram dan dikira berdosa. Malah, dia boleh dikenakan dam kerana melanggar wajib umrah. Masalah ini disebut oleh para fuqaha sebagai infikak al-jihah (hukum yang terpecah kepada beberapa bahagian).

Ini juga bertepatan dengan Resolusi Muzakarah Haji Peringkat Kebangsaan Kali Ke 28 Musim Haji 1433H pada kertas kerja bertajuk Khunsa Dan Mukhannas Dalam Permasalahan Ibadat Haji. Muzakarah menyimpulkan bahawa bagi mukhannas semulajadi atau yang disengajakan, telah melakukan pembedahan tukar jantina atau tidak dan kes menukar jantina dengan melakukan pembedahan bukan disebabkan keharusan syarak, maka hukum individu tersebut termasuk ibadat haji dan umrah hendaklah mengikut hukum asal kejadian dirinya. Dalam konteks isu ini, Sajat wajib secara syarak sebagaimana yang termaktub dalam al-Qur’an dan Hadith untuk beribadah dan berpakaian seperti lelaki.

***

"Ya Allah, tunjukkanlah kepada kami kebenaran itu sebagai kebenaran, dan rezekikan kami untuk mengikutinya. Ya Allah tunjukkanlah kami kebatilan itu sebagai kebatilan dan rezekikan kepada kami untuk menjauhinya."

Post a Comment

12 Comments

  1. akak x nak komen tentang sajat ni..sebab akak bukan sesiapa untuk komen..akak baca dan fahami je..terima kasih atas perkongsian..alhamdulillah dapat ilmu baru dari perkongsian ini

    ReplyDelete
  2. Terima kasih atas perkongsian, semoga kita semua sentiasa dikurniakan hidayahNya aminn.

    ReplyDelete
  3. semoga dia diberikan petunjuk dan hidayah oleh Allah.

    ReplyDelete
  4. terima kasih atas perkongsian. Allahu, sungguh takut hidup di akhir zaman ini T_T

    ReplyDelete
  5. nice sharing. amin atas doa akak :)

    ReplyDelete
  6. pergi umrah satu amalan yang sangat bagus kerana berpeluang untuk mengunjungi tanah suci

    tapi sebaiknya..niat perlu betul

    ReplyDelete
  7. insyaallah..doakan semoga kita semua dijemput kesana dalam keadaan yang suci dan baik. insyaAllah semoga niat nak buat baik, ALLAH SWT lorongkan kita. amin

    ReplyDelete
  8. Allah sajalah Maha Mengetahui.. kalau dia benar tunjukkan kalau dia salah semoga yang lain x dapat bahagian murkaNya. itu saja..

    ReplyDelete
  9. Moga kita semua diberikan rezeki untuk sampai ke sana...harap-harap kita pergi pakai telekung bukan pakai jubah yaa..hehehehe

    ReplyDelete
  10. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com