Sweet & Sour Cheesy Bites Pizza Hut Malaysia

Sweet & Sour Cheesy Bites Pizza Hut Malaysia | Sepatutnya ni entri Wordless Wednesday semalam, tapi semalam tak menyempat langsung nak bukak laptop. Jadi, terpaksa la kita mengarang sikit untuk masukkan dalam entri hari ni sebab dah tak wordless dah, hari ni kan Khamisss!

Dijadikan cerita, beberapa minggu lepas join contest giveaway kat Instagram oleh Pizza Hut Malaysia. Senang ajeee caranya, just post new year moment kat IG story kita, then masukkan sekali sticker "pizza everywhere" dalam story tu, tag @pizzahutmalaysia dan hashtag #pizzaeverywhere. Dah post, tungguuuu surprise dari Pizza Hut Malaysia.


Nah, ini diaaa surprise nya! Diorang kasi kupon 1 regular Sweet & Sour Cheesy Bites for FREE! Apa lagi, pergi la redeem dengan dak-dak rumah hari Sabtu lepas kat Pizza Hut AEON Taman Universiti. Not bad la rasa dia, sedappp dan cheesy seperti namanya. Suka sos nya yang masam manis, sure nak order lagi kalau stok masih ada and ada rezeki ke sini lagi. Harga Sweet & Sour Cheesy Bites ni RM41.90 (Ala Carte), uols jugak boleh upgrade meal set dari pizza biasa ke pizza special Chinese New Year ni dengan tambah RM9.90 untuk meal 2-3 pax, dan tambah RM11.90 untuk meal 4 pax ke atas.

Pergi berempat je malam tu, saya, Ibah, kak Ajan dan kak Ila. Nada takde sebab dia ada kerja nak kena siapkan malam tu. Sebelah siangnya kitorang da lepak-lepak da. Tengahari, Ibah balik dari kursus, dia masak Ayam Masak Lemak Cili Padi. Kak Ila datang makan tengahari kat rumah sama-sama. Lepas makan, kitorang lepak kat ruang tamu tengok Sepahtu Reunion kat laptop kak Ila. Berdekah-dekah gelak sampai tingkat atas, kak Ajan tengah nap pun terbangun dengar kitorang gelak. Haha!


Petangnya pukul 4, Nani cousin Nada sampai kat rumah. Lepas Asar, kitorang keluar ke UTM sebab dah janji nak pergi Richiamo Coffee. Lepak minum kopi aje sambil borak-borak. Then kawan kak Ajan, dak Fiqa datang, diorang nak gi jogging kat Tasik Ilmu UTM. Kitorang lak gerak balik rumah. Ingatkan nak balik terus, rupanya tersinggah pulak ke tempat lain.



Jalan-jalan kat tasik depan Pusat Kesihatan UTM tu pulak. Haha! Alang-alang nak try test kamera handset Realme X2 Pro baru kak Ila. Ada wide angle gak koo ๐Ÿ˜ Sekarang ni hampir semua handset baru dah ada wide angle kan? Dengan kualiti kamera handset yang semakin baik, dah tak susah nak kendong DSLR ke sana-sini. Tapi kalo orang yang memang photographer, tetap jugak DSLR di hati.

Setuju tak?
Sweet & Sour Cheesy Bites Pizza Hut Malaysia Sweet & Sour Cheesy Bites Pizza Hut Malaysia Reviewed by Sunah Sakura on February 06, 2020 Rating: 5

18 comments:

  1. wow ada pizza baru la. boleh la cuba nanti.

    ReplyDelete
  2. alhamdulillah terasa nikmat nya kehidupan ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. syukurrrrr..nampak la ada life sikit kan..hahahahhahaha

      Delete
  3. nampak sedap pizza tu...amboi..jenjalan taman..bestnyaaaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. yaaa, best dapat luangkan masa dengan kesayangannn

      Delete
  4. Boleh bayangkan ketika mengunyah ada banyak rasa..rasa nanas tu yang buat lebih ummph.

    ReplyDelete
    Replies
    1. aha, kita pun suka nenas atas pizza! dia buat pizza tu manisss

      Delete
  5. wahhh ada yg bru lagi. hari tu bru try the one in black (lupa nama apa)

    ReplyDelete
  6. wahh asik sekali makan bareng dengan teman teman... pizza ny bikin ngiler

    ReplyDelete
  7. lama tk mkn pizza hut..ada perisa baru

    ReplyDelete
  8. ohooohoi ni tewas !! i tengok pizza i memang kenot hold on hahaha..
    lama gile x makan pizza. huurm.. sabar sabar bulan ni da makan mekdi da fast food.
    hold on nxt month..

    ReplyDelete
  9. Tu RV ek? Ke Tembikai tu hahahahaha *buat-buat tak nampak

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com

Powered by Blogger.