Kek Lapis Pandan Choco Berry Promosi Februari

Kek Lapis Pandan Choco Berry Promosi Februari | Bulan ni buat promosi kek lapis sebab tak lama lagi nak masuk puasa. Kadang-kadang ada customer yang suka beli sikit-sikit bulan-bulan gini, untuk kumpul sampai raya nanti. Sebab kek lapis ni tahan lama bila simpan dalam peti ais, rasanya masih sedap walau dah berbulan-bulan disimpan.


Dimulakan dengan Kek Lapis Pandan Choco Berry. Antara kek lapis terawal di Selera Sakura. Resepinya pernah saya kongsikan di blog Selera Sakura. Resepi asal Kek Lapis Pandan Choco Berry ni adalah dari Bro Rozzan. Sikit-sikit aje saya ubah untuk mudahkan pembuatannya. Macam aduan coklat tu, saya gunakan chocolate emulco saje, tak pakai koko dah. Yang lain masih sama. But still, jenis premium sebab kita guna pure butter.


Kek Lapis Pandan Choco Berry ni antara kegemaran ramai juga, sebab warnanya yang meriah dan juga rasanya yang simbolik dengan namanya. Ada rasa coklat, pandan dan strawberry bersatu dalam lapisan kek. Bau pandan yang wangi turut menaikkan selera, cubaan untuk stop pada potongan pertama mestilah gagal.


Sebuku kecil tu saya jual RM20 per loaf. Tak termasuk caj penghantaran atau pengeposan. Jadi mana yang nak datang ambil sendiri, lebih jimat. Dulu, tahun 2017, saya boleh lagi buat promosi kek lapis ni sampai RM15 sebuku. Tapi tahun ni, susah lerr uik. Kenapa? Cuba la tengok rega pure butter kat kedai berapa. Hihihi. Sebiji kek pulak pakai 500 gram pure butter ya!


Terima kasih kepada yang order! Untuk penyimpanan yang tahan lama, balut kek dalam aluminium foil, dan simpan dalam peti ais. Bila nak hidang atau makan, keluarkan dan potong, biar dia lembut dalam setengah jam gitu, dah boleh makan. Tapi nak makan sejuk-sejuk pun sedap.

Kalau uols nak order gak, boleh whatsapp saya terus tau!

Selera Sakura
Kek Lapis Pandan Choco Berry Promosi Februari Kek Lapis Pandan Choco Berry Promosi Februari Reviewed by Sunah Sakura on February 07, 2020 Rating: 5

11 comments:

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com

Powered by Blogger.