Ticker

6/recent/ticker-posts

Diserang Gastrik Teruk

Diserang Gastrik Teruk | Setelah sekian lama tak diserang gastrik, Rabu malam minggu lepas dia datang menyapa. Aduhai, teruk betul rasanya. Last kena masa raya beberapa tahun yang lepas, asbab banyak sangat minum air berkarbonat seharian.

Gambar sekadar hiasan - Donna

Kali ni sebab makan jeruk mangga asamboi satu balang yang budak jual kat traffic light tu, dengan perut kosong. Adeiii. Memang mendapat lerr. Masa makan tu da terfikir gak dalam kepala, "ni aku makan banyak-banyak kang, sakit perut lak." Dah macam doa pulak, akhirnya malam tu angin mula naik dari perut ke ulu hati dalam kekerapan setiap satu minit.

Sakitnya aduhai, siapa pernah kena gastrik teruk, haa tahu lahhh macam mana. Ni bukan gastrik acah budak-budak sekolah tau. Bila dia menyerang tu, sedikit demi sedikit terasa kesakitan dia, bergerak perlahan-lahan dari perut, naik ke dada dan paling sakit terasa bila sampai ke ulu hati. Macam cramp gitu hati kita dibuatnya.

Bila dah banyak sangat angin yang naik balik ke saluran pernafasan, kita akan rasa nak muntah. Memang muntah-muntah la malam tu dibuatnya. Muntah pulak semua jeruk mangga tu aje. Macam ada sikit gak darah gelap, tapi sikitttt je. Tak boleh jadi ni, memang kena gi klinik jugak. Whatsapp lah dalam group rumah, dari awal tadi bagitau gastrik teruk, sampai lah akhirnya saya tulis, "esok tolong jenguk saya, tak tahu bila akan berhenti gastrik ni."

Perasaan masa tu memang macam serangan gastrik tu boleh buat saya meninggal dunia. Jangan gelak tau! Nak melambangkan betapa sakitnya tu ha. Baru lah kak Ajan PM bagitau dia nak pergi Darussyifa'. Saya terus cakap, nak pergi klinik sebab dah tak tahan sangat, ubat pulak takde kat rumah. Kak Ajan kejut Nada dan Ibah, diorang yang bawak saya ke Poliklinik Penawar 24 Jam kat Taman Sri Pulai.

Sebelum gi klinik tu, dah start cirit-birit pulak. Tapi tak banyak lah, sebab angin dalam badan kan, dia sebolehnya nak keluar dari atas dan dari bawah. Dipaksa-paksa, dengan sendawa, muntah dan cirit-birit. Sampai duduk menunggu dalam toilet pun ye, sebab takut nak termuntah. Huhu. Tapi gastrik gini, bila kita da muntah dan cirit-birit tu, baru dia rasa lega sikit.

Sampai klinik, doktor tanya kenapa, kita bagitau je la gastrik. Doktor tekan-tekan perut aje, then prescribe ubat yang sesuai. Mula-mula, doktor nak bagi ubat muntah. Saya terus tanya, ubat apa sebab saya alah dengan Maxolone. Ok, doktor tak bagi ubat muntah sebab dia tengok saya da ok sikit kot. Doktor bagi ubat gastrik, sakit perut dan ubat angin yang mint tu. Melayang lerrr RM70+ (plus kerugian RM10 jeruk mangga asamboi), mahal sebab da lebih pukul 10 malam kan, caj lewat malam RM30 bak kata Sis Lin. Huhu.


Saya post kisah ni kat Facebook, ramai juga yang ada gastrik berkongsi pengalaman diorang. Ada yang cakap ni da tahap GERD. Huhu. Bila kena gastrik camni, memang saya akan pantang makan minum benda yang terlarang buat beberapa masa. Benda berasid masam-masam, benda pedas, benda bergas, kena stop dulu buat sementara supaya perut tu betul-betul pulih seperti sediakala.

Kesian kat perut.

Post a Comment

10 Comments

  1. innalillahiwainnalillahirajiun.., mugo dipermudohkan., aminn

    ReplyDelete
  2. Nanti kita beli jeruk lagi yaa..sedapnyaaa makan jeruk!!!

    ReplyDelete
  3. kalo perut kosong , mmg tk disarakn mkn yg jenis jeruk2 ni...sbb asid...smoga cpt sembuh

    ReplyDelete
  4. Next time buat lagi ye....lepas ni jangan ngade2 makan jeruk dah...

    ReplyDelete
  5. memang mencari nahas namanya tu Sunah oi, orang kalau ada gastrik memang tak di galakkan makan masam-masam bila perut kosong... ni ko bedal sorang jeruk memang la hehehe...
    apa pun please take care ye dik, perut jangn biar kosong, mulakan pagi dengan sarapan yang sihat ya hehehhe...

    ReplyDelete
  6. adoi sesungguhnya memang mendapat la. huhu. semoga dipermudahkan urusan dan cepat sembuh seperti sediakala. aamiin

    ReplyDelete
  7. Kadang bila dah terlampau teruk Dr terus bagi suntikkan.Moga segera pulih..dan pantang makan dulu ya.

    ReplyDelete
  8. no wonder la sebab bedal asam masa perut kosong..

    tok sebagai peringatan ..laen kali perlu berhati-hati pada masa yang datang

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com