Ikan Tilapia Goreng di SugarBun Johor Sedap Sangat!

Ikan Tilapia Goreng di SugarBun Johor Sedap Sangat! | Yeee, sedap sangattt sebab ikannya fresh dan digoreng garing sesimple yang boleh! Siapa sangka, restoran rangkaian makanan segera pun ada hidang ikan seekor, kan? Biasa kita nampak fish fillet yang dalam menu Fish n Chips tu je. Kat SugarBun Johor ni diorang masukkan seekor ikan tilapia goreng yeee!


Ikannya pulak besar, boleh share dua orang, just tambah lah nasi lagi sepinggan pun okay. Tapi kalo ko jenis tak boleh share dengan orang, haa ko habiskan lah ikan tu sekor. Haha! Menu ni special sempena Chinese New Year tau! Tapi diorang extend lagi sampai hujung bulan Februari 2020. So sempat lagi la kalau uols nak meratah ikan tilapia ni!


Menu sempena CNY ni, diorang sebut Golden Fish Meal, berharga RM18.00, dihidangkan bersama satu gelas 3 Layer Tea / Coffee, dapat FREE sampul Angpau dan FREE RM10 Voucher. Dalam special edition ni ada Golden Orient Sauce yang rasa masam manis gitu, disertakan dengan sambal kicap dan sambal belacan. Memang sedap dan recommended tau!


SugarBun ni merupakan restoran makanan segera yang berasal dari Sarawak. Ingat lagi masa kecik-kecik dulu, selalu dapat kupon makanan SugarBun kat sekolah. Bila dapat kupon, mesti bapak akan curi masa juga untuk bawak kita ke SugarBun. Family kita tak macam family orang lain, kalau family orang lain boleh bawak satu keluarga makan fast food, family kita kena senyap-senyap bawak siapa yang ada kupon seorang sekali.

Lagi satu, dulu bapak ada motor je, takde kereta nak bawak semua. Jadi masa makan SugarBun dengan bapak tu adalah satu kenangan yang sangat indah dalam hidup ni. Walau masa tu susah dan kena berjimat-cermat sebab gaji bapak sebagai tukang kebun kat Pejabat Hutan bukan lah besar mana, tapi kebahagiaan tu terasa. Mungkin tu la orang cakap bahagia tu adalah bila kita bersederhana dalam segala hal. Alhamdulillah atas kenangan tu.




Selain daripada Golden Fish Meal, sempena CNY jugak ada macam-macam set yang berpatutan sesuai dengan portionnya. CNY Set A, Set B, Gong Xi Set, Bucket A dan Bucket B boleh didapati dari harga RM19.90 hingga RM59.90. Kalau nak beli ayam goreng saje pun ade! Broasted Chicken diorang sebut, berharga dari RM4.60 seketul hingga RM53.00 untuk 12 ketul ayam. Kitorang cuba Set A, sepinggan Spaghetti yang dihidangkan bersama seketul Ayam Goreng, sekotak Chickies dan segelas Fizzy Drink.


Heyy, sedap sangattt Fizzy Drink tu! Uols harus cuba tau kalau makan kat SugarBun ni. Setiap set CNY dihadirkan bersama Fizzy Drink tu, manakala untuk bucket CNY, disertakan dengan soft drinks. Spaghetti dia not bad, cuma rasa sedikit masin. Chickies tu macam chicken fingers, pun sedap jugak cicah dengan sos cili. Hihi.


Ayam Goreng lak ada dua jenis, Spicy dan Original. Kitorang rasa dua-dua. Tapi macam tak ada beza sangat, yang Spicy tu campur sikit lada hitam pada bancuhan tepung gorengannya, dan tak terlalu pedas pun. So, masih boleh makan lagi kalo uols jenis tak makan pedas. Orang Sarawak kan pedas dia tahap orang Jawa tak rasa apa-apa. Haha!


Oh, lagi satu! Ada set Claypot Chicken Mushroom Soup yang dihidangkan bersama nasi putih. Yang ni sesuai untuk uols yang nak sejukkan badan. Sup ayam dengan campuran cendawan shiitake, cendawan hitam (black fungus) dan cendawan butang, so refreshing! Yang ni pun portion dia besar gak, boleh share dua orang, tambah je satu lagi pinggan nasi putih. Harga set ni RM14.


SugarBun jugak ada Boba drinks dia tau! Ada teh dan susu, kita try dua-dua, sedappp jugak! Tapi tak boleh minum selalu lah, sebab manis kannn. Peminat bubble tea boleh la try diorang punya siri Sugarbun Boba ni. Dalam gambar tu, sebelah Sugarbun Boba tu la 3 Layer Tea yang datang sekali dengan Golden Fish Meal.



SugarBun Johor ni ada banyak cawangannya ya, selain di Bandar Baru Seri Alam (sebelah Moonlight, bawah Grumpy Goat & Friends), ada jugak kat Eco Spring Labs dan Bandar Penawar, tapi yang CNY set atas ni tak ada di Eco Spring Labs ya! Uols pergi je la tempat yang dekat dengan uols, antara Bandar Baru Seri Alam dengan Bandar Penawar je. Sementara stok CNY masih ada tau! Jangan da habis nanti tercari-cari lak ๐Ÿ˜œ




SugarBun Johor
(certified HALAL by JAKIM)

Jalan Suria, Bandar Baru Seri Alam, Masai
Eco Spring Labs, Taman Eko Flora
No. 84, Jalan Kempas 2, Taman Desaru Utama, Bandar Penawar

Buka setiap hari
11 am - 11 pm

Facebook:

Instagram:
Ikan Tilapia Goreng di SugarBun Johor Sedap Sangat! Ikan Tilapia Goreng di SugarBun Johor Sedap Sangat! Reviewed by Sunah Sakura on February 03, 2020 Rating: 5

43 comments:

  1. Replies
    1. haruss...kat mana lagi ada SugarBun kat Semenanjung ni ek?

      Delete
  2. Replies
    1. harusss lah kan...hihihi, untung jadi orang sarawak, sugarbun di mana2..haha

      Delete
  3. Sedapnya dapat makan ikan goreng garing tu. Mushroom soup claypot pun sedap. Sedap semuanya makan panas². Terbaiklah semua menu dia.

    ReplyDelete
  4. waduh, aritu ShirVen tayang dah sugar bun nih... ini Sunah lak
    akak tak pernah try makan kat sini,tapi tengok menu dia boleh tahan, harga pun kira murahla...geram la pulak

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahah saborrr kak saborrr...jom kita makan sugarbun ๐Ÿ˜†

      Delete
  5. Emmm...sedapnya ikan talapia... feveret

    ReplyDelete
  6. pergh rasa macam nak makan semua yg ada dalam menu tu. haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahhahaha kena ajak kita, kalo tak, nanti tak habis makan semuanya..hahaha

      Delete
  7. wowww..ala..lmbt baca..kalau tak pergi DESARU dah cuba dahh :) menarik ikan mkn panas2

    ReplyDelete
  8. Fuhh nampak sedapp semua menu dekat sini. Nanti bila bila boleh lah try!

    ReplyDelete
  9. sepanjang kmk keja sugarbun..sik pernah kmk menulis tentang sugarbun ko...

    rasa segan gilak2 la sgt hahaha

    ReplyDelete
  10. Ikan tu ko makan sorang kan hahaha nasiblah tak di telannya tulang tu hahaha..
    Harini macam nak pi makan laksa sarawak dia..nak lepak sana sengsorang hahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. heyyy mana ada! ko pun makan kayyy! eh, aku tak pernah try laksa sarawak dia!

      Delete
  11. sedapnya.. entah bila nak ke sama cuba menu2 ni.. ikan tu nampak rangup

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya, memang rangup dan isinya fresh...moga ada rezeki ke sini..

      Delete
  12. First time she sugar bunnny mcm best je Besar ikan dia

    ReplyDelete
    Replies
    1. apa ni..hahahha...typo auto correct ek...

      aah ikan dia besarrr

      Delete
  13. Jauh sgt buka, akk pun tadi lunch makan tilapia tapi kat warung aje, hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye, saya setuju..hahahah...cer bukak lagi kat merata2..haha

      Delete
  14. Garing diluar lembut di dalam tu nampaknya..aduh terliur la pulak.

    ReplyDelete
  15. Eeeee..sajer jer dia ni tau....menggoda betul makanan kat Sugarbun Johor ni...kat KL takde ke erk?

    ReplyDelete
    Replies
    1. entah ek, ari tu ada orang komen, makan kat kajang...tapi dia pun tak sure ada lagi ke tak...

      Delete
  16. i love trying new foods and places. tp jauh betul ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahah tu lerrr...tak sure kat tempat lain, sugarbun ada kat mana..

      Delete
  17. Amboi3x... Sedapnyer tengok dia makan macam-macam.. Jeles iolls taw. Dah la jauh. Nanti kite datang JB, bawak taw.. Haha..

    ReplyDelete
  18. Adudu menu-menu nya. Tengok gambar pun dah mengidam rasanya

    ReplyDelete
  19. puasa2 tgk gmbr ikan talapia tu sedapnya....salam kenal sbb bc top komentar dr blog Suria amanda

    ReplyDelete
  20. Dah lama nak masuk sugarbun ni, tapi tak masuk²๐Ÿ˜ฌ..nanti nak pi dating sane bawak suben

    ReplyDelete
  21. goreng garing2 panas makan dengan sambal kicappp aaaucch..

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comments with link will be deleted, I'm sorry, as I don't want it to increase my spam score. Thank you.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com

Powered by Blogger.