Nasi Ayam Penyet Viral @ Arked MARA, Sungai Segget, Johor Bahru

Nasi Ayam Penyet Viral @ Arked MARA, Sungai Segget, Johor Bahru | Peminat Nasi Ayam Penyet sekitar Johor Bahru, jangan tak masukkan Nasi Ayam Penyet Viral ke dalam list uols tau! Nanti menyesalllll!

Kenapa pulakkkk?


Sebab saya sendiri da rasa Nasi Ayam Penyet Sambal Terung Berlado diorang, perghhhh memang sedap ye! Tak tipu! Sebagai manusia yang rasa Nasi Ayam Penyet tu menu biasa-biasa ajeee, seketul Sunah suka pulak dengan Nasi Ayam Penyet Viral ni. Jarang sangat nak suka Nasi Ayam Penyet sebab bagi saya, ayam goreng jerrr pun. Kering pulak tu. Tapi kat sini, walau tak curah sup dia, tetap boleh telan dan tak rasa kering. Mungkin rahsianya terletak pada nasi kukus dan sambal ituuuu 👇👇👇


Sambal Terung Berlado dia tu sedapp sangat, makan dengan nasi panas-panas. Ayam Penyet pulak, macam biasa, diorang pakai ayam tua. Ayamnya garing di luar, lembut di dalam. Sambal Ayam Penyet dia, tak payah cakap lah, tak sah kalau tak meleleh air hidung. Tapi air hidung kak Ajan lah, bukan air hidung saya sebab saya khennn baru baik gastrik. Tak berani nak pedas-pedas buat masa ni. Haha!


Jujur cakap, saya baru lepas makan tengahari kat event B5 Johor Street Market, datang pulak sini makan lagi. Ingatkan tak habis sebab ruang perut tak berapa nak cukup, rupanya habis jugak saya makan uikk! Tak sangkaaaa, nak tunjuk betapa sedapnya tu 😂😂😂

Selain daripada Nasi Ayam Penyet, diorang jugak ada sediakan Pecal Lele Sambal Terung Berlado, Tilapia Penyet Sambal Hijo, dan Roti Bakar guna arang. Jadi, kalau uols rasa tak nak makan ayam, boleh lah cuba Pecal Lele dan Tilapia Penyet dia, kan? Tak nak makan berat? Haaa order Roti Bakar ajeee.

Kredit pic: Nasi Ayam Penyet Viral

Istimewanya sambal kat sini, diorang tak blend tau! Tapi sambalnya digiling dengan tangan, bak kata beliau tersebut, baru merecik! Gituuuu. Eh, bukan tangan tu yang giling, pakai batu giling lerr. Apoo ke jadahnya pakai tangan, tangan tu membantu batu giling je. Dah kenapa merepek ni 😆

Sebelum lagi panjang merepek akibat excited makan Nasi Ayam Penyet Viral ni, baik uols pergi cuba sendiri, sedap keeee tak?


Nasi Ayam Penyet Viral @ Beta Butik Kafe
📍 No 2B Arked MARA Jalan Segget , 80000 Johor Bahru (Belakang CIMB Jalan Segget)
⏰ 8 am - 11 pm Ahad - Khamis
⏰ 6 am - 11 pm Jumaat & Sabtu
📞 019-7795576
 🐼 Food Panda ✅

Facebook:

20 comments:

  1. Ok...nanti boleh ajak suami datang. Seketul dak jawa tu mmg suka nasi ayam penyet dengan sambal belacan pedas². Bini dia je sayang babat..tak berani makan pedas

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahah sama kita kak...kalo makan pun, ambil sikit je sambal dia calit kat nasi

      Delete
  2. Thank u info..nampak sedap banget tuh! Meleleh bagai semua..aku pun meleleh gak tengok nih..hhaahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahah ko sabar non! jangan over sangat lelehan tu

      Delete
  3. tengok sambal boleh menyebab liur berkecur..

    pasti sedap kan

    ReplyDelete
  4. perghhhh.. nampak sedap tu sunah.. kalau sambal belacan tu dah power memang sedap la nasi ayam penyet tu.. boleh la try bila2 nanti.. hahaha

    ReplyDelete
  5. salam sakura..
    wak rasa nasi ayam penyet LC catering jln tebrau tu pon lg mancongkam.. dh try?

    ReplyDelete
  6. Sis ko rasa macam tengah hari ni nak pi makan sana je hahahaha

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com