Buffet Ramadhan 2020: Selera Kampung Nusantara di Berjaya Waterfront Hotel Johor Bahru

Buffet Ramadhan 2020: Selera Kampung Nusantara di Berjaya Waterfront Hotel Johor Bahru | Unik sekali tema buffet Ramadhan di Berjaya Waterfront Hotel Johor Bahru tahun ni. Dari namanya, Selera Kampung Nusantara, mungkin ada yang belum nampak lagi tema sebenarnya. Tahun ni, Berjaya Waterfront Hotel Johor Bahru memilih untuk membawa pengunjung meneroka juadah Indonesia, disediakan khas oleh Chef hebat yang didatangkan dari Batam, Indonesia.

Siapa biasa makan makanan Indonesia, mesti sedia tahu makanannya kaya dengan rempah-ratus dan tak lokek dengan rasa, menjadikan ia menu yang sangat sesuai untuk dijadikan juadah berbuka setelah berpuasa sepanjang hari. Antara menu yang wajib uols cuba kat Salt n' Pepper Restaurant, Berjaya Waterfront Hotel Johor Bahru nanti adalah:


Aneka Sambal - Sambel Teri, Sambel Terasi, Sambel Matah, Sambel Tomat, Sambel Mangga, Sambel Bajak, Sambel Nenas, Sambel Colo Colo, Sambel Ijo, Sambel Kecombrang, Rawit Kecap, Sambel Andaliman dan Serundeng Kelapa


Mie Goreng Jawa


Kambing Tunggek


Rendang Daging


Oseng-oseng Kambing


Soto Betawi


Pecal Saos Kacang


Batagor


Rawon Daging

Antara menu-menu kat atas ni, saya paling suka Kambing Tunggek, Rendang Daging, Soto Betawi dan Rawon Daging. Memang sedap dan unik, kambingnya dihidangkan dengan kuah kacang, bukan dengan sos-sos yang biasa kita nampak kat hotel lain. Rendang Daging tu pun sedap dan tercapai KPI rendang seketul Sunah si peminat rendang. Haha!

Soto Betawi tu nampak simple, nampak kosong tapi rasa dia wowww, very refreshing! Uniknya, tak ada nasi himpit disediakan bersama soto dan rawon tu, hanya dimakan begitu sahaja, dihirup kuah di dalam mangkuk. Mungkin kalau pengunjung nak makan dengan nasi putih pun, boleh aja sih kerna aneka nasi juga confirm ada termasuk Nasi Liwet, sejenis nasi yang simbolik dengan masyarakat kampung yang hidup susah - bila tak ada lauk, nasinya dimasak dengan sedikit garam, santan, dan rempah ratus sekadarnya, untuk menjadikan nasi tu boleh dimakan begitu saja tanpa lauk.

Dan jangan lupa pulak untuk merasa menu pencuci mulut yang sangat menarik, antara yang bakal menjejeskan air liur kita kalau tengok bulan puasa.


Es Dawet (Cendol dengan hirisan Nangka)


Bubur Kacang


Es Buah-buahan


Goreng Durian


Kolak Pisang

Pelbagai kuih-muih Indonesia juga disediakan, ada beberapa tu macam kuih kita jugak, cuma namanya sedikit berbeza. Dah kata nusantara kan, haruslah meliputi beberapa negara serumpun di selatan Asia Tenggara.


Kueh Kelepon


Kueh Lumpur Kentang


Kueh Lupis


Kue Cenil

Bila dihimpunkan semuanya, terdapat hampir 100 jenis juadah yang dihidangkan setiap hari pada  bulan Ramadhan nanti. Uols boleh lah datang bersama keluarga dan kawan-kawan untuk berbuka puasa Selera Kampung Nusantara kat Berjaya Waterfront Hotel Johor Bahru ni.




Boleh baca berita sekitar pelancaran preview Buffet Ramadhan kat Berjaya Waterfront Hotel Johor Bahru hari tu oleh Konsul Jenderal RI Johor Bahru Sunarko bersama jajaran staf KJRI Johor Bahru, GM Berjaya Waterfront Hotel, Thomas Siew, Kadis Pariwisata Pemko Batam, Ardiwinata, dan Ketua Asosiasi Pariwisata Bahari Indonesia (Asphabri) provinsi Kepulauan Riau, Surya Wijaya; di SINI.

Lebih banyak gambar di page Facebook Sunah Sakura.


Selera Kampung Nusantara
Salt n' Pepper Restaurant, Level 5, Berjaya Waterfront Hotel Johor Bahru
(surau Level 8)
24 April - 23 Mei 2020
6.30 pm - 10.00 pm

Harga Normal:
RM78.00 nett Dewasa
RM38.00 nett Kanak-kanak dan Warga Emas

Harga Early Bird (1 Mac - 15 April 2020):
RM62.00 nett Dewasa

Harga Korporat Banquet/MICE:
100 orang ke atas
RM55.00 nett seorang

Harga Pakej Penginapan:
1 malam Deluxe Room
Iftar + Sahur
RM149.00 nett seorang (twin sharing)

Tempahan dan pertanyaan:
WA +6010 4934 101
Tel +607 221 9999 ext 5106/5107
Email bwh.rsvn@berjayahotel.com

7 comments:

  1. menarik juga juadah berbuka makanan indonesia ni :) ♕Tiara Sapphire♕

    ReplyDelete
  2. fuhhh makanan indonesia selama ni tahu nasi padang dengan bakso je. Banyak lagi yang sedap rupanya. Telan liur je tengok haaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. kaannn, banyak lagi makanan indonesia yang belum dicuba...

      Delete
  3. Sempat juga kita merasai bufet ramadhan di sini...kalau tak, kompom postponed juga kannnn..

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com