Riadah Pagi di Tasik UTM Skudai

Riadah Pagi di Tasik UTM Skudai | Ni dah berlaku berapa minggu lepas, tapi baru hari ni sempat nak edit gambar dan update kat blog. Lagi satu, sebab tengah nak kemaskini dropbox, nampak lak gambar-gambar ni kat situ. Kemain lama gila terperam. Kalau hari kejadian, lemak dah terbakar beberapa gram, hari update ni agaknya lemak dah dipam balik berganda-ganda 😑



Tasik UTM antara tempat yang menarik untuk buat aktiviti riadah pagi atau petang. Bila pergi jogging pagi-pagi, kalau datang awal, lapang sikit sebab orang tak ramai. Tapi kalau datang petang, memang bersepah-sepah manusia kecil besar tua muda kat tasik tu. Jadi, saya lebih suka pergi waktu pagi.



Nak jogging kat sini, tak boleh satu round je sebab tak sampai 1 km keliling tasik tu. Kena buat beberapa round kalau nak lebih dari 3 km larian. Bila lama tak exercise, agak pancit gak lah diri ini. Tapi usahakan juga untuk berlari selang-seli dengan berjalan. Kalau tak, bila nak fit?



Biasanya yang rajin ajak jogging kat sini adalah housemate ku, kak Ajan. Selalu gak dia ajak, sampai sekarang, dia rajin ajak. Tapi seketul Sunah aje yang kadang-kadang malas gilerr nak kena bersiap keluar rumah. Haha! Kalau Ibah dengan Nada free, diorang pun join juga jogging.



Tapi kenapa ek, dalam gambar-gambar ni macam kononnya lebih banyak ambil gambar dari berjogging? Heyyy, ko ingat sambil jogging boleh ambil gambar ke haaa? 😑 Dah habis jogging la baru kita ambil gambar. Ekekeke.



Lepas tu, bila da penat berlari, apa lagi. Breakfast kat Arked Meranti, UTM. Nanti kita sambung dalm entri seterusnya ek. Sebab macam banyak pulak gambar dalam entri ni. Haha!

11 comments:

  1. bestnya dapat jogging dan hirup udara segar waktu pagi :) ♕Tiara Sapphire♕

    ReplyDelete
  2. Wow, kasut pinkkkk gituhh!
    Yeah, bersenam dan bersukan untuk kesihatan badan kan, kannnnn
    Moga sihat selaluuuuu~ AMIN

    ReplyDelete
  3. syok habiskan masa beriadah/keluarkan peluh..

    ReplyDelete
  4. rindunya dengan tasik tu Sunah oi, dulu masa kerja situ rajin jugakla hujung minggu kalau tak balik kampung akak round situ... bg makan ikan, kadang layan tengok kura-kura, dah 13 tahun akak tak datang situ dah

    ReplyDelete
  5. view cantik kat sini, no wonder lah ambik gambar lagi banyak dari jogging hahaha

    ReplyDelete
  6. Seronok ada geng riadah kannn..tapi ni duduk rumah jee jadi geng masak hahahaha

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com