Daftar Syarikat dan Buka Akaun Bank Syarikat

Daftar Syarikat dan Buka Akaun Bank Syarikat | Ini lah kerja part time seketul Sunah sekarang ni. Selain daripada student PhD yang sedang menyiapkan thesis, beliau adalah seorang blogger, seorang baker, seorang Unit Trust Consultant, juga seorang pekerja part time syarikat pengurusan aset. Ahhh, banyaknya kerja! Stress! Hahahah!

Tak apa lah, demi sesuap kibbles untuk anak-anak bulus ku, aku sanggup gagahi dan berkorban masa juga tenaga sementara badan masih mampu. Gituhhh. Sebenarnya, salah seorang pensyarah saya minta tolong untuk bantu kerja-kerja filing kat company dia. Pekerja sebelum ni dah berhenti, dia pulak agak kekurangan masa nak uruskan semua tu sebab dia pun kena mengajar juga di UTM.

Dia bertanya kepada orang yang tepat pada masa yang sangat tepat. Allahu. Memang masa tu tengah fikir nak cari kerja part time sebab perlukan duit sangat-sangat. Maka bermulalah kerja seorang Sunah pada setiap hari Jumaat dengan pensyarah tersebut di pejabat company. Tolong key in database, susun fail claim, buat invois dan resit duit keluar masuk.


Minggu pertama tu pergi SSM gak untuk daftarkan kemasukan ahli baru dalam company, tiba-tiba sekelip mata aje seketul Sunah adalah pemilik bersama kepada sebuah syarikat. Adeiii, tak tahu la nak gembira ke nak sedih sebab nanti kena audit LHDN. Haha!

Kat SSM hari tu seharian gak uruskan proses keluar masuk nama pemilik, siap makan tengahari kat food court Galleria Kotaraya JB tu. Sedap jugak Nasi Kerabu Special kat gerai Nasi Kak Wok situ, uols boleh cuba tau. Tapi satu pinggan tu RM10 ye, mahal ke murah? Bagi saya, mahal gak lah. Nasib baik boss belanja. Ekekeke.


Lusanya pergi bank pulak buka akaun bank syarikat. Yang ni kena dua orang sebab kena ada Checker dan Maker untuk syarikat perkongsian (partnership). Buka akaun semasa kat Maybank, introducer dia kena syarikat yang dah setahun lebih beroperasi dan ada akaun semasa juga. Boss guna syarikat dia yang lagi satu aje. 


Yang ni pun ambil masa lunch jugak, so terpaksa pergi makan dulu kat SDS Taman Universiti tu. Memula nak pergi makan tempat lain aje, tapi boss ajak makan situ lak. Sebab dekat aje dengan Maybank Taman U tu, senang nak pergi semula lepas lunch. Huhu. Ye, nasib baik boss belanja. Haha!



Makan Baked Chicken Rice aje. Boss lak belanja Egg Tart tu, adeiii kena paksa diri makan walopun sebenarnya tak berapa suka sebab rasa telur. Errr. Apapun, semua tu rezeki kan, sebab tu la tak tolak dan paksa makan jugak. Eh eh boleh ke bagi alasan ni? Haha!

Alhamdulillah. Dah dua minggu dah kerjanya. Secara fizikal memang hari Jumaat siang mereput kat office, jadi agak susah nak reply-reply whatsapp time tu. Whatsapp memang ON aje sebab boss send documents through whatsapp aje duduk sebelah menyebelah. Tu kerja hari Jumaat lah, berkejaran sebelah petangnya nak ke training RHB lak sebelah malam. Fuhhh!

Tapi hari lain pun kadang-kadang boss whatsapp jugak send documents. Haha.

Doakan seketul Sunah terus gagah mencari rezeki dan cepat lah siap thesis semester ni juga.

6 comments:

  1. wahhh.. bz betul sunnah.. macam2 keje buat dalam 1 masa..

    ReplyDelete
  2. Multi SS ni..PC rasa pun kena buat sesuatu untuk anak-anak bulus PC nih..moga Allah permudahkan setiap urusan SS ya..aamiin.

    ReplyDelete
  3. Waa, banyak juak kerja kitak ya.. Student rah UTM kah kitak? Semoga dipermudahkan segala urusan mencari rezeki untuk anak bulus. ^^

    ReplyDelete
  4. wahh busy bee bener eh. mun ctok SSM kat sebelah opis je. boleh daftar syarikat leka ea bukak acc kat bank. nasi kerabu yea cam nok kamek selalu makan lately tapi guna ayam berempah. nyaman! alu blm leju

    ReplyDelete
  5. Good luck kak! Bila nak tukar Kan template akuu! Nanti aku bayor..yg setimpal..kahh..hehe...Moga Sama sama Kita murah rezekii

    ReplyDelete
  6. Alhamdulilah rezeki..tak kisahlah sibuk macam mana pun Sunah, janji masyukkkk...

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com