Ticker

6/recent/ticker-posts

Dah Beralih Arah Akhirnya

Dah Beralih Arah Akhirnya | Ya, setelah berpuluh tahun (padahal umur baru 30-an) pakai Celcom, akhirnya seketul Sunah berpindah juga kepada telecommunication service provider yang baru! Sebelum ni dah pernah juga pakai Maxis masa awal-awal ada telefon dulu. Kemudian bertukar kepada Celcom.

Pernah guna postpaid U Mobile sekejap, tapi lepas tu tukar balik ke prepaid Celcom sebab coverage U Mobile yang masih belum meluas masa tu. Kalau balik kampung, harammm ada line. Haha! Itu dulu lah, sekarang dah okay sikit, encik suami pun pengguna prepaid U Mobile yang setia dari dulu sampai kini.

Bulan lepas, masa pergi Shah Alam duduk rumah adik, dia bagitahu lah dia dah guna unifi, guysss! Terkejut beruk sekejap, apooo? unifi boleh pakai kat mobile phone ke? Rupanya memang dah ada unifi Mobile postpaid sekarang ye tuan-tuan dan puan-puan! Siapa tak tahu macam saya? Angkat tangan 🙋‍♀️


Haa sekarang dah tahu kan? Plan unifi Mobile™ 99 ni menarik gilaaa perhatian seketul Sunah, tapi nak cakap awal-awal ek, ni bukan entri berbayar daripada unifi tau! Eeeee, ape ko ingat semua entri kat blog aku ni entri paid review ke? 😒

Lain lah yang ni: Internet Lebih Laju, #KhabarBaik Buat Pengguna Unifi - Entri berbayar termahal kat blog ni, cepat klik, cepat 😝

Ok, berbalik kepada plan unifi Mobile™ 99 ni, apa yang menariknya tu sampai saya beralih arah? Pertamanya, plan data unlimited, guyssss! Ye, unlimited! Berapa RM? RM99? Salahhh! RM59 ye, uolsss! unifi tengah buat promosi sekarang ni sampai 31 Mac 2020, untuk kita langgan postpaid plan unifi Mobile™ 99 yang harga asalnya RM99, kini perlu bayar RM59 aje sebulan. Tak ke berbaloi-baloi sangat?

Tapi RM59 tu secara kontrak lah selama 12 bulan. Kalau uols pilih yang takde kontrak, harganya RM99 sebulan. Bukan tu aje, Calls dan SMS pun unlimited 😭 Boleh la selalu call mamak ku di kampung nun. Huhu. Unlimited data dia tu untuk first device aje, kalau uols nak hotspot dari mobile phone, dia ada bagi 10GB hotspot data percuma. In case tak cukup, uols boleh aje topup kemudiannya.

Uols jugak boleh pilih sama ada nak guna nombor baru atau nombor sedia ada, just switch telco aje. Proses nak register pun kejap aje, secara online kat SINI. Dah isi semua data nanti, diorang akan pos simcard kepada alamat kita, atau uols boleh ambil sendiri dekat unifi sales center yang terdekat. Saya pilih pos ke alamat, sehari selepas tu posmen dah datang dah hantar simcard nya. Make sure uols ade kat rumah atau alamat yang diisi tu, sebab nanti diorang perlukan IC kita untuk verification bahawa kita adalah pemilik simcard tu.

Lepas tu, ikut aje arahan dalam sampul kecik dalam gambar atas tu ha, SMS kepada unifi bahawa kita dah menerima simcardnya, then tunggu pengesahan dari telco sedia ada untuk switching. Telco sekarang akan tanya kita betul ke nak switch, kena jawab YES. Kalau ko jawab NO, ko ingat ni nak main-main ke ha??? 😤

Lepas kita jawab YES, diorang akan proses untuk termination line kita. Dalam sehari je siap. Tapi masa buat tu, dalam dua kali gak la dapat mesej dari telco tu, jawab aje lagi sekali YESSSSS. Eh, satu S je tau. Haha! Bila da terminated, baru boleh masukkan simcard unifi, dan tadaaaaa! Jangan lupa ON 4G/LTE kat telefon uols untuk menikmati internet laju tanpa had! Gituuuuu, macam iklan ek?

Senang nak layan netflix merata-rata lepas ni. Ehhhh!

Ok, bye!

Post a Comment

13 Comments

  1. Replies
    1. yaa, kalau ada rasa nak tukar plan, boleh cuba...promo sampai 31 mac ni je

      Delete
  2. oh, akak pun baru tau. Akk plan nak tukar plan lain jugak ni, celcom macam haper sekarang

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la kak...saya tukar sebab tu gak, dan rasa tak berbaloi asyik habis data 5GB sebulan tu sebelum waktunya..kene tambah lagi...dah jadi lebih dari RM30, better saya guna yang unlimited..

      Delete
  3. sejak akak pertama kali guna hp memang tak pernah tukar ke lain, masih setia dengan celcom walau kadang line buat hal tapi entah malas nk tukar lain jugak

    ReplyDelete
  4. wahhh menarik ni..akak pun x tau.. blh diusulkan kat en.somi hehehe

    ReplyDelete
  5. masa akak survey nak tukar line last year ada kawan suggest unifi ni jugak.. tp dia ckp x sure la line tempat kite ok ke x, kat kg ok ke tak.. tu yg risau nak tukar pada unifi.. last2 tukar pada maxis balik.. haha

    ReplyDelete
  6. Boleh la pakai ni lepas ni.. Igt rumah je pakai unifi. Rasa nak bertuko jugak ni. Bayar mahal² c9verage takdok.. Apooo

    ReplyDelete
  7. Oh tidak!! u mobile pun macam harooomm linenya. Mun pulang kampung laki alu rehat terus. Haha

    ReplyDelete
  8. Fuyoooo tenet sampai lebam le ni ek....tapi jangan sana sini pergi linenya E sudah hahahaha

    ReplyDelete
  9. promo tu dah bagus, tp tang hotspot tu je. grrrrrrr

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com