'Health Tag' Boleh Cegah Wabak COVID-19?

'Health Tag' Boleh Cegah Wabak COVID-19? | Belum pun sempat isu penggunaan herba daun semambu untuk rawatan COVID-19 reda, timbul pula dakwaan kaedah pencegahan baru. Kali ini melibatkan produk moden pula iaitu kad gantung di baju ('health tag') yang mengandungi bahan kimia Chlorine Dioxide.


Produk yang kini VIRAL dan laris penjualannya melalui atas talian ini kononnya bertindak mencegah jangkitan virus dan bakteria melalui pembebasan gas Chlorine Dioxide di sekitar pemakainya.

Benarkah begitu?

Satu kajian khusus tentang keberkesanan produk seumpama ini telah dijalankan dan diterbitkan melalui artikel “Hidekazu NISHIMURA, Investigation on Practical Usefulness of Body-worn Devices that Claim to Release Chlorine Dioxide. Japanese Journal of Environmental Infections 32(4):222-226. July 2017.

Hasil daripada kajian ini mendapati:
  1. Tiada kesan pembasmian kuman atau virus yang berlaku
  2. Gas yang dibebaskan adalah sangat rendah atau tidak dapat dikesan langsung

Dapatan ini menunjukkan pemakaian 'health tag' adalah TIDAK BERKESAN untuk mencegah jangkitan kuman atau virus sedia ada apatah lagi COVID-19.

Chlorine Dioxide merupakan gas yang bersifat merengsa terutama kepada saluran pernafasan bergantung kepada kuantiti dan kepekatan gas yang terdedah.

Apa yang lebih dibimbangi adalah kepercayaan pengguna terhadap produk ini akan menyebabkan mereka merasakan selamat dan dilindungi daripada jangkitan. Akibatnya pemakai mungkin akan bersikap kurang berhati-hati dan tidak mengamalkan kaedah pencegahan yang terbukti berkesan seperti kerap membasuh tangan dan penjarakan sosial.

#sunahshare dari: Pusat Racun Negara


P/S: Viral beberapa hari ni pasal Health Tag ni, kat Watsons siap habis kena borong, dari rega asal RM59 terus naik kepada RM99! Stay at home je guysss!

7 comments:

  1. Sekarang ni yang terbaik kita duduk rumah diam-diam je lah ya.. Semoga Allah lindungi kita. :)

    ReplyDelete
  2. it's good that you're sharing from the right sources. ade jenis manusia ni yg xnak kaji dulu and terus iyekan aje.

    ReplyDelete
    Replies
    1. yaa, tak berani nak share kalau bukan dari sumber yang sahih..

      Delete
  3. Ini memang kelakar hahahaha adoii hrtu Laki aku tunjuk gak, kawannya kirim minta beli, aku tengok je aku dah gelak..benda ni dari masa SARS dah heboh hahahah

    ReplyDelete
    Replies
    1. itu lahhh...aku lak hampir2 la percaya PM ngan MOH pakai...

      Delete
  4. Hmm.. dah agak dah X beri kesan sgt

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com