Resepi Nasi Minyak Warna-warni Simple dan Sedap!

Resepi Nasi Minyak Warna-warni Simple dan Sedap! | Walaupun dah sebut rujuk resepi Pak Cik Mat Gebu dalam entri pasal menu Nasi Minyak sebelum ni, nak share jugak la resepinya kat sini sebab banyak je yang saya ubah dari resepi asal tu.


Sebabnya, kita guna bahan-bahan yang sedia ada kat rumah aje, dan buat hanya untuk tiga orang makan. Setiap kitorang makan berulang sekali, dan makan lagi untuk breakfast hari esoknya sedikit seorang. Berjimat cermat musim makanan kena catu sendiri sempena PKP ni.

Ye la, time PKP ni, tak kowser pulak nak keluar semata-mata sebab nak beli minyak sapi, minyak jagung, dengan susu cair. Pulak tu, masa tu da lewat petang. Kalau nak pergi kedai runcit depan, mesti da habis basuh depan kedai sebab dah nak tutup. Jadi, minyak sapi saya gantikan dengan butter baki buat brownies, susu cair saya gantikan dengan susu pekat manis yang ditambah air.

Nasi Minyak ni saya pernah masak banyak kali juga dengan resepi yang saya olah sendiri ni. Masa duduk Damansara Damai dulu, encik suami lah suka sangat Nasi Minyak ni. Banyak kali juga dia request nak Nasi Minyak. Pernah juga, balik kampung musim raya, saya buatkan Nasi Minyak juga sebagai menu utama.


Nah saya share macam mana nak buat Nasi Minyak simple tanpa guna minyak sapi.

Saiz: 3 - 4 orang
Masa penyediaan: 1 jam

Bahan-bahannya:
2 1/2 cawan beras, rendam 20 minit dan toskan
1 cawan susu cair (kalau takde, guna susu pekat 1 camca besar dan gaulkan dengan air hingga jadi 1 cawan)
1 camca besar minyak masak
2 camca besar mentega
2 1/2 cawan air
1/2 biji bawang besar, hiris halus
2 helai daun pandan, disimpul
2 ulas bawang putih*
2 cm halia*(*dititik)
1 camca teh garam
Secubit gula
1 batang kayu manis#
1 kuntum bunga lawang#
2 biji buah pelaga#
3 kuntum bunga cengkih#(#rempah tumis)
Sedikit pewarna kuning, hijau dan merah

Cara Membuatnya:
  1. Panaskan minyak masak dan mentega hingga semua cair. Tumis rempah tumis dan bawang besar hingga harum dan bawang layu. Masukkan halia, bawang putih, dan daun pandan. Tuang air dan biar mendidih.
  2. Masukkan susu cair, garam dan secubit gula. Bila mendidih, padamkan api dan tuang dalam rice cooker, masukkan beras, kacau rata dan masak seperti biasa.
  3. Bila nasi kering, buat beberapa lubang dan titiskan pewarna kuning, hijau, dan merah. Biar nasi betul-betul masak.
  4. Gemburkan perlahan menggunakan chopstick atau garpu, cukup sekadar bahan tadi bergaul mesra. 

Tambahan:
  1. Tabur kismis dan daun ketumbar jika suka selepas letak pewarna.
  2. Tabur bawang goreng, hirisan daun sup/bawang, gajus dan kacang pis (jika suka) sebelum menghidang.
  3. Hidangkan bersama lauk ayam masak merah/sambal, acar dan dalca sebagai penambah selera.

Selamat mencuba!

20 comments:

  1. Rajin sunah, sedapnya menu... kalau di terengganu orang panggil nasi hujan panas kalau color2 gini

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la...sebenarnya nasi hujan panas dengan nasi minyak apa beza dia? hanya pada warna la kan?

      Delete
  2. Rasa macam complicated tapi menarik nak buat...nak ajak adik buat la Ahad nanti

    ReplyDelete
    Replies
    1. jom jommmm kak! nampak macam complicated ek..tapi once da try mesti rasa eh senangnyaaa

      Delete
  3. Nampak menyelerakan sungguh. Ade setengah orang panggil nasi hujan panas kan?

    ReplyDelete
  4. x boleh jadi ni. i gotta go eat now.

    ReplyDelete
  5. Dulu2 setiap sabtu dapat makan nasi minyak (kenduri kahwin)
    Ni dah dua sabtu nan hado

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul gak tu wak..ni sebab rindu nak makan nasi kenduri la ni...uhuhu

      Delete
  6. Header baru ye SS?
    Cantik.

    Sedap menu nasi minyak ni. Ruby dengan anak2 pun suka jugak😋

    Tq share resepi

    ReplyDelete
  7. wahh..sedapnya lahai nasi minyak. Warna warni lagi tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan kan kan...warna warniii baru bersemangat nak makan...haha

      Delete
  8. Sama macam Dana, kalau Mak aku panggil ni nasi hujan panas..kalau nasi minyak color original kuning putih tu je hehehehe..nasi beriani color cokelat-cokelat ...nasi jagung color putig jagung ...

    ReplyDelete
  9. nyaman. mkn dgn ayam masak merah, yalah makin nyaman

    ReplyDelete
    Replies
    1. aok...ayam ya maok bubuh rempah ratus juak, nang nyaman aluuu

      Delete
  10. Waduhh ini mmg sedapnbanget ni

    ReplyDelete
  11. adoiiii sedap ni.. tp srkng kt rumah ada 3 org ja..
    kitorang decide menu simple. menu2 cemni kena time ramai2.. hold dlu..

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com