Ticker

6/recent/ticker-posts

COVID-19: Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Dilanjutkan Sehingga 28 April 2020

Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Dilanjutkan Sehingga 28 April 2020 | Sesuatu yang sudah dijangka. Melihat kepada status-status terkini netizen di media sosial pun, ramai yang meramal PKP akan dilanjutkan lagi. Sebab kes terbaru harian COVID-19 kat Malaysia ni masih lagi melebihi 100 orang.

COVID-19: Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Dilanjutkan Sehingga 28 April 2020

Memang sedih bila mengenangkan makin lama kita akan terperap di rumah. Ada yang cuti tanpa gaji, mana mungkin semua majikan mahu memberi cuti bergaji. Mereka pun takde pendapatan dah sepanjang PKP ni. Saya sendiri tak dapat nak buka tempahan brownies dan kek sebab kedai barang kek area rumah ni tutup masa PKP.

Terima kasih kepada kerajaan Malaysia atas Bantuan Prihatin Nasional yang diberikan. Berjimat-cermat lah menggunakannya bagi yang dah masuk ke dalam akaun masing-masing. Kita tak tahu sampai bila lagi PKP ni nanti. Diharapkan, dalam tempoh yang bersambung lagi ni, angka tersebut akan semakin berkurang dari hari ke hari.

Dengar kata PM, ada sektor ekonomi yang akan mula dibuka secara berperingkat, tetapi dengan kawalan yang lebih ketat nanti. In case ada pengusaha, kilang atau syarikat yang melanggar peraturan, kerajaan akan menarik balik kebenaran yang diberikan. Kita tunggu pengumuman akan datang pula tentang sektor mana yang akan dibuka.

Bak kata PM, kita ibarat sebuah keluarga besar. Kita saling bantu membantu ketika zaman susah. Kita jaga keluarga kita. Kita jaga jiran kita. Kita jaga masyarakat kita. Baik kita di kampung, di kawasan perumahan, di kondominium, di rumah flat. Kita jaga kita. Inilah nilai sebenar persaudaraan rakyat Malaysia tanpa mengira bangsa.

Stay safe, stay home.

#newnormal

Post a Comment

18 Comments

  1. Alhamdulillah, better lanjutkan dan itu adalah terbaik. Moga kita bebas dari COVID-19.

    ReplyDelete
  2. Sama-sama saling menjaga..dan terus sentiasa mendoakan satu sama lain.

    ReplyDelete
  3. Moga kita semua sentiasa dilindungi, dipermudahkan setiap usaha dalam menangani musibah ini dan mudah2an ia dpt ditangani segera dan sebaiknya.. aamiin.

    ReplyDelete
    Replies
    1. insya'Allah...mudah-mudahan begitu lah tuan..

      Delete
  4. Sambung la... Janji sik ada selfish lagi udah laa... Mok balit raya.. SOb sob

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya lah..kamek ada juak nanggar orang molah ramalan tempoh PKP ya..mungkin juak sik raya kedak dolok kita tok...

      Delete
  5. Alhamdulilah sambung lagi...bolehlah soping online bebanyak lagi sebab menu online sedap-sedap belaka hahahahaha

    ReplyDelete
  6. stay at home. bersama sama kita putuskan rantaian covid19 ini.

    ReplyDelete
  7. Bertabah lah Kita..duk rumah diam2 ye

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com