Tauhu Bergedil dan Roti Cheese Telur Kudapan Petang

Tauhu Bergedil dan Roti Cheese Telur Kudapan Petang | Kalau sebut tauhu bergedil ni, biasanya yang expert kat rumah ni adalah dak Ibah. Kalau dia bukak order hujung minggu dulu-dulu, memang banyak order masuk, dari petang balik kerja hari ni sampai ke esok lusa lerr dia sibuk kat dapur.

Tapi sekarang dah jarang-jarang Ibah buat, sebab dia sendiri dah bizi sangat dengan kerja kat sekolah. Dengan persiapan budak-budak nak UPKK lagi, tak menang tangan dia nak selitkan order tauhu bergedil pulak. Kadang-kadang kita pun rindu dengan tauhu bergedil usyajah, kena merayu-rayu dulu nak Ibah buatkan. Haha.

Ni musim PKP tak habis lagi, mana nak merayu-rayu Ibah kalau teringin. Dah nak dekat sebulan Ibah kat kampung sejak start PKP. Kalau dilanjutkan lagi PKP ni, ntah bila pulak Ibah akan balik ke sini. Dua hari lepas, Nada pulak teringin. Nak tak nak, terpaksa lah berdikari buat sendiri.

tauhu bergedil dan roti cheese telur kudapan petang

Maka terhasillah tauhu bergedil PKP ni. Haha! Nada siap buat sambal kicap versi sendiri lagi sebab Ibah punya lain. Nada tumis sambal dia dan guna cili kering. Kalau Ibah, dia guna cili padi, blend dulu semua bahan sambal sebelum masak atas api, tanpa minyak. Kadang-kadang dia goreng dulu semua bahan baru blender.

tauhu bergedil bebola daging armiya

Sedap juga. Terubat rindu pada tauhu bergedil usyajah. Walaupun bila saya check resepi, banyak je yang bezanya dari resepi Ibah. Lagi satu, Nada siap potong bebola daging Armiya tu kecik-kecik untuk gaulkan dengan kentang sebelum disumbat ke dalam tauhu pok. Haaa, ni versi Tauhu Bergedil Bebola Daging, setuju ke tak? Haha!


ayam masak bali

Kitorang buat jadi kudapan petang, Kak Di pun datang rumah dua hari lepas, siap masakkan menu lunch Ayam Masak Bali. Menu yang menarik dan first time makan while #stayathome. Sebelum ni, mungkin pernah makan kat food review hotel tapi tak ingat dah rasa dia macam mana. Masakan berserai dan berkicap, serta ada tambahan daun kari. Unik betul rasa dia, bertambah-tambah kitorang makan.

sayur tumis air

Menu sayur kena ada, cendawan enoki dengan pea sprout ditumis air bersama ikan bilis dan isi tauhu pok yang diasingkan dari kulit tauhu untuk buat tauhu bergedil tu. Tak de la membazir isi tauhu kan! Ada orang kata boleh masukkan dalam mee goreng juga. Ikut kita nak buat apa, kalau kreatif dan berani mencuba, boleh juga gaul dengan mozarella cheese dan bakar dalam oven. Tiberrr!

roti cheese telur

Selain menu di atas, saya buat juga Roti Cheese Telur macam kak Hernee Nazir buat beberapa hari lepas. Cuma saya punya versi goreng pakai minyak dan takde letak mozarella cheese. Kalau letak mozarella, mesti lagi umphhh dan lagi melelehhhh! Takpe, lepas PKP kang gasak ko la nak meleleh yeee~ Hahaha!

Psst, malam tadi ada projek oven! Nanti kita share apa benda tu eksss!

14 comments:

  1. Makin menjadi=jadi menu PKP dia ni...anda sudah timbang berat anda hahahahaha

    ReplyDelete
  2. tahu begedilll... ingatkan ibah buat.. kalau ada open order roger akak ye sunah... lama x makan tahu begedil..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ibah balik kampung...huhuhu..terpaksa la kami berdikari...hahhaha

      Delete
  3. Puas hati buat dan masak sendiri macam ni...

    ReplyDelete
  4. Replies
    1. hahahhahah yeeeee...tapi masalahnya timbang kat umah ni betul2 sebelah meja study saya wak..hahahah

      Delete
  5. hantarr laaa sikit tauhu bergedil tu !!
    craaaving gilaaa T.T

    ReplyDelete
  6. Masha Allah, sedap! Roti kalau meleleh cheese... lagi sedapp nampakk..huhu.. Saya teringin haritu, tapi order luo.. saja support bisnes melayuuu. Kuang kuang... Padahal malas..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahah, kalo ko beli roti, cheese kat kedai sana, yang produk orang melayu, pun ko bole support bisnes melayu! wekkkk

      Delete
  7. Nampak sedap.tahu bertedel ala Ori th

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com