Sedapnya Roti Puri Cicah Kari Daging Tetel!

Sedapnya Roti Puri Cicah Kari Daging Tetel! | Menu minum petang kami beberapa hari sebelum Ramadhan. Kak Ajan yang teringin sangat nak buat sendiri. Memula rasa macam tak yakin jugak, takut jadi macam kes donat hari tu, tak dibuat-buatnye. Hahaha!

Tapi petang tu dia gigih bertukang kat dapur. Menguli tepung dan menggelek adunan roti tu kat dapur sebelum Asar. Lepas solat, baru lah dia start menggoreng roti puri tu. Masuk aje kepingan roti ke dalam minyak, terus kitorang dengar jeritan dari dapur!

roti puri cicah kari daging tetel

Mana tak nya, menggelembung bagai johan ko! Hahaha! Tahniah kak Ajan! Berjaya buat roti puri sendiri di rumah, tak payah order kat kedai mamak da lepas ni. Walaupun ada la sesetengahnya yang tak menggelembung sempurna, tapi satu pencapaian hebat tau bagi seketul kak Ajan. Haha!

roti puri cicah kari daging tetel

Kitorang makan cicah kuah Kari Daging Tetel. Kak Ajan siapkan kari ni dari tengahari lagi. Beberapa hari sebelumnya, dia buat Asam Pedas Tetel sebab teringin. Pon sedappp. Roti Puri cicah Kari Daging Tetel memang meletuppp! Ha, lupa nak cakap, buat kari pun satu pencapaian jugak untuk Kak Ajan yang selama ni tak reti buat kari. Hihi.


Tengok, musim PKP ni la semua orang boleh belajar memasak, kan? Kalau uols nak tengok resepi Roti Puri kak Ajan, kot nak buat untuk berbuka puasa petang kang, boleh belek kat sini: Resepi Roti Puri

14 comments:

  1. Perghhh bangga betul gan Ajan yang boleh buat roti puri sendiri lerr...boleh berguru dengan dia ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu lerr...aku sampai hari2 cakap kat dia, nak roti puri..hhahaha

      Delete
  2. hikmah PKP yang tidak boleh dinafikan

    ReplyDelete
  3. Sebelum puasa hari tu pn is3 wak ada buat roti puri ni
    Tapi kurang cantik katanya kurang oksigen.
    Wak okay aje, bukan kita makan oksigennya pun.

    ReplyDelete
  4. Sedap tu roti puri. Tengah malas nak mempuri. Biasa cicah dengan sardin sebab kurang suka kari :)

    ReplyDelete
  5. Replies
    1. hahahha ade gak yang tak berapa menggelembung kak...best pulak nengoknye

      Delete
  6. Nak Tau x mama.tak pernah makannroti Ni seumur hidup..aritu nampak Kat mamak.. mama.lunyalah pelik nak gau APA mama.roti.tu kesian Kan haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahhaha...saya pulak selama ni makan roti arab kat kampung, baru tau roti arab tu sebenarnya roti puri..

      Delete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com