Alhamdulillah, Dah 3 Juta Pageviews

Alhamdulillah, Dah 3 Juta Pageviews | Rezeki bulan Ramadhan, biasanya trafik akan mencanak naik sebab orang cari resepi. Tapi tahun ni tak serancak tahun lepas yang penuh dengan entri buffet Ramadhan. Jadi tak expect akan capai angka 3 juta ni dalam masa terdekat.

Malam tadi sebelum tidur dah nampak, lagi 400 lebih nak sampai 3 juta tu, maleh ah nak menunggu. Tak berapa teruja macam dulu-dulu. Huhu. Pagi ni jenguk blog dah lebih 3 juta dah. Alhamdulillah.


Terima kasih semua pengunjung yang menyumbang kepada jumlah pageviews tu. Blog ni takde la best mana macam blog orang lain. Tak banyak cerita pasal kehidupan harian, kalau cerita pun tak tahu la ada ke yang nak baca, ek? Kadang-kadang tak berupdate beberapa hari sebab takde idea. Haha.

Semoga ada manfaatnya untuk uols yang datang. Yang baik ambil, yang buruk lupakan terus, ya!


Hari ni bakal sibuk dengan persiapan menyambut 1 Syawal esok. Semalam dah start prepare ketupat palas. Kejap lagi Nada nak pergi rendam pulut pulak tu. Maybe hari ni berbuka dengan juadah raya lah kot?

Alahai, semakin syahdu pulak rasanya. Ramadhan semakin menghampiri penghujungnya. Malam tadi terawih terakhir kita untuk tahun ni, tak tahu lagi sampai ke tak ke Ramadhan tahun depan. Jika diberi umur yang panjang, insya'Allah bertemu lah kita lagi.

Selamat menghayati penghujung Ramadhan uols!

7 comments:

  1. Tahniah..dh jutawan pageviews hehe

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah.Syukur.Tahniah SS.Salam Aidilfitri ya,maaf zahir dan batin.

    ReplyDelete
  3. seronoknyaaa. tahniah... tunjuk ajar ku sifu. ahakss

    ReplyDelete
  4. Syoknya aku tengok pageviews kau kak.. hehee~
    Tahniahhhh... To me, ayat yang bersahaja di samping share sesuatu yang best tu buat aku rasa nak baca lagi, dan lagi....

    ReplyDelete
  5. Wowwww...good job..keep writing and updating...

    ReplyDelete
  6. Congratssssssss kakk.. Sorryy baru nak terjahhh .. Hahahahhaa

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com