Cara Untuk "Confirm" Teruskan atau Hentikan Moratorium Pinjaman Kereta

Cara Untuk "Confirm" Teruskan atau Hentikan Moratorium Pinjaman Kereta | Hujung bulan lepas, agak kecoh sedikit di kalangan netizen bila BNM mengumumkan akan ada pertambahan interest untuk moratorium pinjaman kereta. Akhirnya, BNM mengemaskini pengumuman tu, bahawa tak akan ada pertambahan interest, cuma pelanggan kena buat satu prosedur tambahan sama ada nak teruskan moratorium atau nak hentikan.

Setiap bank mempunyai cara yang berbeza untuk mencapai persetujuan pelanggan diorang, dan masing-masing ada tarikh akhir untuk confirmkan sama ada uols nak teruskan moratorium atau tak. Kalau uols terlepas tarikh akhir ni, uols akan dianggap tak nak teruskan moratorium, so kena bayar dua bulan yang lepas punya pinjaman sekaligus selepas tarikh tamat permohonan, kemudian membayar pinjaman bulanan seperti biasa bermula bulan Jun 2020.


Nah, saya kongsikan dari Whatsapp group, antara pilihan cara untuk "confirm" teruskan atau hentikan moratorium pinjaman kereta dan tarikh akhir permohonan mengikut bank uols ya! Pilih salah satu saje.

MAYBANK (selewatnya 31 Mei 2020)
🔖 Cara memohon:
1️⃣ Log masuk Maybank2u
2️⃣ Hubungi Pusat Kewangan Auto Maybank
3️⃣ Hubungi 1300 88 6688 > tekan *1
Laman web 👉 MAYBANK

CIMB BANK (selewatnya 15 Jun 2020)
🔖 Cara memohon:
1️⃣ Lengkapkan e-borang persetujuan di laman web
2️⃣ Hantar SMS telefon bimbit untuk persetujuan atau penghentian
Laman web 👉 CIMB

PUBLIC BANK (selewatnya 15 Jun 2020)
🔖 Cara memohon:
1️⃣ Isi borang kebenaran di laman web
Laman web 👉 PUBLIC BANK

HONG LEONG BANK (selewatnya 15 Jun 2020)
🔖 Cara memohon:
1️⃣ Isi borang persetujuan di laman web dan selesaikan 3 langkah
Laman web 👉 HONG LEONG BANK

RHB BANK (selewatnya 31 Mei 2020)
🔖 Cara memohon:
1️⃣ Isi borang kebenaran di laman web
Laman web 👉 RHB BANK

AFFIN BANK (selewatnya 15 Jun 2020)
🔖 Cara memohon:
1️⃣ Muat turun borang, isi dan email ke alamat yang tertera
2️⃣ Muat turun borang, isi dan hantar ke cawangan berdekatan
3️⃣ Dapatkan borang di cawangan berdekatan
4️⃣ Jika hendak hentikan, tak perlu buat apa-apa, just bayar monthly macam biasa.
Laman web 👉 AFFIN BANK

BANK RAKYAT (selewatnya 29 Mei 2020)
🔖 Cara memohon:
1️⃣ Isi borang kebenaran di laman web
2️⃣ Hubungi Pusat Panggilan Bank Rakyat 1300 800 800
Laman web 👉 BANK RAKYAT

AMBANK (18 Mei - 30 Jun 2020)
🔖 Cara memohon:
1️⃣ Log masuk ke versi web AmOnline (versi mudah alih tidak boleh)
Laman web 👉 AMBANK

BANK ISLAM
🔖 Cara memohon: Belum Dikemaskini
1️⃣ Masih automatik FAQ on Automatic Moratorium
2️⃣ E-borang untuk hentikan moratorium je ada
Laman web 👉 BANK ISLAM

Untuk Pinjaman Bukan Bank:

AEON CREDIT
1️⃣ Lanjutan satu bulan (1 - 31 Mei 2020)
Rujuk 👉 AEON CREDIT

TOYOTA CAPITAL (selewatnya 28 Mei 2020)
🔖 Cara memohon:
1️⃣ Isi borang kebenaran di laman web
Laman web 👉 TOYOTA CAPITAL

Semoga membantu semua yang memerlukan pada saat ini.

14 comments:

  1. Assalamualaikum sunah...pd yg mempunyai pinjaman kete kena la alert ni kn...

    ReplyDelete
    Replies
    1. wa'alaikumussalam..ye mama, saya da siap sms pada cimb..hihi

      Delete
  2. ade jugak dpt info and was wondering what to do

    ReplyDelete
    Replies
    1. haa, boleh la belek web bank kat atas tu ek..

      Delete
  3. masih dalam proses berfikir nak buat keputusan..tq share :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. jangan lama2 sangat tau fikir, ada tarikh due dia tu...hihi

      Delete
  4. sangat membantu ni... tq sunah...

    ReplyDelete
  5. Dah decide untuk x ambil since gaji masih dibayar macam biasa. Harap x salah pertimbangan. Tawakal je

    ReplyDelete
  6. Ermmm...elok teruskan aje...tak yah fikir banyak...tapi...entah laaa pilihan di tangan memasing..

    ReplyDelete
    Replies
    1. aku teruskan aje...memang tak mampu sekarang ni..huhuhu

      Delete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com