Resepi Smoked Beef Quesadilla, Mudah dan Sedap Sangat!

Resepi Smoked Beef Quesadilla, Mudah dan Sedap Sangat! | Daging Salai Masak Lemak Cili Padi yang saya post semalam, ada berbaki sikit pada hari esoknya. Memang dalam list, nak buat quesadilla untuk berbuka hari tu tapi nak guna sosej aje. Bila ada baki daging salai tu, alang-alang, tak payah membazir. Kita basuh sikit kuah masak lemaknya, dan potong kecik-kecik.

smoked beef quesadilla

Jadilah Smoked Beef Quesadilla atau dalam bahasa Portugisnya, Kak Saadiah Daging Salai. Tiberr. Jangan percaya. Cara buat quesadilla ni sebenarnya senang sangat, saya pun tahu lepas tengok kat IG @khairulaming. Beberapa hari lepas tengok tu, Nada pulak buat ikut resepi Amin tu ha. Kali ni saya buat pulak dengan inti yang berbeza.

Daging salai, dengan sedikit lada benggala, dalam sos Bolognese. Sedap kombinasinya tau! Saya teringat-ingat quesadilla pertama yang saya makan dekat August Cafe JB satu masa dulu. Ada sos merah dengan rasa tomato, mungkin diorang guna puri tomato atau mungkin juga guna sos Bolognese, tak tanya lah pulak.

Daging salai tu, kalau uols takde, boleh aje tukar kepada isi ayam ke, ayam kisar ke, daging kisar ke, ikut lah ya. Cheese tu pulak, kat rumah ada Red Cheddar Cheese tu je, kalau suka, uols boleh tukar kepada Mozzarella Cheese ya! Kalau takde, guna aje Cheddar Cheese keping tu pun dah ok.

Nah, saya kongsikan resepinya kat sini ya!


Smoked Beef Quesadilla
Saiz: 1 whole wrap @ 4 - 6 slices
Masa penyediaan: 30 minit

Bahan-bahan:
1 mangkuk kecil Daging Salai
1/4 biji lada benggala (dipotong dadu)
1/4 biji bawang besar (dipotong dadu)
4 - 5 sudu makan sos Bolognese Prego
sedikit serbuk lada hitam
sedikit serbuk daun Parsley
Minyak untuk menumis
2 keping wrap
Red Cheddar Cheese secukupnya

Cara-cara membuatnya:
  1. UNTUK INTI: Panaskan minyak dalam kuali, tumis bawang sampai bawang layu, masukkan lada benggala. Gaul sekejap, masukkan daging salai. Kacau rata, tambahkan serbuk lada hitam dan serbuk daun Parsley, gaul lagi. Masukkan sos Bolognese Prego, kacau sebati dan bagi kering sedikit, tutup api. Ketepikan.
  2. UNTUK QUESADILLA: Sediakan dua keping wrap. Panaskan kuali non-stick dengan api kecil, letakkan satu keping wrap ke dalam kuali tersebut. Terus tuangkan inti quesadilla tadi dan ratakan ke sekeliling wrap. Tabur cheddar cheese, tutup dengan sekeping lagi wrap di atas inti tu. Ambil pinggan yang muat-muat dalam kuali, tekapkan pada quesadilla, kemudian sambil tahan pinggan dengan tangan, terbalikkan kuali. Sekarang, quesadilla berada di dalam pinggan. Letak semula kuali, pindahkan quesadilla dalam pinggan tadi ke dalam kuali pula, so sekarang bahagian atas quesadilla tadi dah bertukar ke bahagian bawah. Panaskan sekejap supaya cheese mencair, then tutup api dan angkat ke dalam pinggan. Potong kepada 4 atau 6 slices sebelum dihidangkan.

12 comments:

  1. Kalau si Kakak sukalah benda macam ni, aku plak tak berapa suka benda makan yang berwrap hahahaha...kalau tak lama dah beli McD baru wrap tu hehehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. eee aku suka gila sebab senang, and kebanyakannya sihat2..yang ni je kurang sihat sikit..hahahaha

      Delete
  2. Fuh.Nikmatnya la.Yang penting daging salai selesai.Tiada pembaziran.

    ReplyDelete
  3. bookmarked. gonna try this for raya. oh btw i love your new header hehe. cntikkkk
    it's new la kan, sbb rasanya sblm ni lain ^^. was i wrong? heee

    ReplyDelete
    Replies
    1. haa boleh try tau nanti...

      sebenarnya da lama tukar tu..hahahah...maybe tak perasan...

      Delete
  4. Sedapnya. Makan ni untuk berbuka pun dah kenyang dah.

    ReplyDelete
  5. hahahaha apaaa la akak ni bahasa portugis dia adoii tergelak baca. aduh sedapnyaaa tolong la buatkan haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahha nasib baik bukan bahasa Uzbekistan...

      Delete
  6. nyum nyum menggoda mata memandang ^_^

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com