BookXcess Komited Dalam Membina Semula Komuniti dan Negara Dengan Kekuatan Imaginasi Melalui Buku

BookXcess Komited Dalam Membina Semula Komuniti dan Negara Dengan Kekuatan Imaginasi Melalui Buku | BookXcess memberi sehingga RM165 juta kepada seluruh rakyat Malaysia untuk memperluaskan lagi akses rakyat kepada buku-buku Bahasa Inggeris yang berkualiti | Melalui badan Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR), Red Readerhood, 1000 buah buku dengan nilai anggaran RM25,000 didermakan kepada mereka yang kurang bernasib baik melalui badan bukan kerajaan (NGO), Protect and Save the Children | Penghantaran buku dalam masa 48 jam bagi kawasan Subang Jaya, Puchong, Klang dan Shah Alam | Dengan kesedaran terhadap akses yang lebih mudah terhadap buku-buku yang berpatutan semasa tempoh mencabar ini, BookXcess dalam rancangan untuk membuka kedai buku yang ke-10, BookXcess @ Wolf House yang bertempat di ibu pejabatnya. 

BookXcess, syarikat bersama kepada Big Bad Wolf Books, merupakan sebuah kedai buku dengan potongan harga 50% - 80% sepanjang tahun. Dengan misi untuk menjual buku Bahasa Inggeris baru yang berkualiti dengan harga yang berpatutan serta mudah diakses oleh semua, BookXcess menawarkan pelbagai genre buku yang menarik seperti fiksyen sains, seram, kesusasteraan, dewasa muda, bisnes, buku masakan, seni dan reka bentuk, buku kanak-kanak dan banyak lagi buku menarik yang boleh memenuhi citarasa semua sambil menyebarkan keseronokan membaca. 


Dalam tempoh yang mencabar ini, BookXcess percaya dengan berganding bahu, rakyat boleh membina semula komuniti dan negara sebagai satu. Sejajar dengan itu, BookXcess telah melancarkan inisiatif Rebuild Through Reading untuk membina semula negara dengan memberi sebanyak RM165 juta kepada rakyat Malaysia. Setiap rakyat boleh mendapat peluang untuk menebus RM5 dari mana-mana cawangan kedai buku BookXcess atau kedai buku atas talian BookXcess dari 13 Mei 2020 hingga 14 Jun 2020. Para pelanggan boleh layari laman web BookXcess di bookxcessonline.com dan menebus peluang promosi ini dengan hanya memasukkan kod promosi BXRM5 di checkout bagi mendapatkan potongan RM5 dari jumlah pembelian atau tebus RM5 di mana-mana 9 buah kedai buku BookXcess yang bertempat di 5 buah negeri di seluruh Malaysia. Sambil membeli, pelanggan bagi mana-mana kedai buku BookXcess juga boleh berasa tenang dengan jaminan langkah-langkah keselamatan yang diambil bagi mengelakkan penyebaran COVID-19. Antara langkah-langkah keselamatan yang diambil adalah menghadkan jumlah pelanggan yang dibenarkan masuk ke dalam kedai buku selain mengharuskan pemeriksaan suhu badan sewaktu pelanggan memasuki ke premis. Kemudahan hand sanitiser juga disediakan di beberapa tempat di dalam setiap kedai buku selain mewajibkan pengesahan kontak terhadap setiap pelanggan. 

‘‘BookXcess sentiasa dalam misi untuk menjadikan minat membaca sebagai aktiviti yang berpatutan dari segi harga kerana buku boleh memberi inspirasi kepada mereka yang mengejar impian sambil memperkasakan mereka dengan pengetahuan. Buku juga dapat memberi ruang kepada sesorang untuk melihat sesuatu informasi dari perspektif yang berlainan. Membaca dapat mengisi minda dengan informasi yang baru yang mampu memberi manfaat pada bila-bila masa. Semakin banyak pengetahuan yang diperoleh, semakin bersiap siaga seseorang itu dalam menempuhi sebarang jenis cabaran. Dengan bertunjangkan misi tersebut serta mengubah dunia dengan sebuah buku pada satu masa, Jualan Buku Big Bad Wolf telah hadir di 11 buah negara dan di 33 bandar. Tetapi dengan impak dari COVID-19 yang tidak dapat dijangka, Jualan Buku Big Bad Wolf telah menamatkan operasinya untuk jangka masa yang  tidak ditentukan bagi mengambil langkah keselamatan terhadap pelanggan, pekerja serta komuniti yang pada saat ini menjadi keutamaan kepada kami. Walaupun begitu, kami berharap kami masih mampu untuk meneruskan misi kami dalam mengubah dunia dengan sebuah buku pada satu masa melalui kedai buku BookXcess serta kedai buku BookXcess atas talian kepada para Wolfies. Kami juga menyediakan penghantaran buku ke luar negara,’’ kata Jacqueline Ng, Pengasas Bersama BookXcess Sdn. Bhd.

‘‘Salah satu sebab utama mengapa kurangnya pembaca di Malaysia adalah kerana harga buku yang mahal. Buku menelan belanja yang tinggi bagi seseorang yang mempunyai pendapatan sederhana ini telah menjadi satu sekatan kepada ramai peminat buku. Dengan keadaan ekonomi semasa, semakin sukar bagi rakyat untuk mendapatkan buku dengan harga yang asal. Oleh kerana itu, telah menjadi satu matlamat buat BookXcess untuk menjadikan buku sebagai salah satu barang keperluan di rumah semua orang, walaupun semasa tempoh PKPB ini. Usaha kami dalam menyokong penuh terhadap usaha celik huruf adalah sama tinggi dengan kepercayaan kami bahawa pendidikan tidak seharusnya menjadi satu keistimewaan. Menjadi komitmen kami dalam membina semula komuniti ini melalui usaha Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) kami iaitu Red Readerhood, yang direka untuk menderma buku-buku baru yang berkualiti kepada mereka yang kurang bernasib baik.’’, kongsi Andrew Yap, Pengasas Bersama BookXcess Sdn. Bhd.

Red Readerhood membina semula komuniti dengan cara kerjasama dengan badan organisasi tempatan untuk menderma buku kepada yang memerlukan kerana semua orang mempunyai hak untuk mendapatkan akses buku dan pembelajaran tanpa menghiraukan status. Baru-baru ini, BookXcess telah bekerjasama dengan Protect and Save the Children dan telah berjaya menderma 1,000 buah buku dengan nilai anggaran sebanyak RM25,000 kepada kanak-kanak di kumuniti pelarian, ibu tunggal, kanak-kanak B40 serta pusat-pusat anak yatim. Kanak-kanak tersebut kini mempunyai akses yang dapat membantu mereka membaca, mewarna dan bermain bersama buku-buku bahasa inggeris yang berkualiti. 

Sejajar dengan perlancaran kempen Rebuild Through Reading, BookXcess telah melaksanakan khidmat penghantaran buku dalam 48 jam bagi kawasan terpilih seperti Subang Jaya, Puchong, Klang dan Shah Alam bermula dari 14 Mei ini pada kadar penghantaran biasa tanpa cas tambahan. Menambah kepada inisiatif tersebut, BookXcess merancang untuk melancarkan dua kedai buku dalam beberapa bulan akan datang.

Para pelanggan digalakkan untuk kekal berinformasi bagi mendapatkan berita-berita menarik, promosi dan buku terkini di BookXcess melalui laman sosial BookXcess dan Big Bad Wolf Books. 

Instagram: @bookxcess ; @bigbadwolfbooks

13 comments:

  1. Lamanya x jejak kaki kt bookxcess.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama lah...last sebelum pkp dulu...

      Delete
    2. kannnn. harapnya dapat jejak kaki kat sana lagi soon

      Delete
  2. nanti free boleh singgah pergi tengok buku kat bookxcess tu. Wahhh banyaknya promo dia buat, murah murau pula tu. tengah terjah kedai buku online dia, hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu lerr..akak kalo bukak web dia memang confirm akan terbeli seketul dua...so, kena tahan diri dulu buat masa ni..hahahah

      Delete
  3. Saya suka pergi bookxcess ni. Terutama yang bukak 24 jam kat cyberjaya tu. Harga diorg memang murah dan banyak plak tu pilihan

    ReplyDelete
  4. bagus purpose dia patut kita sokong

    ReplyDelete
  5. Dia punya offer best. Diskaun RM5 kira berbaloi juga tu beli buku. Buku dah murah, dia murah lagi. Yang suka baca buku kena grab offer ni. Cara yang bagus juga untuk menarik orang lebih minat membaca. Musim PKP ni memang sesuai sangat banyakkan membaca.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu fiza..akak pun nak beli ni nanti sebab ade join program pos buku ke seluruh dunia tu

      Delete
  6. Sampai sekarang aku lupa nak order buku,,ko ngase? hahahahaha

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com