COVID-19: Apa Yang Merisaukan Jika Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat Bermula?

COVID-19: Apa Yang Merisaukan Jika Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) Bermula? | Tahukah uols kenapa staff Kementerian Kesihatan Malaysia risau minggu depan? Dan kenapa sebilangan besar rakyat Malaysia turut sama rasa kebimbangan menghampiri tarikh 4 Mei 2020?

Kredit gambar: KekandaMemey

Yang dirisaukan, bukan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) tu. Kita pun tahu ekonomi perlu dimulakan dan diteruskan. Kita tak mampu nak hilang berbillion ringgit lagi. Yang kita RISAU sebenarnya SIKAP rakyat Malaysia semasa PKPB.

Uols nak tahu perangai segelintir rakyat Malaysia semasa PKP 1, 2, 3 dan 4?
  1. Tak bercakap benar dengan staff kesihatan. Kata tiada risiko sekali haaa satu geng staff kesihatan kena kuarantin.
  2. Kita dok terpacaklah bawah matahari berbalut PPE bermandi peluh nak screening tanya soalan sebelum masuk pagar klinik. Soalan pun tak habis tanya, dia dah cakap "takde takde". Apa benda tu, soalan tak habis tanya kau dah cakap takde?
  3. Kita dok buat pangkah lah kat tempat duduk tu, jangan bagi duduk sebab nak jaga social distance. Last last dia duduk jugak sebab takde tempat duduk. Ini faham konsep ke tak ni?
  4. Yang kluster kayangan, kluster tak berapa nak kayangan tu yang tak bagi kerjasama semasa kami bekerja, ini kategori ape ni?
  5. Yang kalo pergi pasar ke Tesco ke, penat la orang Tesco tu buat garisan suruh uols berdiri ikut garisan untuk social distance, last last berdiri rapat rapat jugak kan?
  6. Ada orang compare pasal jumpa orang semasa pergi kerja vs balik kampung? Ini faham tak konsep kalau tak kerja nanti duit pun tak ada? Nak makan ape? Pasir? Semua orang nak balik kampung tapi terdesak sangat ke nak berhari raya sekarang ni? Ini keperluan atau kemahuan ni, tolong bezakan.

So, sebenarnya yang merisaukan bukan PKPB tu, yang merisaukan ialah sikap masyarakat yang just ignorant, pentingkan diri sendiri.

Masalahnya dengan penyakit COVID-19 ni, hanya perlu SEORANG je individu yang positif dan kurang bijak, ignorant serta pentingkan diri sendiri.


Bayangkan Miss Hulala ni, dia nak jugak pergi shopping di Seksyen 7 Shah Alam, raya punya pasal.

Dia menyembunyikan hal yang dia ada contact dengan pesakit positif COVID-19, dan dia pun ignorant sangat. Sepatutnya dia pergi check di klinik, tapi dia tak buat, covidiot agaknya. Nafsu shopping dia lagi membuak-buak maka dia terjah Ariani, Jakel, pusing Sugarscarf belakang tu, pastu sambung beli jubah kat Bella Ammara.

3 hari selepas tu, dia demam, batuk, dia pergi check dah disahkan positif COVID-19.

Uols rasa berapa contact dia semasa bershopping ke sana ke sini? Tak beratus? Beribu? Tu tak masuk kalau tetiba dia sambung tawaf Bangi Sentral pulak.

Uols tak rasa ke banyak lagi kedai kena tutup?

Hanya kerana kesalahan SATU INDIVIDU sahaja.

So kerisauan KKM bukan pada PKPB, kita pun tahu ramai yang dah senak takde duit. Kesian orang-orang ni.

Tapi yang akan jadi masalah kalau SIKAP kita yang just ignorant dan pentingkan diri sendiri.

Uols boleh pilih untuk wave ketiga atau continue flatten the curve.

Kali ni tak perlu pilihanraya.

Malaysia memilih.

Uols sharelah benda ni kalau uols rasa benda ni perlu drill dalam otak setiap rakyat Malaysia.

Salam Ramadhan.

#salintampal dan sunting dari Facebook

8 comments:

  1. nehi nehi go out.. saya masih memilih untuk kekal duduk dirumah..

    jemput join segmen bloglist SYM
    https://sitiyangmenaip.blogspot.com/2020/05/segmen-bloglist-siti-yang-menaip-12020.html

    ReplyDelete
  2. Kan kak. Semoga semua dapat ikutlah SOP PKPB tu sebaik mungkin. Hmm.

    ReplyDelete
  3. betul. setuju sangat, tapi itulah kalau diteruskan.semoga Allah permudahkan kita semua.

    ReplyDelete
  4. Konon nak gi laa jemputan Hotel R tu malam ni, tapi apakan daya tak dapat kebenaran dan izin dari Suami...katanya #JustStayAtHome hehehehe

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com