Ticker

6/recent/ticker-posts

COVID-19: Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat Dilaksanakan Mulai 4 Mei 2020

COVID-19: Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat Dilaksanakan Mulai 4 Mei 2020 | Siapa yang mengikuti perutusan khas Perdana Menteri Sempena Hari Pekerja pagi ni tadi, mesti tau bahawa sektor-sektor ekonomi dan perniagaan akan mula dibenarkan beroperasi pada 4 Mei 2020.

perutusan khas perdana menteri sempena hari pekerja

Walau bagaimanapun, sektor ekonomi dan perniagaan yang mula dibuka harus mematuhi garis panduan (SOP) yang dikenakan untuk beroperasi dalam musim penularan wabak COVID-19 ni. Bukannya pergi kerja macam biasa dulu-dulu tau. Banyak syaratnya yang perlu dipatuhi oleh majikan dan pekerja sebelum boleh turun bekerja di pejabat atau premis perniagaan, maka wujudlah Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang terpakai untuk seluruh lapisan masyarakat.

SOP ni mengambil kira norma baharu dalam pengendalian perniagaan dan kehidupan harian, iaitu:
  • Mengamalkan langkah-langkah kesihatan:
  1. Penjarakan sosial (social distancing) sekurang-kurangnya 1 meter, sebaik-baiknya 2 meter dalam semua keadaan
  2. Memakai face-mask; digalakkan setiap masa, diwajibkan dalam keadaan tertentu
  • Menggalakkan amalan kebersihan yang tinggi:
  1. Kerap mencuci tangan dengan sabun atau hand-sanitizer
  2. Menyediakan kemudahan ini untuk pekerja dan pelanggan
  3. Memastikan pembersihan (sanitizing) premis dibuat pada kadar yang kerap dan konsisten, sekurang-kurangnya 2 kali sehari
  • Mengamalkan amalan-amalan pencegahan jangkitan:
  1. Memastikan terdapat protokol pemantauan penyakit dan pencegahan penularan jangkitan
  2. Kesemua pekerja diperiksa setiap hari untuk mengenalpasti simptom COVID-19 termasuk pemeriksaan suhu badan
  3. Di mana penjarakan sosial tidak boleh diamalkan, pekerja mesti menggunakan peralatan perlindungan diri (PPE) yang sesuai
  4. Melaporkan kepada Jabatan Kesihatan sekiranya terdapat maklumat mengenai jangkitan COVID-19
  5. Melatih pekerja untuk memantau dan bertindak sekiranya terdapat kes yang disyaki timbul
  • Mengelakkan sebarang bentuk perhimpunan:
  1. Aktiviti sosial melibatkan perhimpunan ramai seperti panggung wayang, stadium bola sepak, dan kelab malam tidak dibenarkan
  2. Aktiviti sukan berpasukan atau melibatkan sentuhan (contact) tidak dibenarkan
  3. Majlis kenduri-kendara/ rumah terbuka/ aktiviti perayaan atau keagamaan tidak dibenarkan atau dihadkan dengan ketat

Kerajaan jugak menyenaraikan sektor yang dilarang beroperasi buat masa ni, tapi akan dibuka semula secara berperingkat dari masa ke semasa nanti, senarainya boleh tengok dalam gambar kat bawah.

senarai aktiviti yang dilarang semasa perintah kawalan pergerakan bersyarat mulai 4 mei 2020

senarai aktiviti yang dilarang semasa perintah kawalan pergerakan bersyarat mulai 4 mei 2020

senarai aktiviti yang dilarang semasa perintah kawalan pergerakan bersyarat mulai 4 mei 2020

PM cakap, negara kita rugi sekitar RM2.4 bilion setiap hari sepanjang tempoh PKP dilaksanakan. Jumlah kerugian setakat ni dianggarkan sekitar RM63 bilion. Jika PKP berterusan untuk tempoh sebulan lagi, negara kita akan kerugian RM35 bilion menjadikan jumlah keseluruhan kerugian RM98 bilion. Allahu, banyaknya. Sebab tu lah kerajaan mengambil langkah untuk bukak semula sektor ekonomi tertentu supaya dapat jana balik ekonomi negara kita.

Tapi paling rasa terkesan dalam ucapan PM tu, perjalanan rentas sempadan negeri masih tak dibenarkan kecuali untuk tujuan hadir bekerja dan pulang semula ke rumah sendiri setelah terkandas di kampung atau di tempat-tempat lain. Perjalanan rentas negeri untuk balik ke kampung semasa cuti perayaan Aidilfitri jugak tak dibenarkan, ye! Maka berayalah daku di perantauan keseorangan di Johor ni kang.

Huhuhuhu.

Tapi tengok dalam senarai aktiviti yang dilarang tu, sambutan hari raya dengan keluarga terdekat masih lagi dibenarkan, dan perjalanan balik raya nanti akan ada pengumuman prosedurnya. Kita tunggu je lah ya update terbaru!

Post a Comment

10 Comments

  1. Sejujurnya kan...aku kurang bersetuju semuanya...ermm entahlaaa..

    ReplyDelete
    Replies
    1. faham..bak kata PM kita lah, sesetengah dari rakyat ada yang masih bimbang jika PKP ditamatkan sebab COVID-19 ni bukan penyakit main-main cuba-cuba kan...harap2 semua patuh la SOP tu..dan PM cakap jugak, mana yang boleh WFH, WFH aje tanpa perlu turun office...

      Delete
  2. majlis perkahwinan juga boleh buat kecil-kecilan sahaja..

    buat online dan jamuan akan dihantar menggunakan pos

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahhaha heyyy, tak payah la sampai pos makanan...

      Delete
  3. Tak tahu nak kata apa. kalau lepas tamat pkp 12 mei mungkin lebih baik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu lerr, tengok semalam kes lebih 100 jadi seram pulak

      Delete
  4. tataulaa kenapa rasa x sedap atiii jee bila ada kelonggaran ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak pe lah, sama2 kita berdoa moga Allah jaga kita...

      Delete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com