Daging Salai Masak Lemak Cili Padi

Daging Salai Masak Lemak Cili Padi | Antara menu berbuka kitorang pada 20 Ramadhan yang lepas, salah satunya adalah Daging Salai Masak Lemak Cili Padi. Bukan saya masak, tapi Nada yang masak. Saya tukang beli Daging Salai tu aje. Hihi.


Sebab teringin sangat, kitorang lak memang suka gila Daging Salai Masak Lemak Cili Padi. Nada pernah bawak balik satu masa dulu Daging Salai siap pek gini tapi bukan dari jenama ni lah. Masa tu dia lah yang masaknye, dan rasa sedap sangat, so kali ni nak dia masak jugak. Haha!


Saya beli Daging Salai Mak Ngah dari sorang rakan blogger kat Johor ni. Nampak Mak Lin promote kat Facebook dia, eh murah pulak harganya. 220 gram tu RM15 aje tauu, saya beli lah dua pek, tapi sebab masa tu tengah PKP lagi (bukan PKPB), so Ady tu tak leh nak delivery ke Pulai yang lebih 10km dari tempat dia. Kena lah pos dari Kulai kalau tak silap saya, alamat sendernya masa tu.


Resepi nak share jugak ke? Ala, macam masak lemak cili padi biasa aje, cara Nada, dia tumis bahan kisar tu semua sampai naik bau dulu, then tambah santan cair, masukkan daging salainya. Tips Nada, dalam bahan tumis tu tambah sikit serbuk lada hitam. Bagi masak kejap, sambil gaul-gaul kerap nak bagi tak pecah minyak santan tu. Nanti boleh tambah santan pekat pulak. Kacau-kacau selalu, bila  santan dah masak dan daging dah lembut boleh lah tutup api. Siappp.

Daging Salai Masak Lemak Cili Padi ni, yang sedapnya, rasa smoky daging tu meresap ke dalam kuah. Tu yang umphhh! Jadi takde lah susah sangat nak buatnya kalau dah biasa buat masak lemak cili padi.

Hari ni uols berbuka apa pulak? Kitorang macam cuti masak hari ni.


P/S: Takde karen pulak selorong rumah ni, adeiii!

12 comments:

  1. sedapnya.... mau bertambah makan

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang kak...kalo yang ni, saya tak kisah bertambah nasi, sahur pun saya sanggup korbankan diet, pergi makan nasik jugak..hahaha

      Delete
  2. Osah sodap dapat daging salai masak lomak ni. masak podeh sikit :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha..sodap ni...menantu orang nismilan mesti expert kan masak ni..

      Delete
  3. seriuslah rm15 satu pek. Kita pun nak beli jugak lah. Sedapnyaa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah farah..sebab murah la akak beli ni ha..biasanya kan RM20 lebih...

      Delete
  4. saya pernah cuba tapi tak ngam dengan selera..
    tapi makcik penah try lebihan daging satay buat masak lemak..
    boleh pulak makan hahah pelik2..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha...lebihan daging satay mungkin sebab dia juicy sikit dan rencahnya da banyak dalam daging tu..jadi boleh terima...

      Delete
  5. Sis beli gak 2, satu pek Yana buat daging cecah sos thai, satu lagi memang nak buat lemak ni, nak cari belimbing buluh dulu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ooo yang tu yana guna daging salai ni ekk...sedap gak ekk buat cicah gitu

      Delete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com