Resepi Pulut Mangga Sedap, Senang Pulak Tu!

Resepi Pulut Mangga Sedap, Senang Pulak Tu! | Para peminat makanan Thai mesti dah sinonim dengan nama pencuci mulut yang satu ni. Pulut Mangga atau Khao Niaow Ma Muang, juadah yang wajib ada di Pesta Makanan Thai, dan selalunya ada juga di bazar Ramadhan.

resepi pulut mangga sedap dan mudah

Kitorang buat menu berbuka puasa beberapa hari lepas, dah tak ingat dah Ramadhan ke berapa. Nada bawak balik dua biji mangga dari office, ada pak cik yang bagi kat dia. Terus terdetik dalam hati nak buat Pulut Mangga, alang-alang ada pulut susu dalam stok sejak tahun lepas, masih tak diusik lagi.

So, apa lagi, saya pun buat lahhh pulutnya ikut resepi yang pernah saya cuba di Selera Sakura. Cuma kali ni, kalau guna 1/4 cawan aje untuk santannya, pulutnya tak berapa lemak dan tak berapa lembut. Mungkin juga sebab pulut tu dah lama sangat. Lepas berbuka, saya oter lagi tambah santan untuk lembutkan lagi pulut dia.

Nah, saya kongsi kat sini resepinya ya!

resepi pulut mangga sedap dan mudah

Pulut Mangga @ Khao Niaow Ma Muang
Saiz: 3 - 4 orang makan
Masa penyediaan: 1 jam

Bahan-bahan:

1 cawan beras pulut susu (direndam 1-2 jam @ semalaman)
1 cawan santan
1/4 sudu kecil garam
3-4 sudu makan gula halus/kasar/perang
1 sudu makan tepung jagung (dibancuh dengan sedikit air)
Daun pandan
Mangga

Cara-cara membuatnya:
  1. Panaskan kukusan. Kukus beras pulut hingga setengah masak.
  2. Masukkan 1/4 cawan santan yang telah digaul dengan garam. Masukkan sekali daun pandan. Kukus lagi hingga pulut masak.
  3. Periuk lain, satukan baki santan, daun pandan dan juga gula halus/kasar/perang (kemanisan ikut selera masing-masing). Masak hingga mendidih. Masukkan bancuhan tepung jagung untuk kuah yang agak pekat.
  4. Untuk hidangan - Sendukkan pulut ke dalam bekas. Tuang kuah santan dan hidangkan dengan hirisan mangga
  5. Siap untuk dinikmati.

18 comments:

  1. sedapnya. nasib baik dah makan awal posa aritu

    ReplyDelete
  2. ni dah boleh join segment mama ni.. jemputlah join ye
    http://www.mamapipie.com/2020/05/calling-to-join-segment-share-resepi.html

    ReplyDelete
  3. nasib sik ada beras pulut di rumah. haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahahah nasib bait owh..mun sik, udah start udah yaaa

      Delete
  4. Nak buat, ada 2 biji mangga besaor kedaung tu dalam aisbox hehehehe..
    Haii awak, jangan lupa approve saya punya komen hahahaha 😛

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahhaha yee, dah approve ni...spam banyak sangat oi

      Delete
  5. Wak tak gheti makan pulut dengan mangga.
    Biasanya makan pulut dengan serawa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ooo...pulut dengan ayam goreng pun sedap gak wak

      Delete
  6. bila awak nak buat utk saya..hihi

    ReplyDelete
  7. hidangan yang sungguh menyelerakan

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya tuan...berselera saya makan..sampai tiga mangkuk...errr

      Delete
  8. Sedapnya. tiba-tiba rasa macam nak buat pulut mangga jugak

    ReplyDelete
    Replies
    1. harusss buat tau dalam bulan puasa ni..hihihi

      Delete
  9. Sedapnya... fresh je rasa dpt makan waktu berbuka ni.. alhamdulillah, nikmat :)

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com