Wall’s Special Edition Tealive Boba Ice Cream

Wall’s Berganding Tenaga Dengan Tealive Untuk Kolaborasi Pertamanya, Memperkenalkan Wall’s Special Edition Tealive Boba Ice Cream | Aduhh, bulan-bulan puasa pulak dia release aiskrim ni kan? Geram saya tengok siang-siang macam ni. Rasa macam nak pergi carik pulak, boleh buat pencuci mulut lepas berbuka nanti.


Uols mungkin fikir kegilaan boba dah pudar kat Malaysia, namun interpretasi semula minuman kegemaran ramai ni muncul pulak, bila jenama ais krim ternama Malaysia, Wall’s memperkenalkan rekaan terkininya melalui kolaborasi dengan rangkaian bubble milk tea, Tealive - Wall’s Special Edition Tealive Boba Ice Cream.


Keluaran terkini ni lebih dikenali dengan nama manja #WallsBobalicious, Wall’s Special Edition Tealive Boba Ice Cream merupakan gaya terbaharu peminat boba untuk menikmati minuman kegemaran mereka dalam bentuk ais krim, tak kira tempat dan waktu! #WallsBobalicious direka khusus untuk memberikan pengalaman sensori baharu hasil dari minuman yang tak asing lagi di Malaysia dengan harga yang berpatutan dengan rasa teh susunya yang kaya dan bijian pearl yang kenyal dalam setiap gigitan.


Produk ni jugak melambangkan pengalaman pertama jenama Wall’s, kerana ianya merupakan kolaborasi pertama antara Wall’s dan Tealive, disamping memberikan rakyat Malaysia pengalaman baharu untuk menikmati boba dalam bentuk sebatang ais krim. Kolaborasi ni juga semestinya memberikan kenikmatan dan menjadi penaik semangat buat semua rakyat Malaysia dalam tempoh #DudukRumah ni, dimana kita semua boleh #BobaJeLAH dan menikmati kemanisan hidangan kegemaran ni tak kira tempat dan waktu!

Ehhh, kalo puasa, kena kira waktu ye! Lepas berbuka aje baru boleh makan tau 😆


#WallsBobalicious bakal dipasarkan di seluruh negara di kesemua semua pasar raya utama, pasar raya besar, kedai serbaneka dan juga cawangan Tealive terpilih dengan harga sebatang ais krim dijual pada harga yang disyorkan iaitu RM2.20 - RM2.70 sebatang. Nantikan kemas kini dan tawaran menarik di laman sesawang Wall’s  (www.walls.com.my) atau ikuti Wall’s Malaysia di Facebook (www.facebook.com/wallsmalaysia/).

16 comments:

  1. nyamannya tok. dah la mok order aek tealive mala jak lupa.. Ades~

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha marek kamek berbuka dengan tealive...first time ngodar guna grabfood..hahahahhahah

      Delete
  2. Dah cakap dengan En Suami..hehehehe..

    ReplyDelete
  3. belum jumpa gik, tapi biasa boba2 tok kureng minat kamek, opis dikelilingi kedai boba teh, sigek duak je dah try.

    ReplyDelete
  4. Misi mencari aiskrim boba lepas ni!

    ReplyDelete
  5. pagi-pagi tengok aiskrim masih ok..

    cuba petang nanti di saat kehausan melanda diri..

    dugaan besar

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya, cuba datang balik petang nanti...haahahhaha

      Delete
  6. woww, ais cream boba pun ade ye.

    ReplyDelete
  7. Engko dah cuba ke? Jom leee kita beli hehehehe nasib dekat sini ada jual..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu lerr..tengok kang malam kalo bukak lagi kedai, takut tak sempat je..haha

      Delete
  8. mana nak cari ni rasanya kedai runcit area umah mama xde

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com