Sedap Ke Aiskrim Magnum Cherry Blossoms Tu?

Sedap Ke Aiskrim Magnum Cherry Blossoms Tu? | Haa, siapa pernah makan? Aiskrim Magnum baru perisa Sakura. Plastik aiskrim ni cantik sangat, buat sesiapa yang suka Sakura dan suka pink akan cuba membelinya. Haa gitu. Saya lah salah seorang daripadanya. Haha!


Tengok pada label plastik, aiskrim Magnum Cherry Blossoms ni merupakan aiskrim berperisa bunga Sakura dan disaluti dengan coklat Belgium berwarna merah jambu serta sedikit cebisan buah ceri kering.


Haa gitu rupa di dalamnya, cantik kan? Ye memang cantik, bau sikit, mmm bau manis. Cebisan buah ceri tu nampak ekslusif gitu. Tapi saiz dia haa, biasalah semakin kecik sejak-sejak berapa tahun ni. Haha! Macam ni saya beli kat 7Eleven, RM5.30 ye. Mahal betul.


Cuba gigit sikit, ohhh gitu rasa dia. Ada rasa dan bau bunga Sakura sikit, dan ada rasa susu masam. Coklat Belgium pink tu sedapp, tapi aiskrim belah dalam tu kureng sikit la. Ada sos ceri dalam tu sikit, entah pelik sikit rasa dia. Untuk ulang beli, mungkin tak lah.

Cukup rasa sekali aje, udah.

7 comments:

  1. Dari ko buat ayat apa rasa dia tu, okay...Sis ko tak nak beli hahahahaa tak suka rasa bunga hahahaha

    ReplyDelete
  2. Tengok je pun dah menarik..tapi bila SS dah review rasanya mungkin kalau PC beli pun satu je kot kongsi dengan en suami..hehehe.kalau kena dengan tekak baru ulang beli.

    ReplyDelete
  3. suka pink, tapi ice cream more kepada coklat atau vanilla je hahah. Strawberry pun tak makan sangat. Best ice cream strawberry fresh je kat cameron highland haha

    ReplyDelete
  4. Memangla sedap
    Lagi sedap kalau dapat gratis

    ReplyDelete
  5. herm...tk terasa nak beli sebb bunga...hahaha lebih suka coklat

    ReplyDelete
  6. wah magnum ada aiskrim baru..bole la try nanti

    ReplyDelete
  7. alamak kenapa tak perasan entry ni? adehhh

    lawa nya plastik aiskrim tu. ada rasa dan bau bunga sakura? uishh rare tuh..

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com