Lunch di Sushi King AEON Taman Universiti

Lunch di Sushi King AEON Taman Universiti | Setelah sekian lama tak bersua muka, akhirnya kami berjumpa jugak minggu lepas, makan tengahari bersama di Sushi King AEON Taman Universiti. Dengan kak Ajan, hari-hari lah jumpa, tapi dengan Ayen, sejak dari sebelum PKP lagi tak jumpa dia. Kira dah tiga bulan lebih la tak jumpa.


Sushi King pun dah lama tak jejak. Tu la kali pertama saya dine in dalam restoran dekat shopping mall. Sebelum tu saya pernah makan sekali aje kat Restoran Nasi Kerabu @ Taman Pulai Utama dengan my lecturer dan anak dia. Nak masuk AEON tu ada dua pintu masuk yang dibuka, just perlu check in guna apps MySejahtera dan check suhu aje. Siapa yang takde apps tu, kena isi secara manual.

Masuk Sushi King pun kena check in jugak lagi sekali dan check suhu. Padahal sebelah pintu masuk AEON je tu. Haha. Agaknya suhu boleh naik atau turun dalam dua tiga tapak lepas masuk ke dalam mall πŸ˜† Tapi start 1 Julai nanti, hanya kat pintu masuk shopping mall aje suhu kene check, kat kedai-kedai dalam tu dah tak payah dah, diorang dah hapuskan SOP tu.

Alhamdulillah kan, bilangan kes COVID-19 kat Malaysia ni dah semakin mendatar dan menurun. Tapi dalam pengurangan tu, tetap kena berjaga-jaga juga. Tak boleh sambil lewa, berhuha-huha tanpa ikut SOP. Sebab benda ni belum zero, kat luar negara masih banyak kes baru dan kematian pun dah lebih 500 ribu orang.

Ok lah, cukup pasal COVID-19 tu. So makan ape je kat Sushi King? Masa pergi tu best jugak lah sebab ada banyak variasi sushi plate yang diorang hidang atas kaiten. Nampak aje Edamame, memang terus ku rembat. Favorite tu, mesti nak makan tu dulu sebelum makan benda lain. Baru la sihat, kan? 😜


Then hari tu ada Inari Boat Tuna Mayo, haa yang ni sedap sebab ada tuna, antara favorite jugak. Kalo Inari saje, saya tak berapa minat. Kahhh! Then ambil jugak Karaage Teriyaki Mayo, yang ni selalunya saya makan ayamnya dulu sebab besau sangat nak masuk mulut semua, lepas tu baru makan nasiknye πŸ˜…

Yang terbaru, Strawberry Hanjuku Cheese Cake, sedap gak. Lembut sangat keknya dan berasa strawberry dia. Satu lagi perisa Melon tapi tak ambil gambar pulak. Tetap, yang Strawberry tu sedap. Haa semua tu saya makan masa budak dua orang tu tak sampai lagi. Dah excited dapat makan Sushi King punya pasal, malas nak tunggu. Hahaha!


Bila diorang dah sampai, haa order lagi Yaki Gyu Don, paling suka sangat daging kat Sushi King ni sebab sedap. Tak kisah la bento ke set meal ke, mesti nak yang ada daging. Jarang-jarang pilih menu yang lain. Paling-paling buang tebiat pun, akan order Black Pepper Udon je.

Kenyang perut suka hati, yesss. Lepak lama gak situ sampai kul 2 lebih. Masa nak bayar kat counter, nampak pamplet kat bawah ni.


Ye, bulan Julai ni Sushi King Bonanza kembali! Dah berapa bulan takde kan, haa apo lagii. Save the date!

Sushi King Bonanza Julai 2020

6 - 12 Julai 2020
Penang, Perlis, Perak, Johor, Negeri Sembilan, Kelantan & Sarawak

20 - 26 Julai 2020
Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya, Melaka, Kedah, Pahang, Terengganu & Sabah

12 comments:

  1. Patutlag sepupu-sepupu PC excited masing-masing.

    ReplyDelete
  2. Enam julai? Xda geng aie mok neman kamek... T^T

    ReplyDelete
  3. wow..lunch kat sushi king ko..hihi

    ReplyDelete
  4. Aku kalau makan shushi mesti makan Bento, abang aku pun sama, tak tau kenapa, then lepas tu barulah amik yang pinggan-pinggan hahahaha tai sekarang kemnaruk shushi Mantai..

    ReplyDelete
  5. Akak bukan penggemar sushi tapi baca review Sunah ni rasa macam nak pergi pulak, nak makan Yaki Gyu Don.

    ReplyDelete
  6. rindunya dengan aeon taman U nih, dulu masa kerja kat UTM ini lah shopping mall yang hampir tiap hari jadi tempat lunch heheheh...

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com