Beli Surgical & Washable Face Mask Dekat Shopee

Beli Surgical & Washable Face Mask Dekat Shopee | Kahhh, akhir-akhir ni asyik cakap pasal beli barang dekat Shopee! Mana tak nya, sejak PKP dah jadi Shopee Shopper tegar! Alang-alang tiap kali barang sampai, kita ambil gambar dan rate seller, apa kata jangan bazirkan gambar-gambar tu. Masuk aje dalam blog, mana tau ada orang nak cari jugak kan?

Kali ni cerita beli mask muka lak sepanjang wabak COVID-19 menular. Awal-awal sebelum PKP, dah ada surgical mask yang Sis Lin beli kat Indonesia, jenis hijab loop tu. Senang nak pakai sebab tak perlu masukkan tali tu dalam tudung. Awal-awal dulu memang susah nak cari hijab/head loop. Kebanyakannya ear loop.

Bila pemakaian mask dah diwajibkan oleh kerajaan, maka pengusaha surgical mask mengambil inisiatif untuk buat mask yang loop dia memudahkan pengguna bertudung. Harganya pun confirm lah lagi mahal dari ear loop mask. Pernah gak tengok sekotak 50 pcs, dalam RM75.00 jenama Nexcare. Mahal kedaung ek!


Sebab tak mampu nak beli sekotak masa tu, saya beli aje 3 bungkus yang ada 6 pcs sebungkus sekali dengan hand sanitizer dari seller pebblezct. Entah kenapa la orang jual macam tu, mesti nak sertakan jugak dengan hand sanitizer. Nak habiskan stok agaknya. Tapi masa ni da kerap keluar beli barang dapur, sebab dah masuk bulan puasa, jadi mask nya cepat habis kongsi dengan housemates. 1 set RM17.00


Then terdetik nak beli washable mask dekat seller piggienat91, tapi pilih yang ada poket untuk masukkan filter. Nak berjimat lah kononnya kan. Beli dua helai sebab kena basuh setiap hari sebelum guna, satu helai dalam RM14.00, selesa kainnya tapi tu lah jenis ear loop pulak. Boleh je guna mask extension tapi rasa ketat sangat getah dia tu.


Masa ni pakai pergi lunch dekat Renaissance Johor Bahru Hotel lepas raya. Helok kan? Masukkan aje non-woven filter kat dalam poket dia, saya beli 30 pcs, sekeping 30 sen aje dekat seller kidzbella. Dia potong agak besar gak, boleh potong lagi untuk muatkan dalam tu.


Lama-lama rasa tak berapa syok sebab susah pakai kan, mask extension memang ada tapi tali getah da tu pendek sangat untuk extend ke belakang kepala. Takpe lah, kita simpan aje buat pakai bila perlu, contohnya masa travel musim sejuk. Ahhhhh tiberrrr! Rindu Jepun!


Dan semalam, akhirnya saya beli jugak ear loop mask 4 ply dari seller sallynguan. Bukan ashe-ashe seketul Sunah ni beli mask, siap ada corak bunga raya. Lepas tu padan muka tak baca betul-betul, rupanya RM68 untuk 40 pcs aje. Adeii, ngade ehhh beli 4 ply, padahal jenis 3 ply pun dah ok. Lagi satu, sebenarnya salah faham ingatkan head loop, excited punya pasal terlepas pandang dia ear loop. Nasib baiklah nkoo punya tali tu stretchable, boleh la pakai mask extension.

Beli banyak-banyak buat ape? Buat simpan di masa perlu, kan dah jadi norma baharu?

7 comments:

  1. Okay, kang ko bawak yang bunga raya tu untuk aku ...aku nak juga..nak 3 hahahahahaha

    ReplyDelete
  2. tak rugi beli banyak...suami beli banyak masa musim jerebu...tapi jerebu asap rokok dia lagi tebal...so nmask musim jewrebu habis di musim covid

    ReplyDelete
  3. banyak kalinya Sunah beli mask. Akk beli sekotak masa hari covid 19 sampai SKudai tu, RM15/50pcs.. bertahan jugaklah pakai yg tu sebab pkp kan, tak keluar rumah. Paling bersyukur sbb dapat dua tiga bungkus mask free. Lepas tu adik bagi satu yg washable head loop, tu dia beli RM35, giler betul. Akk beli yg RM4 washable ear loop jugak, yg mana ear loop tu akk pasang brooch siap2 kat kiri kanan kepala supaya senang sangkut. Tapi, akk lagi selesa & confident jenis mask pakai buang, hihi

    ReplyDelete
  4. Wah, nak sikit bunga raya! Oh 4 ply pun ada ek.

    ReplyDelete
  5. ooo ada 4 ply juga ye? yang bunga raya tu cantik!

    Tak salah beli banyak, sebab norma baru kan... memang kita kena pakai mask juga. Lagi2 yang keluar tiap hari pergi kerja.

    ReplyDelete
  6. Apa sussah2 pakailah klip roti gardenia 🤣🤣🤣 kalau tak ketatlah

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com