Ticker

6/recent/ticker-posts

French Creme Brulee Sofuto FamilyMart Sedap Sangat Weiii

French Creme Brulee Sofuto FamilyMart Sedap Sangat Weiii | Semalam bila nampak dak Visit Johor post pasal aiskrim nan satu ni, terus hati tertarik. Ah gituu. Nampak sedap gilaaa dengan taburan gula karamel kat atas dia tu. Apa lagi, malam tadi, saya terus ajak Ibah pergi FamilyMart. Alang-alang memang nak keluar lepas Maghrib tu.

Sampai FamilyMart Taman Universiti, panjang jugak yeee barisan nak beli aiskrim je pun. Haha. Sampai kena hold order aiskrim sebab ada 10 kon sebelum kami masih menunggu. Kitorang OK je, tunggu 10 minit. Sebab memang nak cuba kan, asalkan baris jaga jarak, udah lerrr. Jangan kita je jaga, orang lain buat dek je berdiri rapat-rapat dengan kita. Rasa nak sound jekkk.


Nah, ini dia aiskrim yang diimpikan. Gula tu dia tabur kemudian bila dah pipe aiskrim tu masuk ke dalam kon. Gula dia asalnya kering aje, tapi bila da lama duk atas aiskrim tu, ia mencair menyerupai creme brulee, cuma bezanya aiskrim ni dia tak bakar lah gula tu. Matilanak mencair tinggal kon aje kang kalo dibakorrr macam creme brulee betul.

Komen saya, memang sumpah sedap gilerrrrrr. Asyik sebut "sedapnyeee" entah ke berapa kali tah masa habiskan dalam kereta. Rasa dia sungguh berkrim, dan gula tu menghadirkan rasa smoky-smoky rasa brown sugar, siapa pernah minum Xing Fu Tang tau la apa yang saya maksudkan. Perghhh tak menyesal cuba!

Uols nak cuba, boleh ke FamilyMart berdekatan, RM3.90 ajeee satu kon!

Post a Comment

9 Comments

  1. Kalau tak cakap gula..sekali imbas macam ditabur serbuk atau serpihan halus gold la SS.hehehehe.

    ReplyDelete
  2. Adoi, menggoda betul nampaknya 😋

    ReplyDelete
  3. Erkkkk takpe, tak belanja saya pun takpe, aku dah macam terasa macam caramel masin tu haaa hahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak la, ni tak masin pun...rugi ko tak cuba ni tau...

      Delete
  4. Sedapnyaaaa!! Nanti kalau ada kesempatan saya try!

    ReplyDelete
  5. yang ni belum rasa lagi.. baru redeem yang point tu
    tapi dapat sofuto yang chocolate..

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com