Ticker

6/recent/ticker-posts

Bercuti 2 Hari 1 Malam di Kuching, Sarawak

Bercuti 2 Hari 1 Malam di Kuching, Sarawak | Percutian singkat lagi, 2 hari 1 malam je uolss. Macam sebelah rumah aje Kuching tu. Hahaha. Padahal seberang laut nun! Hujung bulan lepas, saya dan encik suami ke Kuching, Sarawak, sebab ada majlis kenduri salah seorang bekas officemate dia, merangkap anak didik internship dia dulu, merangkap downline UTC dia sekarang, juga merangkap my team mate lah kan, kalau dah jadi UTC dalam group encik suami.


Hari Pertama di Kuching

Kami ke Kuching berasingan. Saya naik flite dari Senai, Johor, encik suami naik flite dari KL. Beza arrival time dalam dua jam lebih juga. Saya sampai Kuching International Airport (KIA) dalam pukul 7 lebih pagi. Perut kosong lagi masa tu, jadi saya terus cari tempat nak breakfast. Belum banyak restoran yang bukak, ternampak pulak Sugarbun, my childhood fast food restaurant.


Saya pun masuk dalam dan order makanan. Disebabkan lapar nasi, saya order set nasi dengan fish fillet, bersama black coffee. Isi perut sambil tunggu encik suami sampai. Tapi lama lagi lerrr dia nak sampai nya, sempat saya ke toilet dulu buang isi perut, kemudian gi duduk kat kerusi depan arrival hall, tunggu kat situ pulak.


Dalam pukul 9.40 gitu, baru lah flite encik suami landed kat KIA. Encik suami ajak ke Sugarbun lagi sementara tunggu kereta sewa sampai. Ok lah, tunggu lagi kat sana. Dan order makanan lagi. Hahaha. Kali ni encik suami order pulak set fish and chips. Tengah-tengah ambil gambar makanan, dan encik suami pulak ambil video bini dia ni, rupa-rupanya ada agenda lain pada hari tersebut.


Muncul seketul Maria bawak kek Coklat Mousse Lavender sambil encik suami nyanyi lagu "Happy Birthday" dengan suara perlahan. Cissss! Terkena lagi den. Kali ni versi lebih mengejutkan. Ye lerr, tiba-tiba pulak my regular customer yang sangat baik dengan saya ni join our trip to Kuching. Hahahah! Hampir-hampir saya halau dia sebab sibukkk ajeee nak join! 😝


Banyak kali saya tanya, "you sorang ke?" "Lepas ni you ke mana?"

Encik suami tersengih-sengih, "dia join kita lahhhh."

What???

"Yeee, abang ajak dia."

Ya Allah. Hahahahha! What a surprise! Sebenarnya Maria dah berura-ura nak join sejak kitorang gi Port Dickson lagi. Encik suami ajak-ajak dia time tu. Tapi langsung tak bagitahu apa-apa kat saya, Maria pulak konon-konon wassap saya masa saya tengah menunggu kat KIA tu, "you pergi mana?" Mencikkk ahhhh! 😒


Selepas selesai sesi percaya tak percaya dengan kejadian depan mata, kereta yang kitorang tunggu pun sampai. Lewat sejam lebih dari waktu yang dijanjikan sebab jalan agak jammed katanya. Huhu. Kereta sewa kitorang ni dari frac.my Car Rental in Kuching, dapat RM120 untuk 24 jam + 6 jam. Murah kannnn??? Boleh minta deduct lagi sebab dia terlewat sejam.

Dari airport, saya terus ajak diorang ke Kuching Waterfront. Ye, hari pertama ni kami kena isi sepenuh-penuhnya sebab esoknya lepas kenduri dah nak balik ke airport. Masa kat Kuching, saya lah yang nampak macam tour guide sikit sebab dah pernah datang ke sini - 9 tahun yang lepas. Hahahaha. Lama gilerrrr!


Dah banyak benda berubah, Kuching Waterfront dah siap ada Jambatan Darul Hana, dulu-dulu mana ada. Memang wajib naik bot tambang kalau nak ke seberang Sungai Sarawak, membeli Kek Lapis Sarawak kat Kampung Boyan. Melainkan kalau nak naik kereta jugak, kena drive jauh sikit la untuk ke seberang tu.

Alhamdulillah, hari pertama kami kat Kuching tu agak mendung dan berawan. Tak terlalu panas. Menapak dari tempat kitorang parking kereta ke Jambatan Darul Hana, agak jauh juga. Nasib baik lah banyak spot bergambar yang cantik-cantik sepanjang jalan nak ke sana. Tengok gambar je lah ya!













Dari penghujung Jambatan Darul Hana kat seberang, kitorang ambil bot penambang untuk naik ke jeti Kampung Boyan. Sebab masing-masing tak pasti macam mana nak berjalan kaki ke Kampung Boyan dari jambatan tu. Plus dah penat juga. Hahaha!




Sampai aje jeti Kampung Boyan, terus cari kedai Kek Lapis Sarawak. Yang pertama kitorang singgah adalah Mira Cake House. Terkenal sebagai kedai Kek Lapis Basah Sarawak. Istilah Kek Lapis Basah ni sejak 9 tahun lepas dah ada, tapi yang mula-mula saya pergi masa tu adalah Kek Lapis Afifi. Now, kedai tu dah tak ada. Tanya kat Mira Cake House, dia kata business kat tempat Kek Lapis Afifi tu dulu susah sikit nak hidup. Huhu, sayang betul.





Kemudian kitorang berjalan lagi cari kedai kek lapis seterusnya, yang popular di kalangan retis, Kek Lapis Dayang Salhah. Kedai kek lapis legend sejak lebih 10 tahun dulu, tapi sekarang kedainya dah berpindah tempat ke bawah rumah ownernya. Dulu senang, tepi jalan aje dah nampak. Kali ni, kena masuk lorong kecik sikit dari papan tanda dia. Bila dah sampai kedai tu, baru perasan ada pintu lain juga sebelah sana, maybe yang tu nampak la signboard besarnya kot. Tak tengok pulak.





Tak beli banyak pun kek lapis, saya beli yang rare dan rasa lain dari yang lain, perisa Matcha Cheese kat Dayang Salhah, Lumut Cheese kat Mira Cake House. Maria pun beli sikit-sikit aje. Yang beli banyak tuuuuuuu encik suami tu. Hahaha! Ramai sangat yang kirim, kakak-kakak ipar dan adik ipar semua kirim kek lapis kat sini sebab murah, rega dari RM10 - RM25, ikut bahan memasing.



Dah puas memborong, kitorang naik lagi bot penambang, untuk turun kat jeti Kuching Waterfront. Rega penambang ni tak mahal pun uols, tak sampai RM5 pun tau. Dari jeti Kuching Waterfront tu nak jalan kaki ke kereta, dah tak jauh sangat dah.


Seterusnya, kitorang pergi ke Muzium Kucing yang terletak di Dewan Bandaraya Kuching Utara. Nasib baiklah kesemua yang pergi ni suka kucing. Kalau tak, maunya kena bebel sepanjang 2 hari 1 malam kat sana. Hahaha! Bayaran masuk ke Muzium Kucing DBKU adalah: dewasa RM3, kanak-kanak 12 tahun ke bawah RM2. OKU boleh masuk PERCUMA. Kat DBKU ni ada surau, kami solat jamak dulu kat sini sebelum bergerak ke tempat lain.





Dari Muzium Kucing, kitorang ke destinasi seterusnya yang menjadi idaman semua. Pantai Damai, Santubong, Kuching. Semua nak tengok sunset kekdahnya. Perjalanan dari Muzium Kucing ke Pantai Damai mengambil masa dalam 40-45 minit. Sempat tido, tapi tak tido pun sebab pemandangan sepanjang jalan sangat best. Makin dekat dengan Pantai Damai, makin besar Gunung Santubong depan mata.


Sampai Pantai Damai, kami isi perut dulu sebab semua pun tak makan tengahari lagi. Makan kat food court Damai Central tu aje. Mee Kolok kat situ sedap sangat, kedainya yang belah dalam, tak ingat pulak kedai nombor berapa. Tapi Laksa Sarawak kat situ tak kena dengan tekak saya, rasa rempahnya agak kuat, sampai Maria cakap, "macam bau jamu." Hahaha!


Lepas makan, kami terus ke pantai. Harus lah ambil gambar banyak-banyak kan. Air laut tengah surut. Langit pulak tetap mendung aje. Lama juga kami duduk melepak kat situ, tunggu punya tunggu punya tunggu punya tunggu..berapa lama lagi daaaa nak sunset? Matahari macam segan nak menunjukkan dirinya. Mungkin itu la kekurangannya kalau pergi berjalan-jalan pada hari mendung. Kalau cuaca panas terik siangnya, tentu pemandangan matahari terbenam tu jadi lebih cantik. Hampir-hampir kami tinggalkan Pantai Damai sebab dah berputus asa, tiba-tiba langit senja bertukar oren kemerah-merahan.





Subhanallah, alhamdulillah! Tercapai hajat masing-masing nak tengok matahari terbenam kat Pantai Damai. Bila dah puas hati, kami balik ke kereta dan pulang ke hotel. Sejam jugak dari Damai Beach nak ke hotel. Tambahan pulak, waktu orang balik dari kerja. Hotel tempat kami menginap, namanya My Inn Hotel, terletak di Kota Samarahan. Guna waze aje, dah sampai. Terkejut beruk sikit sebab dari luar nampak besar dan tinggi hotelnya. Ingatkan macam motel biasa-biasa tu aje.


Saya tempah hotel ni guna booking.com aje. Satu malam RM98++. Maria pun duduk kat hotel yang sama. Lokasi hotel ni agak strategik sebab dekat dengan Asma Cake House, satu lagi kedai kek lapis Sarawak yang kitorang pergi esok paginya sebelum ke kenduri. Supermarket, dobi dan restoran pun sebelah aje. Sangat convenient.


Malam tu kami hanya keluar ke Pasar Malam, nak tengok apa yang dijual. Kebanyakannya mungkin student UNIMAS dan UiTM, encik suami dan Maria hanya beli pulut panggang, saya pulak beli banana popia cheese aje. Entah, perut tak rasa lapar sangat. Nak yang ringan-ringan aje. Malam tu balik rehat dan simpan tenaga untuk hari esoknya pulak.

Hari Kedua di Kuching

Bahagian hari kedua ni lebih pendek sikit ek. Pagi tu, sesambil mengemas beg apa yang patut, saya tanya encik suami, nak breakfast kat mana. Encik suami google-google dan waze-waze, akhirnya kami decided untuk breakfast dekat Mom's Laksa aje. Tak jauh dari hotel kami, ambil masa dalam tak sampai 15 minit pun naik kereta.



Balik dari Mom's Laksa, lepas singgah ATM cucuk duit, kami ke Asma Cake House depan hotel. Encik suami nak topup lagi kek lapis kiriman dari kampung. Kat sini pun kek nya adalah kek lapis basah. Ada juga kek lapis roll. Saya beli satu biji kek lapis roll tu dan satu lagi kek lapis Durian. Aduii, banyak jugak tauke kek lapis Selera Sakura ni memborong kek lapis kedai orang, ek? 😝



Selesai beli kek lapis, kami naik semula ke hotel dan bersiap-siap untuk check out. Bawak turun semua beg dan barang-barang, nak ke kenduri pulak. Dari hotel ke Dewan Suarah Samarahan tak sampai setengah jam. Memang tu la tujuan utama encik suami bersetuju nak duduk kat hotel ni. Sebab dekat aje dengan tempat kenduri.



Alhamdulillah, tahniah Nisa dan Acap atas masjid yang dibina. Semoga kekal bahagia hendakNya hingga ke Syurga. Ameen! Terima kasih jemput datang, kalau tak, memang encik suami ku tak jejak Kuching ni. Hahaha!

Lepas kenduri, dalam pukul 12.30 jugak, kami pun gerak ke airport. Tapi sebelum tu, kami singgah dulu ke Mita Cake House yang dalam perjalanan ke airport. Beli lagi kek sebuku dua untuk bawak balik ke Semenanjung. Bertabah lah ngangkut, tak terfikir pulak nak memborong kemain banyak. Dah lah bawak beg galas aje. Uols, kalau 2 hari 1 malam, jangan percaya boleh bawak 1 beg galas je tau. Better bawak beg tarik ke atau beg besar sikit lahhh. Ole-ole nya banyakkkk sekali bukkk! Hahaha!



Dan akhirnya, kami tiba di airport dalam pukul 2 lebih. Masih awal sangat. Takpe lah, tunggu aje kat airport tu, tunaikan solat apa yang patut, isi perut, lepas tu ucapkan selamat tinggal pada encik suami dan Maria yang gerak lebih awal. Dijadikan cerita, flite saya delay pulakkkk, pukul 7 malam baru gerak dari Kuching. Sempat jugak lah saya memborong lagi Pes Laksa Sarawak Hj Manan kiriman Shieda dan pek Mee Kolok kiriman Farahain kat airport tu. 😂




Alhamdulillah, walaupun sekejap, tapi banyak benda jugak yang kitorang buat. Insya'Allah next time boleh plan travel singkat kat tempat lain pulak!


Terima kasih encik suami! I love you!

Post a Comment

8 Comments

  1. favourite city aku ni... macam-macam makanan ada ... lagi nikmat dari Penang. hehehe

    ReplyDelete
  2. cantiknyaa gambar.. sy pun tak tahu bila dapat pi sarawak huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. insya'Allah kalau ada rezeki, dapat la pergi...ameen

      Delete
  3. Sama-sama....i love you too hahahahaha

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com