Ticker

6/recent/ticker-posts

Renew Lesen Memandu di Pejabat Pos Malaysia

Renew Lesen Memandu di Pejabat Pos Malaysia | Kan dah birthday yang ke 33 tahun, lesen pun expired. Balik kampung dengan lesen yang hampir expired. Balik JB baru ada masa nak renew. Pergi pejabat pos untuk renew semalam, tu la kali pertama pergi pejabat pos sejak PKP. Sebelum-sebelum ni nak pos barang or kek lapis, lebih suka pergi kiosk poslaju kat U-Mall aje. Mudah. Tapi kat sana tak ada urusan lesen ni semua.




Sekejap je dah siap, tak sampai sejam. Sebab orang pun tak ramai. Berbaris gitu aje sekarang, takde ambil nombor dah, mungkin nak kurangkan contact or sentuhan merata-rata. Saya renew dua tahun, RM62, RM2 tu komisen untuk pejabat pos. Nak renew tiga tahun tapi staff tu dah siap buat dah. Haha! Tak sempat nak tukar!

Alamat rumah tu pun nak tukar sebenarnya tapi hanya boleh buat kat JPJ je katanya. So, next time je lah.

Uols yang dah expired lesen tu jangan lupa renew ya!

Post a Comment

11 Comments

  1. cute eh muka di lesen yaa.. ^^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahaha kinek lagik kiut sebab makin chubby..ehhh

      Delete
  2. haah penukaran alamat gambar semua kat jpj aja. kita punya muka, muka 18 tahun. hahahaha ikut ic kan lain benor.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ooo jpj da la ramai orang kan..adeii, ni pkpp mesti lagi limited berapa orang ja bole buat..ri tu sebelum pkp pun baris panjang kat UTC sana...huhuhhu

      Delete
    2. kena bawak gambar ke tak?

      Delete
    3. kalau first time tukar dari P ke full, kena datang bergambar kat UTC or JPJ..kat post office hanya untuk renew full license

      Delete
  3. Memang lagi mudah kalau renew dekat pejabat pos..

    ReplyDelete
  4. Senang buat kat post office.. biasa buat 5 tahun terus

    ReplyDelete
  5. Walaupun time renew lesen pada hari birthday tetap kadang tu lupa nak renew. lupa itu biasa. kadang bukan apa, banyak hal tak dapat nak renew on time. dah renew baru lega nak drive kesana kemari.

    ReplyDelete
  6. Besday ni lesen aku mati gak, ta;i ingat nak pi hidupkan dulu laa..kang naya kalau lupa...

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com