Ticker

6/recent/ticker-posts

Tanam Pokok Bunga Kembang 10 Pagi

Tanam Pokok Bunga Kembang 10 Pagi | Selama ni tak teringin pun nak tanam pokok bunga ni. Tengok je orang lain tanam dengan penuh kegigihan. Hari tu masa singgah rumah kak Asmida kat Alor Setar, encik suami lah yang teruja sangat tengok bunganya meriah kat laman depan rumah.

Tanam Pokok Bunga Kembang 10 Pagi

Terus mak kak Asmida suruh ambil aje pokoknya bawak balik. Apa lagi, encik suami pun petik mana-mana warna bunga yang dia nak. Kita memula tak berganjak, tengok aje. Tapi lepas nampak satu kuntum yang cantik gilerr dan unik dari yang biasa, terus lah membongkok dan memetik. Kahhhh!

Tanam Pokok Bunga Kembang 10 Pagi

Lepas tu bertambah-tambah yang dipetiknya, dalam 5 jenis jugak saya ambil. Balik JB, terus cucuk dalam satu pasu. Berapa hari ni, mengembang jugak bunganya, suka tengok meriah macam-macam kaler dan jenis dalam satu pasu macam kat rumah kak Asmida.

Tanam Pokok Bunga Kembang 10 Pagi

Ni nanti kalau dah bertambah besar pokoknya dan banyak bunganya, baru kita pindahkan ke pasu lain, ok! Dah cantik banyak-banyak nanti kita ambil gambar lagi tau, kongsi ngan uols rupa dia. Hihi. Moga-moga suburlahhh!

Post a Comment

14 Comments

  1. rose jepun eh? akak pun suka bunga tapi tangan akak panas..confirm mati pokok yang akak tanam

    ReplyDelete
  2. ini antara bunga atau tanaman paling awal akak tanam kat rumah selain pokok pandan... nak biak kan pun senang

    ReplyDelete
  3. wah seronoknya tengok mama mmg suka rose jepun ni tapi xcde bakat nak tanam wuwuu

    ReplyDelete
  4. Pokok bunga kembang 10 pagi ni dapat nama tu sebab dia hanya kembang pukul 10 pagi lepas tu kuncup kan hahahaa...

    ReplyDelete
  5. OOhh..nama melayu nya kembag 10 pagi rupanya..hahah.. panjang betul nma dia.

    Pokok ni kalau tanam dalam pasu memang lawa.

    ReplyDelete
  6. pokok paling senang tanam , senang hidup , senang jaga :)

    ReplyDelete
  7. senang nak tanam pokok ni, main cucuk je..hehe

    ReplyDelete
  8. pokok senang tanam ni. cucuk je dah boleh hidup. Cantik kalau letak pelbagai jenis dalam satu pasu. meriah kalau rimbun.

    ReplyDelete
  9. Dulu banyak gile aku tanam, sampai penuh tembok rumah..tapi tu lee, kena rajin petik semai baru, kalau dah tua, tak cantik akarnya..

    ReplyDelete
  10. assalamualaikum saya pun tanam hidup subur tapi x nak berbunga..knp ya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. wa'alaikumussalam..dah baja tak ya..and make sure cukup air and cahaya..sekarang dah banyak juga kudup bunga pokoknya...

      Delete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com