Ticker

6/recent/ticker-posts

Cuti-cuti Port Dickson Sehari Semalam

Cuti-cuti Port Dickson Sehari Semalam | Ini short getaway Ciksun bersama housemates kesayangan pada cuti Awal Muharram, 20 Ogos yang lepas. Dua bulan lebih kami plan, start dengan riki harga promo Lexis Hibiscus, alhamdulillah dapat book Premium Pool Villa dari Efa Nur Travel, itu pun dah last minute sangat 😂

Khamis pagi, kami gerak dari Skudai, singgah breakfast dekat RnR Machap, sampai Port Dickson dalam pukul 12.45 tengahari, kami lunch dulu dekat Ayam Bakar Station, Port Dickson. Sampai waktu makan tengahari kan, so faham-faham lah, restoran full dengan manusia.

ayam bakar station port dickson

Alhamdulillah, tertunai hasrat nak makan Kambing Bakar Madu yang diidam-idamkan. Peak hour restoran ni memang waktu lunch tu lah, sebab Nismilan kerja lagi hari Khamis tu, dan cuti sekolah pun dah bermula. Hampir pukul 2 petang, restoran kembali lengang.

harga menu ayam bakar station port dickson

Ni kali kedua makan kat sini, kesedapannya masih sama macam pergi kali pertama dulu. Dan yang penting, nasi, salad, sambal, sup, air: free flow asalkan guna pinggan dan gelas yang sama. Just make sure masa bayar tu bagitau betul-betul berapa gelas yang uols ambik.

Lepas makan tengahari, kitorang terus pergi Lexis Hibiscus untuk check in. Tiba depan perkarangan hotel, kena check suhu dan check in MySejahtera, then masuk parking kat tower sebelum keluar menapak ke lobi.


Masuk aje dalam lobi, perghhh ramai gilerrr guests! Tapi alhamdulillah, suka sangat prosedur check in Lexis Hibiscus ni during PKPP. Penyambut tetamu dekat pintu masuk lobi akan greet kita dan bagitau cari staff Lexis berbaju pink untuk urusan sebelum check in. Staff baju pink tu akan minta booking information kita, then bagi borang untuk kita isi guests details.


Dalam borang tu, ruang untuk Adult 4 pax, Child 4 pax. Kalau melebihi bilangan tu, diorang kenakan extra charge RM50 per person for Adult. For Child tak sure, mungkin kurang dari tu kot. Kami kan datang 6 pax Adult, so kami bayar extra RM100 dari harga asal RM480, jadi RM580. Da setel isi form dan buat bayaran, tanya la jugak staff dia, boleh upgrade ke seaview ke? Oh no, bilik seaview da penuh.


bercuti di lexis hibiscus port dickson

Patutnya masa book terus mintak seaview katanya. Lorr ye ke, ingatkan masa check in baru mintak macam tertulis kat voucher tu. Huhuhu. Takpe lah, takde rezeki kami. Kecewa sikit and da prepare nak berenang dalam pool pakai tudung. Haha! Then kitorang berbaris untuk naik buggy ke bilik. Dapat bilik nombor 122. Semua dah kepenatan masa ni sebab cuaca panas kan, tapi ada sikit excited sebab dah check in.

premium pool villa number 122 at lexis hibiscus port dickson

Alhamdulillah, hilang penat semua orang bila masuk bilik dan keluar ke pool. Yesss, pool mengadap keluar kelopak bunga raya! Rasanya staff tu pun faham kot, kalau tak dapat seaview, yang tak kena menghadap pool orang lain pun boleh. Sebab nak privacy bila mandi kolam, semua muslimah, katakan.

indoor pool at lexis hibiscus port dickson

sunset view at lexis hibiscus port dickson

Ape lagi, petang tu semua masuk kolam tak kira lah matahari memancar sebab kolam tu ngadap sunset. Lagi satu kelebihan yang kitorang dapat, alhamdulillah. Memang puas hati sangat. Petang-petang menikmati matahari terbenam sebelum bersiap-siap nak pergi makan malam dekat King's Char Kuey Teow.

king's char kuey toew port dickson

Macam dah jadi kewajipan pulak makan kat sini kalau datang Port Dickson. Dah tak ada idea nak makan mana kalau malam-malam selain ikan bakar. Musim PKPP ni, berbaris la jugak pengunjung yang datang tapi takde lama sangat baris tu, diorang sistematik. Lagi suka kot macam ni, baris kat luar, scan MySejahtera, ambil suhu, then sorang pelayan akan assigned kepada sekumpulan guest. Pelayan tu akan bawa kita ke meja ikut bilangan pax. Kalau tak sebab PKPP, mungkin kita kena tunggu tepi meja orang tengah makan sebab nak cop meja. Haha.

dinner at king's char kuey toew port dickson

dinner at king's char kuey toew port dickson

dinner at king's char kuey toew port dickson

Macam biasa, Ciksun mesti order Kuey Teow Goreng Kering, sebab tak berapa suka CKT basah, tapi kali ni Ciksun order bersama Grilled Chicken. Eh sedap pulak. Hoho. Kawan-kawan pun cakap sedap lagi kita punya dari CKT basah diorang, hahaha! Ibah order Roti John Kambing juga, pun sodappp. Kak Ila and Ayen order aiskrim kelapa, Ciksun tak cuba lak tapi sebelum ni pernah makan, sedap juga haa.

Malam tu balik villa, ada yang sambung berendam, Ciksun dah kepenatan, lepas solat terus tido! Esoknya pagi baru sambung berendam dalam kolam sebelum checkout, dan memburu masakan salai lomak cili api. Nanti Ciksun share kat mana ek!

Baca juga: Penginapan 3 Hari 2 Malam di Lexis Hibiscus Port Dickson

Post a Comment

17 Comments

  1. sekali sekala bercuti dengan geng sekapala best kan

    ReplyDelete
  2. Bila baca kambing madu, akk masih rasa bersalah pada Sunah, huhuhuhu

    ReplyDelete
  3. Harini saya bw kan, ada 3 blog termasuk sunah cerita pasal menginap di lexis @ PD hehe

    ReplyDelete
  4. Kenapa tak suka Kue tiaw basah??Sebab dia lembik2 ye??hehe
    Kalau akak boleh je dua2. Asal jangan banyak kicap.

    ReplyDelete
  5. Tak habis explore PD. Tak pernah jemu datang. Tapi tak pernah stay kat Lexis Hibiscus ni. Teringin. Tapi itulah tengok pool dia ada yang tak privacy. Dapat bilik yang hujung stigma tu best lah.

    ReplyDelete
  6. PD ni memang tak jemu. Kalau datang mesti singgah teluk kemang dengan tempat cendol sedap tu❤️

    ReplyDelete
  7. Wahhh syoknya cuti-cuti. Makan-makan. Ishh memang best la

    ReplyDelete
  8. syurga makannan buat semua..

    saya tumpang tengok dan tunpamg gembira pun alhamdulillah

    ReplyDelete
  9. Kenapakan kalo prgi PD macam tak best ja. Haha Mungkin next time pigi mau singgah jenguk kawasan ni. ^^

    ReplyDelete
  10. Bestnyaa... Haa part privacy tu betul.. macam Cik TK ni nak mandi swimming pool ni segan la kalau open sangat..

    CKT tu nampak menggoda.. nyummy!!

    ReplyDelete
  11. Arghhh jelesss....
    Sebab tak pernah lagi sampai tempat tu semua... malas nak baca wekkk :p

    ReplyDelete
  12. Wahh menarik ni. Tgh plan nak kesana. Harap ada rezeki lah

    ReplyDelete
  13. Siang malam berendam, best tuhhhh! Heheee~
    Nice lah view situuu, very niceee! Sesekali, bercuti camni, best!

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com