Ticker

6/recent/ticker-posts

Hari Makan Ikan Sedunia

Hari Makan Ikan Sedunia | Ni gambar lama yang terperam dalam laptop, tapi tak sempat lagi nak update. Alang-alang tengah dilanda kesibukan dan kemalasan pada hujung minggu, apa kata kita share aje entri ni kannn? Mana tahu memang ada yang takde idea nak masak apa cuti-cuti weekend macam ni. Boleh lah buat esok lusa kalau ada banyak stok ikan kat dalam freezer tu.

Ikan Kerapu Masak Tiga Rasa

Ikan-ikan ni Sis Lin bagi masa ke rumah dia beberapa minggu yang lepas, hasil pancingan suaminya kat Kong Kong Laut. Tak sempat-sempat nak masak sebab hujung minggu je ade hal atau event kat luar. Kalau hari biasa, lagi lah tak dan nak masak sebab masuk office hari-hari. Petang memang tak kuasa dah nak masak sebab semua diet, tak nak makan berat malam-malam kononnya.

Maka terjadilah Hari Makan Ikan Sedunia pada hari Sabtu minggu lepas sebab nak habiskan masak semuanya sekaligus. Nampak macam banyak sangat kan masaknya, sebenarnya tu semua empat orang makan. Jadi, takde lah terlampau banyak, cukup-cukup sekali makan je ni. Takde simpan dah untuk dinner ke apa.

Hari Makan Ikan Sedunia

Ikan Kerapu Masak Tiga Rasa ciksun gaulkan dengan sayur kobis bunga, lobak dan kacang buncis. Senang tak payah masak sayur dah. Macam masak paprik pun ada ek? Haha! Ikan Pari Bakar cicah Sambal Kicap, sambal nya dak Nada buatkan. Sedappp. Lagi 3 ekor tu tak tahu lah ikan apa ek, tak dapat nak dikesan, saya goreng biasa aje dengan serbuk kunyit dan asam jawa. Yang bestnya semua ada telur! Ciksun suka telur ikan!

Alhamdulillah atas rezeki dariNya. Terima kasih juga buat Sis Lin dan encik Sabar kerana berkongsi rezeki. Moga semakin murah rezeki mereka sekeluarga. Ameen.

Post a Comment

6 Comments

  1. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  4. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  5. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  6. Lama tak makan ikan kerapu. Lupa dah rasa dia. Tapi ikan kalau goreng pun sodap dah.

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com