Ticker

6/recent/ticker-posts

LEGOLAND® Malaysia Resort Lancarkan LEGO® Frontliner Tribute Murals

LEGOLAND® Malaysia Resort Lancarkan LEGO® Frontliner Tribute Murals Bagi Menghargai Hero Pandemik | Jumaat lepas, 11 September 2020, ciksun berkesempatan untuk menyaksikan Majlis Perasmian LEGO® Frontliner Tribute Murals kat LEGOLAND® Malaysia Resort.

LEGOLAND® Malaysia Resort Lancarkan LEGO® Frontliner Tribute Murals

"Life-size" LEGO® Mural ni dilancarkan sebagai penghargaan kepada hero-hero barisan hadapan negara dalam memerangi wabak COVID-19. LEGO® Mural ni uols akan nampak sebaik sahaja masuk ke perkarangan Taman Tema LEGOLAND, ada 5 buah semuanya dengan rekaan berbeza mengikut watak hero di dalamnya.

LEGOLAND® Malaysia Resort Lancarkan LEGO® Frontliner Tribute Murals

Mula dicantumkan oleh pekerja resort dengan bantuan komuniti Malaysian LEGO Building, kelima-lima LEGO® Mural ni selesai dalam tempoh 9 hari dengan menggunakan lebih dari 150,000 kepingan LEGO bricks. LEGO® Mural ni menggambarkan potret barisan hadapan yang telah mengabdikan diri untuk memastikan keselamatan dan memulihkan kehidupan rakyat Malaysia, termasuk doktor, pengamal perubatan, pegawai kerajaan, polis dan tentera. LEGO® Mural juga menampilkan pelbagai pekerja penting dari pengendali penghantaran hingga pekerja pembersihan dan kakitangan media.

LEGOLAND® Malaysia Resort Lancarkan LEGO® Frontliner Tribute Murals

"LEGO® Mural kami dibuat dengan memikirkan usaha gigih dari barisan hadapan untuk menjaga keselamatan negara kita. Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada kerajaan Malaysia dan setiap barisan hadapan atas dedikasi, tekad, dan keberanian mereka yang tidak terhingga dalam pertempuran melawan pandemik COVID-19," kata C.S Lim, Pengarah Bahagian LEGOLAND® Malaysia Resort.

LEGOLAND® Malaysia Resort Lancarkan LEGO® Frontliner Tribute Murals

Beliau menambah, golongan frontliners ni berperanan besar dalam membolehkan LEGOLAND® Malaysia Resort kembali beroperasi dan memberi rakyat Malaysia peluang untuk menikmati percutian diorang sekali lagi. Pihak LEGOLAND® Malaysia Resort percaya bahawa perkara ni merupakan salah satu cara terbaik bagi menghargai jasa diorang dalam sejarah negara melalui LEGO® Mural, sekaligus memastikan generasi masa depan sentiasa mengingati pengorbanan yang telah diorang buat untuk kita.

LEGOLAND® Malaysia Resort Lancarkan LEGO® Frontliner Tribute Murals

Sementara tu, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) berharap LEGO® Mural tersebut dapat dijadikan sebagai peringatan dan pendidikan bagi rakyat Malaysia untuk tetap teguh mematuhi SOP COVID-19 yang telah digariskan. Dengan usaha bersama institusi kerajaan dan swasta seperti LEGOLAND® Malaysia Resort, KKM berharap agar budaya norma baharu kekal diamalkan oleh rakyat Malaysia agar sektor ekonomi dapat terus bergerak, seperti yang disampaikan oleh YB Dato' Sri Dr. Adham bin Baba, Menteri Kesihatan.

LEGOLAND® Malaysia Resort Lancarkan LEGO® Frontliner Tribute Murals

LEGOLAND® Malaysia Resort turut memberikan sokongan kepada barisan hadapan dengan menawarkan percutian bermakna kat resort ni. Sebanyak 3,000 tiket masuk ke taman tema disampaikan kepada wakil dari lima jabatan termasuk Kerajaan Negeri Johor, Polis Diraja Malaysia Johor, Angkatan Tentera Malaysia, Jabatan Bomba dan Penyelamat Johor dan Jabatan Kesihatan Negeri Johor.

Pelbagai tawaran istimewa jugak disediakan secara eksklusif untuk barisan hadapan, termasuk 50% potongan harga bagi tiket harian dan penginapan di LEGOLAND® Hotel.

Pakej Play in LEGOLAND, Stay in Johor

Sebagai kaedah untuk mendorong keluarga menghayati LEGO® Mural sebagai daya tarikan baru, LEGOLAND® Malaysia Resort telah bekerjasama dengan Malaysian Association of Hotels Johor Chapter (MAH-JC) dan Tourism Johor untuk memperkenalkan pakej Play in LEGOLAND, Stay in Johor.

LEGOLAND® Malaysia Resort Pakej Play in LEGOLAND, Stay in Johor

Kerjasama ni merangkumi pelbagai pakej percutian yang menggabungkan tiket akses ke LEGOLAND® Malaysia Resort dengan pilihan hotel penginapan sekitar Johor, memberikan fleksibiliti dan nilai tambah yang lebih besar untuk menggembirakan lebih ramai rakyat Malaysia supaya dapat bercuti bersama keluarga dan rakan-rakan di dalam negara.

LEGOLAND® Malaysia Resort Pakej Play in LEGOLAND, Stay in Johor


LEGOLAND® Malaysia Resort Pakej Play in LEGOLAND, Stay in Johor


Dengan pakej Play in LEGOLAND, Stay in Johor uols boleh beli baucar pada nilai yang ditetapkan, kemudian tebus penginapan kat mana-mana hotel yang mengambil bahagian di Johor dan tiket LEGOLAND Theme Park untuk keluarga dengan penjimatan lebih dari 50%. Triple Park Pass memberi para tetamu akses penuh ke resort iaitu merangkumi Taman Tema, Taman Air dan SEA LIFE Malaysia. Dilengkapi dengan tempoh sah sehingga Jun 2021, baucar boleh didapati di laman web Rasmi LEGOLAND® Malaysia.

LEGOLAND® Malaysia Resort Pakej Play in LEGOLAND, Stay in Johor

"I commend LEGOLAND® Malaysia Resort for their collaboration with the Malaysian Association of Hotels to introduce the Play in LEGOLAND, Stay in Johor packages. Having our industry players working together will be the key to our shared success and to drive more visitors to visit Johor," said YAB Datuk Haji Hasni Bin Mohammad, Chief Minister of Johor.

LEGOLAND® Malaysia Resort Pakej Play in LEGOLAND, Stay in Johor

"This campaign by LEGOLAND® Malaysia Resort serves as a great model of how the industry players can play their part in helping to rejuvenate and hopefully jump-start the tourism industry which was severely hit by the pandemic. This collaboration is in line with the tourism industry’s recovery strategy and the right step forward in continuing to revive the economy," said YB Dato’ Sri Hajah Nancy Shukri, Minister of Tourism, Arts and Culture.

Untuk maklumat lanjut, kunjungi Facebook LEGOLAND.my atau Instagram @legolandmalaysia.

Post a Comment

4 Comments

  1. Eh eh Abang Ady ada ek masa tu hehehehehe

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com