Joymix Hello Bong Bantu Kurangkan Period Pain

Joymix Hello Bong Bantu Kurangkan Period Pain | Ciksun ingat lagi masa haid mula bertandang, umur ciksun masa tu baru 11 tahun. Darjah 5, bulan September, hari kelahiran sepupu ciksun. Masa tu tak ada pun period pain atau senggugut (menstrual cramp). Sebab awal-awal lagi agaknya. Budak hingusan baru nak period, katakan.

Tapi bila umur makin meningkat, ciksun mula alami gejala PMS bila dah nak dekat-dekat waktu uzur. Premenstrual syndrome (PMS) adalah keadaan yang mempengaruhi emosi, kesihatan fizikal, dan tingkah laku wanita semasa hari-hari tertentu kitaran haid, biasanya sebelum haid. PMS adalah keadaan yang sangat biasa. Gejalanya mempengaruhi lebih daripada 90% wanita semasa haid.

Antara yang ciksun kerap alami beberapa hari sebelum uzur adalah sakit kepala, sakit belakang, kembung perut, payudara jadi sensitif and rasa sakit. Biasanya hari pertama uzur tu belum rasa sangat senggugutnya tapi lebih kepada rasa letih teramat sangat sampai boleh tidur sepanjang hari. Hari kedua, ketiga baru la rasa sengugut teruk, nak duduk ke baring ke semua tak selesa. Mood swing jangan cakap lah, boleh berubah 180º dari ciksun yang happy go lucky kepada ciksun yang kemurungan. Erk!

Ciksun pernah cerita kan kat SINI, ada beberapa kali ciksun senggugut sampai rasa macam nak tercabut pinggang. Aliran darah haid pula sangat banyak sampai sejam sekali kena tukar tuala wanita. Macam-macam caranya ciksun buat untuk hilangkan rasa sakit, tuam pinggang dan belakang badan dengan air panas, cuba senaman ringan walau tengah senggugut, minum air panas dan jaga pemakanan. Tapi kadang-kadang boleh terlupa nak buat semua ni sebab emosi dan mental dah tak berapa betul kan masa period.

Kurangkan Sakit Senggugut dengan Joymix Hello Bong

Nak ambil painkiller tu pilihan yang paling ciksun tak nak. Kalau boleh, jangan lah telan painkiller sebab kita tahu kesan sampingannya yang boleh mendatangkan keburukan lain pula kepada tubuh badan. Baru-baru ni, kawan ciksun perkenalkan satu produk kesihatan yang boleh kurangkan dysmenorrhea ni. Point paling utama yang dihighlightkan dalam produk ni adalah kandungan vitamin C nya yang sangat-sangat tinggi. Bahan utamanya adalah buah oren dari Pulau Jeju, Korea, iaitu Halla-Bong dan ekstrak kurkumin daripada bahan yang biasa ada kat dapur uols, kunyit!

Kurangkan Sakit Senggugut dengan Joymix Hello Bong

Sains Perubatan di Universiti Tehran, Iran, telah melakukan kajian pada tahun 2015, bahawa tahap neurotransmitter yang tinggi dalam kurkumin memberi kesan positif kepada gejala mood dan tingkah laku PMS. Gejala-gejala fizikal ketika haid juga boleh dikurangkan melalui penghambatan enzim COX-2 (sintesis prostaglandin E2). Kajian yang dijalankan ke atas 70 orang wanita tu mendapati kurkumin boleh mengurangkan 59% daripada simptom PMS (Journal Complementary Therapies in Medicines 2015).

Kurangkan Sakit Senggugut dengan Joymix Hello Bong

Kurangkan Sakit Senggugut dengan Joymix Hello Bong

Ciksun pun bila dah baca fakta-fakta ni, terus cuba produk yang kawan ciksun cakap tu. Namanya Joymix Hello Bong, produk dalam bentuk powdered drink. Dipanggil powdered drink sebab tak perlu bancuh dalam air pun. Produknya berbentuk serbuk berwarna oren, bila kena air akan mencair macam gula-gula serbuk yang ciksun pernah makan masa kecik-kecik dulu.

Kurangkan Sakit Senggugut dengan Joymix Hello Bong

Kurangkan Sakit Senggugut dengan Joymix Hello Bong

Pagi-pagi lepas sarapan, ambil satu sachet, dan koyakkan. Terus tuang masuk dalam mulut, kemam sekejap sampai semua serbuk tu mencair dalam mulut. Then boleh minum air kalau nak. Disebabkan Hello Bong ni ada ekstrak kurkumin, ia meninggalkan warna kuning pada lidah ciksun. Pernah sekali ciksun berus gigi lepas ambil Hello Bong ni, habis kuning berus gigi ciksun. Haha!!! Tapi jangan risau, minum aje air banyak-banyak, nanti lama-lama hilang lah warna kuning kat lidah tu. Kat berus gigi pun lama-lama nanti hilang lah warnanya tu bila berus gigi macam biasa.

Kurangkan Sakit Senggugut dengan Joymix Hello Bong

Ciksun ambil masa tengah period, alhamdulillah tak ada senggugut macam selalu. Malah hampir semua sindrom PMS tu tak ada, melainkan sengal-sengal tu ada la sikit-sikit. Ye lah, kan bukan 100% boleh dikurangkan, tapi tu pun alhamdulillah syukur sangat-sangat. Kalau tak, tiap kali period aje rasa seram sejuk nak pergi kerja sebab takut nanti tak sampai setengah hari, dah tak larat duduk office tahan senggugut.

Kurangkan Sakit Senggugut dengan Joymix Hello Bong

Kesan dia pada setiap orang mesti la berbeza kan, kalau uols yang ada masalah PMS, boleh juga try produk ni. Mana tahu, boleh bantu kurangkan sikit kesengsaraan masa haid tu. Tapi kalau berpanjangan sakit tu, better lah uols pergi jumpa doktor ya untuk dapatkan konsultasi dan rawatan yang sepatutnya. Ingat, sakit wanita yang berkaitan rahim ni tak boleh dipandang remeh.

Selain dari membantu masalah PMS, Hello Bong ni jugak boleh kurangkan masalah lain seperti resdung, sakit sendi, dan apa-apa sakit berkaitan imuniti. Nak tahu lebih lanjut dan dapatkan harga sale sempena pay day Disember, uols boleh belek website dia terus! Dari harga asal RM85 sekotak (30 sachets), turun rega jadi RM69.30 aje tau. Tinggal 4 hari je lagi sale ni, cepat belek sekarang!


34 comments:

  1. Ni rasa dia oren ke kunyit ciksun?

    ReplyDelete
  2. Oren tu okay, kunyit tu macam errrr..tak tahu lah rasa kalau buat air. Senang juga pack dalam sachet ni. senang simpan dalam handbeg.

    ReplyDelete
  3. Macam nak try yang oren tu nnti pula

    ReplyDelete
    Replies
    1. dia memang campur terus oren dan kunyit dalam tu fai..takde pilihan nak oren ke kunyit..haha

      Delete
  4. This looks like a good product for ladies and women with PMS. Thanks for sharing this awesome supplement that I am sure will benefit a lot of people.

    ReplyDelete
  5. I always hv period pain every month... looks like it's a great product to help sooth the pain...

    ReplyDelete
  6. Rasa oren ekk..lupa nak minta try satu laaa haritu.. macam vitC pun ye juga ek Sun.. nasib juga aku tak pernah ada period pain..

    ReplyDelete
  7. Banyak manfaat Hello Bong ni rupanya.

    ReplyDelete
  8. This product sounds suitable for me since inada masalah period pain. Plus, I like the taste of hallabong orange. Thank you for sharing this review with me.

    ReplyDelete
  9. betullaa kalau nak makan ubat tu takut ada kesan sampingan pula. bagus juga cuba vitamin c, nak sediakan pun mudah :)

    ReplyDelete
  10. definitely love this product sebab saya suka kunyit.. hehe mesti sedap. kena beli letak kat rumah niq

    ReplyDelete
  11. Suka packaging mcm ni. Nak bawa ke mana-mana mudah, nak makan oun senang

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu ayu, senang nak bawa ke mana-mana..gi travel pun boleh bawa..

      Delete
  12. rasa nak cuba jugak sebab pelik gak dah tua2 ni pun masih ada period pain...and yup jeju memang kaya dengan halabong ...kunyit sapa tak kenal memang bagus untuk menyembuhkan luka dalaman....

    ReplyDelete
    Replies
    1. cuba lah kak, mana tahu boleh bantu kurangkan sakit tu..

      Delete
  13. Macam best je produk ni. Airah memang jarang period pain tapi adik airah selalu sangat kena. Boleh la recommend dekat dia

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya, please recommend to everyone who needs it 🙏

      Delete
  14. Ekstrak kunyit ni memang bagus untuk kitaran haid dan kesihatan tubuh badan secara am. Dalam jamu Indonesia selalu letak kunyit.

    ReplyDelete
  15. Ada ekstrak kunyit juga rupanya. Ingat oren je. Kunyit memang bagus untuk dalaman

    ReplyDelete
  16. Suka consume hello bong ni. Sejuk je masuk tekak. Sedap pon sedap

    ReplyDelete
  17. Haaa..kte pun consume ni wak. Utk resdung pun bagus ni heheh..palinh best sbb dia sedap hahah

    ReplyDelete
    Replies
    1. resdung, and kadang2 rasa sakit lutut, terus consume dia..

      Delete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com