Teppanyaki Premium Set Lunch Berbaloi-baloi, RM58 je di Awagyu Restaurant Johor Bahru

Teppanyaki Premium Set Lunch Berbaloi-baloi, RM58 je di Awagyu Restaurant Johor Bahru | Ye, berbaloi-baloi gilerr dengan harganya. Lebih-lebih lagi kalau menu tu ada daging wagyu berkualiti diimport khas dari Jepun! Siapa yang kenal daging wagyu, mesti tahu kan harga daging tu sekilo dah berapa ratus ribu hengget? Kalau nak membeli sekilo untuk saja-saja makan, memang tak mungkin lah. Sekali-sekala dapat makan set lunch yang ada wagyu steak walau secoet pun dah cukup buat rasa-rasa, kan?

Teppanyaki Premium Set Lunch Berbaloi-baloi, RM58 je di Awagyu Restaurant Johor Bahru

Jujur cakap, ciksun puas hati sangat dapat makan Teppanyaki Premium Set Lunch dengan kawan-kawan di Awagyu Restaurant, Jalan Dato' Abdullah Tahir, Johor Bahru minggu lepas. Dengan harga RM58, ciksun boleh dapat Wagyu Stir Fried Vegetables, Mini Wagyu Steak, Fragrant Rice, Miso Soup, Chawanmushi, Pickles, lengkap dengan pencuci mulut dari buah-buahan potong.

Sebelum ciksun show off gambar makanan ciksun, kita round dulu dalam restoran ni, ok! Kat sini uols boleh datang dine in macam biasa kat restoran-restoran tu atau uols boleh juga pilih sama ada nak duduk dalam private room diorang. Diorang ada tiga private room yang boleh menempatkan sehingga 12 orang dalam satu masa. Dua daripadanya adalah Tatami Room (8 seats per room) di mana uols kena spend minimum RM500++ kalau nak duduk kat situ.

Teppanyaki Premium Set Lunch Berbaloi-baloi, RM58 je di Awagyu Restaurant Johor Bahru

Teppanyaki Premium Set Lunch Berbaloi-baloi, RM58 je di Awagyu Restaurant Johor Bahru
Tatami Room

Teppanyaki Premium Set Lunch Berbaloi-baloi, RM58 je di Awagyu Restaurant Johor Bahru
Private Room

Teppanyaki Premium Set Lunch Berbaloi-baloi, RM58 je di Awagyu Restaurant Johor Bahru

Untuk Private Room kat tingkat atas pulak, uols kena spend minimum RM1000++ bagi 12 orang tetamu, kiranya seorang kena spend RM100 lah paling kurang pun. Dan diorang jugak ada Teppanyaki Room yang boleh muat 10 orang dalam satu masa, dengan syarat spend minimum RM2000++ untuk 10 orang tu. Hmmm, mampu ke tak mampu? Takpe, kalau tak mampu duduk aje kat bahagian dining biasa tu haaa makan berdua bertiga aje udahhh, yang penting ikut kemampuan masing-masing.

Teppanyaki Premium Set Lunch Berbaloi-baloi, RM58 je di Awagyu Restaurant Johor Bahru

Daging-daging kat sini diorang import khas dari Jepun, dan ada sijil halal daripada Japanese Halal Association, salah satu badan Halal yang diperakui sah oleh JAKIM. Ada satu bahagian dalam restoran ni diorang letak Dry-Age Freezer untuk proses dry-aging daging-daging yang diorang import. Setiap daging tu akan mengalami dry-aging pada suhu 1.9ΒΊC selama 38 hingga 57 hari. Ada antara daging-daging tu dibalut dengan lemak daging tu sendiri tau (fat-aged), dan katanya lagi sedap bila dibuat macam tu.

Teppanyaki Premium Set Lunch Berbaloi-baloi, RM58 je di Awagyu Restaurant Johor Bahru

Hmm kenapa daging wagyu? Kenapa bukan daging biasa aje? Apa beza daging wagyu dengan daging biasa? Ok, ok. Wagyu sebenarnya perkataan Jepun yang merujuk kepada daging lembu Jepun. Wa merujuk kepada Jepun dan Gyu pula merujuk kepada daging lembu. Daging wagyu ni merupakan campuran sel lemak dan otot. Walaupun lemak tu nampak sama banyak dengan daging, tapi khasiatnya lebih tinggi daripada mana-mana daging lembu biasa. Lebih tinggi ‘Marbeling’ (lemak dalaman yang tidak tepu) lagi mahal daging wagyu ni. Lembu-lembunya pulak dijaga dengan begitu teliti kat Jepun nun, dari lahir sampai lah melahirkan balik. Kalau uols perati, lembunya majoriti yang kaler hitam, baka Japanese Black, sama lah dengan asal usul daging wagyu di Awagyu Restaurant ni.

Teppanyaki Premium Set Lunch Berbaloi-baloi, RM58 je di Awagyu Restaurant Johor Bahru

Masa ciksun datang makan hari tu, ciksun duduk dalam bilik Teppanyaki, jadi ciksun dapat tengok depan mata macam mana Chef Eric masak segala menu dalam Teppanyaki Premium Set Lunch tu untuk ciksun dan kawan-kawan. Nah, jemput tengok ape yang ciksun makan, ok!

Teppanyaki Premium Set Lunch Berbaloi-baloi, RM58 je di Awagyu Restaurant Johor Bahru

Teppanyaki Premium Set Lunch Berbaloi-baloi, RM58 je di Awagyu Restaurant Johor Bahru

Teppanyaki Premium Set Lunch Berbaloi-baloi, RM58 je di Awagyu Restaurant Johor Bahru

Teppanyaki Premium Set Lunch Berbaloi-baloi, RM58 je di Awagyu Restaurant Johor Bahru

Mini Wagyu Steak tu Chef Eric masak Medium, so ia masih rasa juicy-juicy dan sangat lembut bila kita gigit. Cara nak makan dia, kena letak kepingan bawang putih goreng dulu, then wasabi, baru makan. Satu cara lagi, celup daging dalam soy sauce tu dulu, then letak kepingan bawang putih goreng dan wasabi, baru makan. Chef Eric cakap, jangannnn letak wasabi dalam soy sauce nanti lain rasanya, tak akan sama dan tak dapat ummpphhhnya tu, haaa gitu.

Teppanyaki Premium Set Lunch Berbaloi-baloi, RM58 je di Awagyu Restaurant Johor Bahru

Teppanyaki Premium Set Lunch Berbaloi-baloi, RM58 je di Awagyu Restaurant Johor Bahru

Wagyu Stir Fried Vegetables tu memang selalunya febret ciksun kalau makan kat Sushi King. Tapi yang dekat Sushi King tu tak pasti lah guna Wagyu ke atau daging lembu biasa aje, yang penting sedap. Haha! Yakiniku atau hirisan nipis daging wagyu digoreng bersama sayur campur, menjadi side dish kepada Mini Wagyu Steak tadi.

Teppanyaki Premium Set Lunch Berbaloi-baloi, RM58 je di Awagyu Restaurant Johor Bahru

Chawanmushi tu katanya ada softshell crab dalam egg custard tu. Sedap jugak rasanya, sesuai jadi pembuka selera. Miso Soup pun ciksun suka, sedap dihirup sambil makan nasi putih. Selain daripada menu kat atas ni, ciksun rasa jugak lah menu dan cara masakan yang lain macam kat bawah ni.

Teppanyaki Premium Set Lunch Berbaloi-baloi, RM58 je di Awagyu Restaurant Johor Bahru

Teppanyaki Premium Set Lunch Berbaloi-baloi, RM58 je di Awagyu Restaurant Johor Bahru

Teppanyaki Premium Set Lunch Berbaloi-baloi, RM58 je di Awagyu Restaurant Johor Bahru

Teppanyaki Premium Set Lunch Berbaloi-baloi, RM58 je di Awagyu Restaurant Johor Bahru

Haa, jangan tak percaya, ciksun dah pernah makan lidah lembu. Rasanya kenyal-kenyal gitu, lambat benar nak kunyah lumat. Haha. Dan Yakiniku dimakan bersama kuning telur tu bagi ciksun agak rare jugak lerr, tapi ermmm boleh lah telan πŸ˜… Chef Eric baik hati sangat suruh rasa semua termasuklah Wagyu Shashimi, erkk. Owner Awagyu Restaurant, Mr. Goh, siap kira 1, 2, 3 sebab nak ambil gambar muka paksa rela kitorang makan shashimi tu πŸ˜‚

Teppanyaki Premium Set Lunch Berbaloi-baloi, RM58 je di Awagyu Restaurant Johor Bahru

Last but not least, ciksun suka sangat Black Sesame Ice Cream dia! Terus tak nampak dah Match Ice Cream tu. Hahaha. Sedapp gilerr dan rare ok! FamilyMart tak nak ke keluarkan Black Sesame Sofuto pulak? 😝

Ok lah, uols boleh cuba sendiri segala menu kat atas ni di Awagyu Restaurant ya! Untuk menu Teppanyaki Premium Set Lunch, ada dua sesi iaitu dari pukul 12 pm hingga 1.30 pm dan dari 1.30 pm hingga 2.45 pm. Manakala untuk restoran Awagyu tu sendiri, uols boleh baca maklumat kat bawah.

Teppanyaki Premium Set Lunch Berbaloi-baloi, RM58 je di Awagyu Restaurant Johor Bahru

Awagyu Restaurant
No. 25C, Jalan Dato' Abdullah Tahir, Johor Bahru, Johor

Waktu perniagaan:
Ahad - Khamis
12 pm - 2.30 pm
5.30 pm - 10.30 pm

Jumaat dan Sabtu
12 pm - 2.30 pm
5.30 pm - 12.30 am

No. Tel:
+60 11-5776 4363

Email:
awagyurestaurant@gmail.com

Facebook:

Order delivery:

6 comments:

  1. aduyai sedapnya.. berbaloi la harga tu

    ReplyDelete
  2. Selamat menjamu selera.
    Poket kena tebal ni baru boleh masuk.

    ReplyDelete
  3. Restoran orang ada-ada ni.. Tapi kalau nak reward diri sendiri apa salahnya kan sekali sekala makan sini.

    ReplyDelete
  4. Kenapa la kat sana banyak betul tempat makan best...SA kalau kat Seremban ada tempat2 macam ni memang nak sangat pergi...

    ReplyDelete
  5. Perghhhh yang gan telur tu, gigit GG aku nengoknyaaa oiii...
    Yang lain GG aku plak nengok macam geram nak gigitttttt

    ReplyDelete
  6. Tatami room macam best je. Macam selesa dok situ ha. Tapi harga Mahal nau.
    Lahh ingatkan wagyu daging anak kambing rupanya daging lembu jepun.

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com