Dapat Hadiah dari Blogger DANA

Dapat Hadiah dari Blogger DANA | Semalam, balik dari office, ciksun nampak ada kotak dekat rak kasut. Oh, parcel J&T hantar tadi sebab dia ada whatsapp bagitahu dia letak parcel kat sini. Deliverer tu pulak memang dah biasa hantar barang kat rumah ni. Dia tahu kalau takde kereta kat luar atau takde sape menyahut, dia tinggalkan aje dan whatsapp gambar barangnya dia letak kat mana. Ciksun beli facemask lagi untuk tambah stok sedia ada.

Then masa nak bukak pintu rumah, nampak ada sampul lain dari biasa kat grill. Selalunya kalau dapat sampul surat dari Quotas GMBH, alamat penerima akan dicetak guna printer dan ditampal pada sampul. Jarang-jarang sender nak tulis sendiri alamat. Ini pun rasanya macam dah lama tak dapat surat untuk urusan survey Quotas. Agaknya kat negara sender tengah lockdown. Tapi tak sure la ada kaitan ke tak dengan penutupan sementara Integrated Parcel Centre (IPC) kat KLIA tu, yang tu kan hanya untuk pengeposan bungkusan aje.

Dapat Hadiah dari Blogger DANA

Ciksun ambil sampul surat kat grill tu dan tengok setem. Eh ni dari dalam Malaysia ni. Macam boleh agak siapa penghantarnya sebab beberapa hari sebelumnya kak Dana ada DM dekat instagram minta alamat rumah. Bila tanya nak hantar apa, dia jawab "adalah" hahahaha! So, ciksun terus masuk rumah dan masuk dalam bilik, tak sabar nak bukak sampul surat tu.

Ta daaaaa!

Dapat Hadiah dari Blogger DANA

Dapat Hadiah dari Blogger DANA

Dapat Hadiah dari Blogger DANA

Dapat Hadiah dari Blogger DANA

Ni hadiah dari kak Dana. Sweet sangat tauuu! Ciksun suka betul dengan mask extender kaler merah ada rerama tu. Boleh la ciksun pakai hari ni masa pergi hi-tea petang nanti. Hihi. Thanks akak untuk hadiah-hadiah bermakna ni. Ciksun sangat-sangat hargainya. Moga murah rezeki akak dan ukhuwah blogger ni terjalin sampai bila-bila. Ameen.

Dapat Hadiah dari Blogger DANA

Kak Dana ni memang rajin tau komen-komen blog orang, ciksun selalu ke sana tengok life diary kak Dana dengan dak bijak Aiyan. Kadang-kadang dia share resepi masakan, semuanya nampak sedap pulak tu, buat kita rasa nak mencuba jugak. Lagi satu, kak Dana rajin jahit manik, dia ambil upah juga jahit manik kat baju and sometimes ada orang tempah facemask extender jugak kat dia. Uols boleh belek blog kak Dana ek kalau belum pernah ke sana.

11 comments:

  1. Kan kan, samalaaa dapat gak hadiah dari Dana, dah pakai pun tadi kann kita heheheheh...

    ReplyDelete
  2. Huiyooooo, kemain comel..HAHAHA...Macam sayang plak nak pakai kalau dapat hadiah..huhu...Okaylah, nak terjah sanaaa jugak ar..x pernah singgah

    ReplyDelete
  3. Lega dah sampai n sunah suka...

    ReplyDelete
  4. wahhhh cute nya hadiah... comel-comel

    ReplyDelete
  5. Wahh comelnye. Dulu penah dpt gift fridge magnet dari blogger shida. Hehe. Simpan lg. Ciksun bila nk bg gift. Tiber 😛

    ReplyDelete
  6. rezeki kawan kawan blogger kasi.. saya nye hadiah2 utk kawan2 top commentators kena tundaaa la. ada yang da sediakan tp hahaha tnggu nnt kasi semua skali majoriti nama yang sama hahahaha..

    ReplyDelete
  7. Alhamdulillah..kita pun dapat juga. Comel kan mask extender tu :)

    ReplyDelete
  8. alhamdulillah, moga murah rezeki kak dana juga :)

    ReplyDelete
  9. Wah.. Tahniah cik sun. Seronoknya gi hi tea. Kami di zon merah minum teh kat rumah je. Haha

    ReplyDelete
  10. alhamdulillah rezeki tu... murah rezeki kak dana

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com