Ticker

6/recent/ticker-posts

Pengalaman Empat Kali Masuk Wad Isolasi Pusat Kesihatan UTM Johor Bahru

Pengalaman Empat Kali Masuk Wad Isolasi Pusat Kesihatan UTM Johor Bahru | Tak ramai tahu, balik dari Sarawak hari tu, ciksun diserang demam + flu + selsema + sakit tekak. Ye lah, empat benda yang kalau orang lain tahu, nescaya diorang jauhkan diri dari kita 1 meter. Tu kan antara simptom-simptom klinikal COVID-19 macam kat bawah ni.

kriteria klinikal dan epidemiologi covid-19

Menurut KKM, individu yang memenuhi kriteria klinikal dan epidemiologi adalah tergolong dalam kes-kes yang disyaki menghidap COVID-19. Kalau uols memenuhi kriteria-kriteria kat dalam gambar tu, uols dinasihatkan segera membuat pemeriksaan untuk rawatan. Dalam kebanyakan kes kematian, lewat mendapatkan rawatan adalah antara punca utama kematian disebabkan oleh COVID-19 kat Malaysia ni.

Kalau baca blog ni, uols mesti tahu sebelum balik Sarawak, ciksun diserang tonsilitis teruk yang menyebabkan ciksun pergi wad isolasi Pusat Kesihatan UTM Johor Bahru dua kali. Tapi kat entri tu cerita kali pertama aje, kali kedua ciksun pergi lagi sekali sebab badan dah naik bintik-bintik merah yang tak diketahui puncanya. Bila check darah, rupanya sebab ada jangkitan bakteria. Masa balik Sarawak, alhamdulillah ciksun sembuh sepenuhnya dan bintik-bintik kat badan dah hilang semuanya.

Hari ketiga selepas balik dari Sarawak, ciksun demam seperti yang disebut pada perenggan pertama kat atas. Bimbang gila masa tu, terus pergi PK UTM pada hari kedua demam. Masa check in depan klinik, terus diarah pergi wad isolasi sebab ada simptom-simptom COVID-19. Bila dah masuk jumpa doktor, ciksun ceritakan segala sejarah travel ciksun pergi dan balik dari Sarawak, pengalaman buat swab test kat Bintulu Airport, juga tentang rakan pejabat yang ada gejala selsema.

Pengalaman Empat Kali Masuk Wad Isolasi Pusat Kesihatan UTM Johor Bahru

Tapi, menurut doktor yang rawat ciksun masa tu, diorang tak ada arahan untuk buat swab test kepada mana-mana pesakit yang baru balik dari Sarawak. Hanya dari Sabah aje yang diwajibkan untuk buat swab test, itu pun dah tentu-tentu kat airport KL, pihak KKM dah buat siap-siap dah.

Kalau kat wad isolasi ni, bila kita cakap kita demam and batuk, doktor mesti tanya kita ada sesak nafas atau tak. Ciksun takde rasa sesak nafas pun masa datang kali ketiga tu. Then doktor tanya, ada sakit-sakit badan tak, muntah or cirit-birit pun dia tanya. Takde, semua tu takde. Bergantung kepada doktor yang check jugak, ada yang akan check pernafasan kita guna stetoskop, ade yang tak. Bila dia dengar hidung kita macam tersumbat teruk, doktor akan tanya hingus kita pekat ke cair, warna apa. Susah nak hembus ke tak pun dia tanya. Haha. Then baru dia boleh prescribe ubat-ubatan ape yang sesuai dengan kondisi kita.

Pengalaman Empat Kali Masuk Wad Isolasi Pusat Kesihatan UTM Johor Bahru

Doktor tu siap pesan, buat masa ni jangan pergi tempat public or crowded place dulu. Kalau perlu jugak, wajib pakai face mask. Doktor tanya jugak kat rumah ada orang tua atau anak-anak ke. Bila ciksun cakap duduk dengan housemates, doktor pesan jaga jarak dengan housemates dan jangan berkongsi segala cutleries makanan buat masa ni dengan diorang. Uikk, seram tak seram. Dah macam PUI COVID-19 pun ade gak. Mesti sebab ciksun ada sejarah travel tu haa walaupun bukan ke Sabah. Tapi ciksun tak termasuk dalam kategori kriteria epidemiologi tu. Last but not least, hari ketiga nanti kalo masih demam, kena datang untuk buat ujian darah pulak.

Hari kedua balik dari PK UTM, ciksun dah start sesak nafas dan wheezing cough. Nafasnya pendek-pendek aje sebab batuk dah jadi makin teruk. Hujung-hujung batuk ada bunyi halus dalam dada tiap kali kita cuba sedut oksigen. Maka hari ketiga, dah tentu lah ciksun datang PK UTM semula untuk buat ujian darah pulak, which means kali keempat masuk wad isolasi UTM. Aduhai, agaknya doktor-doktor dan staff kat situ dah bosan tengok muka ciksun aje. Dalam sebulan, empat kali datang klinik. Huhu.

Pengalaman Empat Kali Masuk Wad Isolasi Pusat Kesihatan UTM Johor Bahru

Kali keempat tu, doktor lain yang consult, tapi doktor ni adalah antara doktor yang tahu masalah tonsil ciksun. Dia lah doktor yang pernah refer ciksun ke HSA untuk buang tonsil tapi akhirnya HSA turn decide untuk tak remove. Kalau dia check rekod ciksun dalam database tu, haa confirm lah dia ingat pesakit yang satu ni, tahun 2016 asyik keluar masuk klinik aje. Dia direct to the point, terus ambil darah dan tunggu result dalam setengah jam. Lepas setengah jam, ciksun datang balik tunggu kat waiting area untuk masuk wad isolasi tu. Doktor bukak pintu dan jenguk kepala panggil masuk dalam.

Pengalaman Empat Kali Masuk Wad Isolasi Pusat Kesihatan UTM Johor Bahru

Ok, result negative denggi tapi white blood count above borderline. Maksudnya ada jangkitan bakteria dalam badan yang menyebabkan darah putih naik untuk lawan bakteria jahat tu. Wah, ni kali kedua lah ciksun demam sebab bakteria dalam sebulan dengan jarak sihat tak sampai seminggu! Ciksun syak, masa ciksun balik dari Sarawak, antibodi tak cukup kuat lagi, jadi sangat mudah untuk ciksun dijangkiti semula bila tak protect diri betul-betul.

Maka, doktor bagi antibiotik untuk dihabiskan, ubat batuk cecair, ubat selsema sekali sehari which is Loratadine, dan ubat sakit tekak (Lozenge). Alhamdulillah hari ni ciksun dah masuk office dan dah sihat 99%. Memang sah lerr ciksun kena jangkitan bakteria tuu. Terima kasih doktor-doktor UTM kerana bersabar bagi consult dan rawat ciksun.

Pendek kata, kalau uols datang PK UTM ni sebab demam dan kena masuk wad isolasi, proses nya memang cepat sebab nak singkatkan masa berdepan dengan pesakit, ubat-ubat semua dah sedia ada dalam tu khas untuk demam, batuk, selsema dan sakit tekak, dan uols akan dipantau dalam masa tiga hari selepas rawatan. Hari ketiga, semua wajib buat ujian darah kerana concern utama PK UTM adalah denggi sebab sekarang ni selain COVID-19, demam denggi pun antara kes membimbangkan di Malaysia.

Ok lah, tu je ciksun nak share. Bagi uols yang tak sihat kat luar tu, dapatkan rawatan segera ya. Bagi yang sihat, stay safe dan selalu-selalu basuh tangan. #kitajagakita

Post a Comment

14 Comments

  1. Alahai.. nasib bait ktk ok kak.. take care

    ReplyDelete
  2. Walau sihat kita semua tetap mesti sentiasa berjaga-jaga.. Apatah lagi yang kurang sihat.. Moga terus pulih.. Sihat seperti sediakala.

    ReplyDelete
  3. bimbangkan jika simptom tu nak sama dengan simptom org positif covid19

    ReplyDelete
  4. Nasib baik dah okay. apapun, sentiasa berjaga-jaga ya kak.. take care always

    ReplyDelete
  5. sekarang ni nak batuk skit pun kena tahan selagi boleh.. sensitif :-)

    ReplyDelete
  6. Cukuplah sekali i buat swab, ngeri rasa, berdebo dia lain macammmmm....

    ReplyDelete
  7. alahai..kesiannya sakit tu penghapus doa. syafakillah ye

    ReplyDelete
  8. Sekarang sistem di pusat kesihatan semua dah lain kan. kita kena ikut arahan je la. Syukurlah urusan sekejap je tak tunggu lama tu. Semoga cepat sembuh. Aaminn

    ReplyDelete
  9. nasib sik ada apa-apa.

    moga terus sihat dan kembali cergas seperti biasa

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com