Tengok Netflix Dekat Handphone Sambil Baring Sampai Tercedera

Tengok Netflix Dekat Handphone Sambil Baring Sampai Tercedera | Ni la kisah malam tadi, ciksun tengah syok-syok ngadap cerita Korea kat Netflix guna telefon sambil baring dalam bilik. Masa tengah pusing nak kalih dari kanan ke kiri, entah macam mana lah boleh terlepas telefon tu dari pegangan.

Terus jatuh kene batang hidung ciksun. Sakitnye tu adoiiiii lerrr. Nasib baik tak keluar darah dari hidung haaa. Agaknya macam tu kalau kena tumbuk kat hidung ek. Atau mesti lagi sakit dari tu sebab biasa tengok kat tv sampai berdarah-darah hidung tu. Haha.

Tengok Netflix Dekat Handphone Sambil Baring Sampai Tercedera
Pic: newmalaysianpost.com

Tu lerr salah satu dari bahaya bila selalu tengok handphone atas katil sebelum tidur. Sebenarnya ada banyak lagi kesan buruk dari tabiat ni macam yang disebut dalam Mingguan Wanita. Antaranya, mata boleh rosak kesan mengadap cahaya biru daripada skrin telefon, tidur pun boleh terganggu efek daripada cahaya biru ni.

Bila tidur tak berkualiti, sekaligus kita akan jadi mudah tertekan dan stress hingga menggangu kerja kita pada waktu siangnya. Pancaran radiasi elektromagnet daripada telefon jugak boleh meningkatkan risiko kanser, dan satu lagi akan menyebabkan kita menjadi seorang pelupa akibat otak yang kekurangan rehat.

Hmmm, lepas ni ciksun kena kurangkan lerr layan Netflix sebelum tidur, sambil baring tu ye lah kena kurangkan jugak, kalau tak nanti apa pulak lagi yang dicederakan ­čśé

15 comments:

  1. Rasakannnn!! Tu lerrr nak tido, tido aje laaa, lagi nak layan Netflix..padan muka!

    ReplyDelete
  2. Kmk pun penah juak gia.. sakit eh.. tp kmk perasan lah mun main hp sebelum tido mmg susah nk lelapkan mata.. mata ngantok pn jd x ngantok kali oleh skrin tek ya lah

    ReplyDelete
  3. hahahahha... moga cepat hilang sakit di hidung tu dik oi? tekap dengan ais tak?
    akak biasa letak tepon kt bwah kalau nak layan drama hehehhe

    ReplyDelete
  4. kalau kakai layan Kdrama mesti akan rasa benda ni.hahaha..

    Akak sekarang pakai phone holder yang boleh sangkut kat leher tu. Memang nampak cam bodoh je bila pakai tapi selamat la.

    Harga dalam 6-7 ringgit je kat shopee.

    ReplyDelete
  5. org dulu2 tgk tv smpi tertido smpi tv tgk kita., hahaha

    ReplyDelete
  6. Pernah rasa beberapa kali. Itupun tak insof lagi tu. Sudahnya mengiring letak hp kat bantal. takde lah jatuh ke muka. hihi

    ReplyDelete
  7. selalu juga jadi macam ni haha tapi sekarang kalau tengok phone sambil baring mesti mengantuk XD

    ReplyDelete
  8. masalah bila da mula layan series Netflix ni susah brenti.. itu yg jadi tido sgala bagai trganggu. penah juga few times trbabas waktu tidoo.. mula esok nak emo grumpy bagai hehe..

    ReplyDelete
  9. sebelum tidur layan Youtube bagus tetapi jangan menonton..

    dengar sahaja terutama alunan ayat al Quran atau zikir.

    dalam masa 5 minit jer dah boleh terlelap terus..

    in shaa Allah

    ReplyDelete
  10. Aku pernah kena masa baca Harry Potter last yang hard cover. Hard cover ok! Bengkak haha

    ReplyDelete
  11. kalau nak tgk dalam bilik atas katil..sila jangan ditutup lampu tu. kesian mata stress. pastu tak kebas ke tangan bila pegang fon lelama?

    ReplyDelete
  12. Pernahhh, masa tu nak hapdet blog, sebab seharian tak hapdet, rasa rugi plak x capai pageview..ahhahahaha...pastu dah terjatuh, terusss letak tepi dan tido jelaaaaaa

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com