Makanan-makanan Yang Membantu Menstabilkan Hormon Estrogen dan Progesteron

Makanan-makanan Yang Membantu Menstabilkan Hormon Estrogen dan Progesteron | Salah satu sebab kitaran haid yang tidak menentu adalah masalah hormon yang tidak stabil dalam badan. Menurut Prof. Dato' Dr. Hamid Arshat, Pakar Perbidanan dan Sakit Puan, punca sebenar bagi penyakit-penyakit yang berkaitan dengan peranakan wanita seperti ketumbuhan fibroid, adenomyosis dalam rahim, endometriosis, ovarian cyst, kanser rahim dan kanser payudara tidaklah diketahui.
 
Baka memainkan sedikit peranan, tapi punca-punca persekitaran seperti kelemahan immuniti, toksin, dan hormone Estrogen yang berlebihan dalam tubuh badan wanita serta ketidakseimbangan antara hormone Estrogen dan Progesteron lebih berperanan dalam ketumbuhan tersebut.

Makanan-makanan Yang Membantu Menstabilkan Hormon Estrogen dan Progesteron
Pic: theAsianparent.com

Dalam keadaan biasa, hormon Estrogen adalah sangat penting bagi fungsi-fungsi kitaran haid, kesuburan, kehamilan, sifat-sifat kewanitaan, kecantikan,  fungsi-fungsi seks, bentuk badan dan lain-lain.
 
Tindakan-tindakan Estrogen terhadap tisu-tisu biasanya diseimbangkan oleh hormon kedua wanita iaitu hormon Progesteron, yang hanya dikeluarkan jika wanita mengalami penetasan telur/ovulation, namun banyak situasi yang menyebabkam wanita tidak mengalami penetasan telur/ovulation.

Oleh itu, kekurangan hormon Progesteron boleh menyebabkan hormon Estrogen bertindak sewenang-wenangnya. Salah satu daripada kesan kekurangan hormon Progesteron adalah haid yang tidak berhenti, atau pun istihadah. Biasanya, pihak hospital akan memberikan pil hormon Progesteron untuk menambah hormon ni dalam badan supaya haid berhenti pada masanya.

Beberapa situasi yang menyebabkan hormon Estrogen meningkat ialah kegemukan atau obesity. Lemak-lemak yang berlebihan boleh menggalakkan pembentukkan Estrogen serta pengurangan Progesteron. Ohhh, baru tahu!

Selain daripada kilang telur, sumber lain bagi Estrogen ialah kilang adrenal yang terletak di atas buah pinggang. Wanita-wanita yang mengalami masalah pembengkakan ovari seperti Polycystic Ovaries Syndrome (PCOS) juga sering mengalami masalah hormon Estrogen yang berlebihan dan kekurangan hormon Progesteron.

Makanan-makanan Yang Membantu Menstabilkan Hormon Estrogen dan Progesteron
Pic: womenshealth.gov

Oleh itu, Dr. Hamid mencadangkan beberapa langkah untuk mengawal tindakan atau pengaruh Estrogen agar ketumbuhan yang dinyatakan di atas dapat dikurangkan. Estrogen dibentuk dari cholesterol melalui rangkaian tindakan biokimia, dan enjim aromatase diperlukan.

Langkah-langkah Mengawal Estrogen

  1. Kekalkan berat badan ke tahap yang sesuai mengikut kiraan BMI kerana kegemukan boleh menggalakkan penghasilan Estrogen yang berlebihan.
  2. Lakukan senaman kerana senaman mempunyai pelbagai faedah, antaranya dapat mengimbangkan hormon Estrogen dan Progesteron.
  3. Mengawal stress. Selain boleh meningkatkan hormon cortisol/steroid, stress juga mempunyai pelbagai pengaruh yang boleh mengancam kesihatan wanita. Ia juga meningkatkan tahap Estrogen. Oleh itu, ambillah langkah-langkah mengawal stress seperti membaca Al-Quran, solat, berzikir, berselawat, bersenam selama 30 minit sehari, yoga dan yang paling mudah adalah dengan melakukan deep breathing exercise. Deep breathing exercise ini boleh dilakukan di mana-mana setiap satu atau dua jam. Ini dapat menenangkan fikiran dan sekaligus dapat mengimbangkan hormon Estrogen dan Progesteron.
Pengambilan Makanan Berkhasiat

Ada beberapa jenis makan yang bertindak mengawal tahap Estrogen iaitu:

  1. Buah delima/ promegranate - Pengambilan buah delima atau mengamalkan jus delima setiap hari akan memberi pelbagai faedah kesihatan. Antaranya ialah mengawal tekanan darah, mengurangkan arterosclerosis dan juga boleh mencegah/mengurangkan risiko sakit jantung. Seterusnya, ia juga bertindak sebagai anti-estrogen dengan mengawal enzim yang digelar aromatase enzim yang biasanya menggalakkan peningkatan Estrogen.
  2. Sayur-sayuran - Sayur-sayuran seperti brokoli, kobis, bunga kobis, sawi dan bayam mempunyai kandungan chlorophyll yang bertindak mengawal penghasilan hormon Estrogen. Ia juga mengandungi sterol yang memang bertindak mengawal pembentukan Estrogen.
  3. Minyak zaitun (Extra virgin olive oil) - Jika diamalkan setiap hari, ia boleh mengawal tahap Estrogen dalam tubuh wanita melalui satu kandungannya yang digelar lutreopin yang juga mengawal/menindas tindakan enzim aromatase (enzim yang bertanggungjawab dalam penghasilan Estrogen)  dimana sekaligus mengawal penghasilan hormone Estrogen yang berlebihan.
  4. Cendawan - Boleh mencegah enzim aromatase ialah cendawan butang atau cendawan Shitake yang bukan sahaja mencegah penghasilan Estrogen, ia juga boleh mengawal kanser.
  5. Biji anggur (grapeseed) - Mengandungi pelbagai bahan resveratrol dan lain-lain polyphenol yang banyak mempengaruhi kesihatan manusia. Antaranya ialah, mencegah penyakit jantung dan angin ahmar. Ia juga bertindak mengurangkan hormon Estrogen dalam badan wanita.
  6. Chia Seed - Bahan yang berguna untuk mengurangkan tahap Estrogen dalam tubuh badan wanita. Begitu juga flexseed. Chia seed mengandungi omega 3 yang tinggi disamping vitamin-vitamin lain juga yang mempunyai faedah dalam kesihatan wanita.
  7. Oats - Makanan yang sering diambil pada waktu sarapan. Ia juga diketahui mengandungi bahan steroidal saponins untuk mencegah tindakan enzim aromatase yang seterusnya menggalakan penghasilan Estrogen.
  8. Buah-buahan citrus - Lemon, limau kasturi, limau bali, limau nipis disamping mangandungi vitamin C, dan anti-oksidan,  ia juga mengandungi unsur anti-estrogen. Minum air limau kasturi (2 biji), sebiji limau nipis atau sebiji lemon diperah juz kedalam segelas air suam dan dicampur satu sudu madu. Amalkan setiap hari.
  9. Bawang- bawang - Banyak digunakan sebagai rencah dalam makanan kita. Disamping mengandungi bahan-bahan yang mengandungi anti-oksidan, ia juga boleh mencegah serangan sakit jantung. Ia juga mengandungi  bahan dipanggil quercetin, sejenis flavonoids yang mengurangkan tahap Estrogen dalam badan.
  10. Kunyit - Mengandungi banyak khasiat kesihatan, antaranya dapat mengurangkan hormon Estrogen dalam badan wanita. Mengamalkan kunyit/perahan air kunyit 2-3 kali seminggu dikatakan baik untuk mengimbangkan hormon Estrogen dan Progesteron.
  11. Algae (spirulina/chlorella) - Diketahui ada kesan mengawal pembentukan Estrogen dalam badan. Algae boleh diamalkan untuk mengimbangkan hormon wanita.
  12. Makanan-makanan fermented - Tempe, yogurt, kimchi diketahui mempunyai pelbagai faedah dan juga berbillion bakteria baik untuk badan dan melawan bakteria yang berbahaya untuk usus kita. Ia juga mempunyai kesan anti-Estrogen.
  13. Minyak Kelapa Dara - Diketahui mempunyai kesan anti-Estrogen.
  14. Bawang Putih - Mempunyai pelbagai kesan untul mengawal peredaran darah dan mengurangkan risiko sakit jantung dan angin ahmar. Ia juga mempunyai kesan anti-Estrogen.
  15. Daun Kucai - Mempunyai bahan-bahan yang bertindak sebagai anti-Estrogen.
  16. Berries (black berries, blackcurrant, mulberry) - Mengandungi bahan anti-oksidan dan juga flavonoids yang banyak faedahnya terhadap kesihatan tubuh badan wanita. Disamping itu juga ia bertindak sebagai anti-Estrogen.

Ambillah langkah-langkah untuk mengimbangkan hormon serta mengurangkan tahap Estrogen dalam tubuh badan wanita agar penyakit-penyakit seperti fibroid, adenomyosis dalam rahim, endometriosis, ovarian cyst, kanser rahim dan kanser payudara dapat dikawal disamping mengambil langkah-langkah lain untuk mengawal penyakit-penyakit tersebut.

10 comments:

  1. Alhamdulillah.Terima kasih perkongsian kesihatan ini.Nampaknya kena eat clean la PC ni.

    ReplyDelete
  2. nak cari anggur la, lama dah tak makan anggur :)

    ReplyDelete
  3. Okay baik. Semoga berhasil. Aaminn

    ReplyDelete
  4. langkah pencegahan tu penting diamalkan sambil dengan makanan tambahan. Lama juga dah tak amek spirulina ni. :)

    ReplyDelete
  5. dalam senarai makanan2 tu banyak juga yang selalu ada dalam menu harian.. tertarik yg delima tu.. sy baru plan nk amalkan pil delima dlm diet harian.. baca entry ni rasa makin kuat la nak beli pil delima tu..

    ReplyDelete
  6. sejak main Gym hormon saya semakin bertambah hahaha

    ReplyDelete
  7. Sensitif sekali saya nampak perkataan obesiti itu.
    Ok kena detox dan makan makanan di atas.

    ReplyDelete
  8. thanks sunah. best baca sharing2 mcm ni

    ReplyDelete
  9. Ok, setelah membaca, saya rasa nak bersenam sekarang nih, masih sempat..hehe...

    ReplyDelete
  10. Yaaa aku salah satu punca kejap ada kejap takde tu (choki-choki), adalah sebab stress huhuhu tang tu memang tak boleh nafikan..jalan lama sampai stress pun boleh jadi... penatttt

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com