Ticker

6/recent/ticker-posts

Jualan Buku Big Bad Wolf Berkolaborasi dengan Shopee untuk Membawa Tawaran Ekslusif Khas untuk Peminat Buku di Malaysia

Jualan Buku Big Bad Wolf Berkolaborasi dengan Shopee untuk Membawa Tawaran Ekslusif Khas untuk Peminat Buku di Malaysia | Pembeli akan dapat menikmati promosi menarik selama tiga hari di Shopee | Berikutan Jualan Online yang pertama di Malaysia yang diadakan oleh Jualan Buku Terbesar di Dunia pada November ini, Jualan Buku Big Bad Wolf kini membawa lebih banyak bahan bacaan kepada rakyat Malaysia melalui kolaborasi eksklusif dengan platform e-dagang yang termuka, Shopee.
 
Jualan Buku Big Bad Wolf Berkolaborasi dengan Shopee untuk Membawa Tawaran Ekslusif Khas untuk Peminat Buku di Malaysia


Usaha sama ini akan menawarkan potongan harga tambahan ke atas 10 buku terkenal seperti Harry Potter Movie Magic Bundle, Little Red Riding Hood, Star Wars The Force Awakens Lightsaber Adventure dan banyak lagi, hanya eksklusif di Shopee dari 11 hingga 14 November 2020. Selain daripada tawaran ini, pembeli juga boleh menikmati promosi lain seperti buku berharga bawah RM 10, Baucar Pulangan Tunai 25% Shopee Coins, tambahan 10% diskaun dengan pembelian minimum RM 100, serta baucar penghantaran percuma dengan pembelian minimum RM 40.
 
“Dengan wabak COVID-19 dan perintah kawalan pergerakan yang sedang dilaksanakan sekarang, kami percaya rakyat Malaysia akan meluangkan kebanyakan masa mereka di rumah dengan membeli-belah di platform e-dagang. Kolaborasi kami dengan Shopee membolehkan dua jenama yang diminati ramai untuk menjangkau lebih rakyat Malaysia serta memupuk minat membaca disambil membuktikan misi Big Bad Wolf Books sebagai organisasi yang gigih mempromosikan budaya membaca. Buku mengandungi pelbagai pengetahuan dan membolehkan pembaca melatih imaginasi mereka di samping membolehkan mereka melihat sesuatu perkara dari perspektif berbeza dan mempertimbangkan proses pemikiran dan tindakan mereka. Inilah pengalaman yang ingin kami sampaikan kepada pembaca dan menyebarkan lagi kegembiraan membaca,” kata Andrew Yap, Pengasas Bersama Big Bad Wolf Books.
 
Setakat ini, lebih 1.5 juta pembeli telah mengunjungi Jualan Buku Big Bad Wolf melalui platform e-dagang barunya, menawarkan peminat dan pencinta buku lebih daripada 20 juta buku dengan 40,000 judul. Sementara jualan tersebut menawarkan buku-buku baru yang berkualiti dan penjimatan sehingga 90% daripada harga jualan yang dicadangkan, tawaran eksklusif di Shopee ini adalah ganjaran tambahan yang istimewa untuk semua rakyat Malaysia.
 
“Jualan Buku Big Bad Wolf telah berjaya mencipta nama sebagai pesta buku tahunan yang paling dinantikan. Kami amat berbesar hati kerana telah dipilih untuk mengendalikan pesta buku ini bagi mencapai jutaan pelanggan di platform kami. Lebih-lebih lagi dengan penutupan sekolah akibat wabak COVID-19, dan dengan penghantaran percuma dan perkhidmatan logistik bersepadu yang kami tawarkan, ibu bapa dan kanak-kanak dapat menikmati kemudahan di mana buku-buku dihantar terus tanpa perlu keluar dari rumah masing-masing. Apa yang paling penting, inilah masa yang sesuai untuk memupuk minat membaca di kalangan generasi muda dengan pelbagai pilihan genre yang akan mencetuskan kreativiti dan meningkatkan pengetahuan mereka. Ini merupakan usaha sama pertama kami dengan Big Bad Wolf Books, dan kami menantikan lebih banyak lagi usaha sama dengan mereka selepas ini,” kata Ian Ho, Pengarah Urusan Serantau Shopee.
 
Diasaskan di Petaling Jaya pada 2009, Jualan Buku Big Bad Wolf telah diadakan di 34 buah bandar di 12 buah negara termasuk Thailand, Indonesia, Sri Lanka, Filipina, Kemboja, Korea Selatan, Emiriah Arab Bersatu, Pakistan, Myanmar, Taiwan, dan yang terkini, di Singapura.
 
Untuk maklumat lanjut dan terkini, layari Big Bad Wolf Books di Facebook atau Instagram.

Post a Comment

8 Comments

  1. Bagusnya info ini. Tq for sharing. Senang nak beli buku banyak2 dgn harga rendah.

    ReplyDelete
  2. berbaloi beli time tengah sale kaw kaw.

    ReplyDelete
  3. Baru beberapa hari lepas terjah BBW online. 11.11 ada sale lagi eh..okay baik. ayuh terjah!

    ReplyDelete
  4. Wah ada di shopee pula ye.. jom serang!

    ReplyDelete
  5. Aku sampai dah tak tau nak beli buku apa kat BBW ni hahaha sebab semua omputih kannn

    ReplyDelete
  6. hehe ni peminat2 buku sukala ni.. bagus.

    ReplyDelete
  7. sempat beli beberapa buah buku.
    harga murah, postage ke sabah pun reasonable.

    ReplyDelete
  8. adududuh... aida terlupa ni, sun.
    sgt terlupa tau! rugi besar!
    bila member update kat fb dia beli buku sekotak besar, aida tepuk dahi.
    terlupa yg amat!!!

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com