Dah 2 Hari Bawak Bekal Chicken Wrap Pergi Office

Dah 2 Hari Bawak Bekal Chicken Wrap Pergi Office | Alaa maaf lah, boring betul blog ni ek. Takde cerita lain asyik pasal makanan aje. Haha. Nak buat macam mana ek, tak tau dah nak tulis pasal apa, entri job bukan tak ada, tapi tunggu turn. So, dalam menunggu tu, kita selitkan lah cerita hari-hari. Benda apa yang kita buat hari-hari? Mesti lah makan 😝

Kisahnya, hari ni dah dua hari ciksun bawak bekal pergi office. Ye, dah tiba masanya ciksun disiplinkan diri kalau betul-betul nak kurangkan kilogram badan ni. And tak boleh tak, kalau nak turunkan berat, memang kena bawak bekal sendiri. So, boleh buat jadi alasan supaya boss tak belikan makanan. Haha. Tapi takde maknanya, boss tetap belikan dan paksa makan jugak walaupun kita cakap da makan. Cuma bila kita yang disuruh beli, haaa boleh lah tolak kuota pax untuk diri sendiri 🤭

Dua hari ni ciksun bangun awal pagi siapkan chicken wrap. Dalam tu ciksun letak aje bayam Brazil dengan hirisan tomato. Ayam bahagian dada memang dah perap awal dah, tinggal bakar aje pagi-pagi. Bahan perapan dia boleh dikatakan sihat jugak lah, ciksun kisar bawang putih, halia, lada hitam dengan daun parsley bersama sedikit air. Sesukahati ciksun juga pergi tambah biji ketumbar dan jintan manis kisar sekali. Then tuang dalam bekas ayam sebelum curah minyak zaitun sesudu dua. Takut takde rasa, ciksun letak sikit je garam. Kalau boleh, tak nak garam langsung tapi nanti takut tak boleh telan pulak. Haha.

chicken and brazillian spinach tortilla wrap

Masa bakar ayam tu, ciksun titiskan jugak madu sikit. Bila ayam da masak, ciksun hiris kecik-kecik sebelum susun atas tortilla dengan bayam and tomato. Curah sikit Kewpie Roasted Sesame Sauce. Alaa, belum cukup clean and healthy lagi tapi boleh lah dari letak sos dan mayonis. Huhu.

Maka berkurang lah baru sekilo aje berat ni. Haha. Mudah-mudahan dalam seminggu ni nampak la hasil kat penimbang tu. Sekarang ni, malam-malam pun ciksun dah tak nak makan dah. Kena buat macam ni sebab as a food blogger, berat cepat naik. Hari review takpe lerr nak melantak, hari takde review, bior ciksun berpuasa segala makanan sedap dulu. Kui kui.

Stok wrap pun da habis, nanti Sabtu boleh pergi beli stok baru nak buat bekal untuk next week lak. Mudahan istiqamah lah ciksun uols ni kann.

Ok bye!

11 comments:

  1. Chicken wrap memang sedap, senang nak buat kan..

    ReplyDelete
  2. OMG The Chicken Wrap nampak sedapnyaaaa!

    ReplyDelete
  3. kita pun tgh cuba kurangkan berat nie dgn eat clean tp tu la..enth berhasil idok x tau la..haha

    ReplyDelete
  4. Entri paling senang mestilah psl mknn... hehehehe... kmk tiap ari juak bekal bekfes tp berat x juak trn... hihihihi

    ReplyDelete
  5. Rajin siapkan dan bawa bekal. Bila buat bekal sendiri, boleh ikut citarasa dan kesesuaian perasa yang dikehendaki.

    ReplyDelete
  6. sedapnya ciksun! semoga istiqamah, you can do it ;)

    ReplyDelete
  7. Waaa tergugat CikLin membacanyaa.. CikSun dah mula diet ekk..baru nak ajak makan steak hahahahaha

    ReplyDelete
  8. sedap tu chicken wrap. hidangan sihat yg mengenyangkan

    ReplyDelete
  9. chicken wrap sedap jugak.. slalu saya terbayang KFC Twister kalo tngk ciken wrap. heheh.. buat sendiri tak penah lagi. ada penah beli kat pasar malam adala..

    ReplyDelete
  10. Chicken kaya inti haruslah kenyang makan. best juga bawa bekal simple macam ni. Jangan timbang selalu :p

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com