Teleport AirAsia Sedia Hantar Vaksin COVID-19

Teleport AirAsia Sedia Hantar Vaksin COVID-19 | Teleport, syarikat logistik milik AirAsia Digital bersedia dan komited untuk menyokong pengedaran vaksin COVID-19 di rantau ini, melalui rangkaian AirAsia yang merangkumi 125 buah bandar di Asia Tenggara. 

Sejak pandemik COVID-19 bermula pada awal tahun ini, Teleport adalah antara syarikat pertama yang menyediakan perkhidmatan penerbangan sewa khas kargo sahaja untuk menghantar bantuan perubatan dan peralatan perlindungan peribadi (PPE) ke hospital-hospital dan para petugas barisan hadapan di bandar-bandar utama, walaupun sempadan antarabangsa ditutup dan penerbangan AirAsia dihentikan sementara.

Teleport AirAsia sedia hantar vaksin COVID-19

Ketua Pegawai Eksekutif Teleport, Pete Chareonwongsak berkata, “Pengedaran vaksin bukan sahaja merupakan keperluan global, malah ia dijangka dapat memulihkan ekonomi dunia dan meningkatkan permintaan perkhidmatan industri penerbangan.

Sebab itulah kami berusaha untuk menumpukan kepada sumber, teknologi dan infrastruktur bagi rantaian bekalan serantau dan perkhidmatan penting. Kami akan bekerjasama dengan kerajaan tempatan dan rakan kongsi kami untuk memastikan vaksin dihantar kepada petugas barisan hadapan yang bertungkus-lumus untuk memastikan wabak COVID-19 dapat dibendung.”

Teleport bersedia dan komited untuk menyokong pengedaran vaksin COVID-19 di rantau ini.

Sebagai syarikat logistik berteknologi, Teleport juga membangunkan teknologi integrasi (API), pengeluaran digital AWB, dan teknologi bersepadu dengan terminal kargo bersama Ground Team Red (GTR), rakan kongsinya di bawah hab AirAsia dan SATS di beberapa buah pasaran utama.

Teleport juga menyediakan perkhidmatan penghantaran pantas dalam masa 24 jam meliputi pengangkutan udara, pelepasan kastam dan penghantaran menyeluruh di sekitar ASEAN dan Asia-Pasifik. Kejayaan secara konsisten ini merupakan bukti usaha Teleport dalam menyokong perkhidmatan penting, terutamanya industri kesihatan.

4 comments:

  1. Moga semuanya dipermudahkan aamiinn...

    ReplyDelete
  2. Vaksin oh vaksin! Mudah-mudahan semuanya berjalan lancar.

    ReplyDelete
  3. berita baik buat airasia. ada juga job mereka kesian tgk ramai staff diorang yg dah berhenti kan

    ReplyDelete
  4. Ohh dah lama rupanya hampir setahun suda. Ingatkan baru lagi macam dalam entry sebelum ni. Harap vaksin selamat tiba.

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com