Grilled With Love Katanya, Sedap Sungguh Kambing Perap The Lamb Grillerz, Skudai, Johor

Grilled With Love Katanya, Sedap Sungguh Kambing Perap The Lamb Grillerz, Skudai, Johor | Ye, dengan penuh kasih sayang jugak ciksun membakar kambing perap ni atas dapur hari tu. Biasanya orang guna pemanggang ajaib atau bakar atas grill, tapi kat rumah ni kitorang dah biasa bakar atas dapur gitu aje, lapik oven tray tu dengan aluminium foil supaya nanti senang cuci, tak melekat segala lemak dekat pan tu.

Grilled With Love Katanya, Sedap Sungguh Kambing Perap The Lamb Grillerz, Skudai, Johor

Masa bakar pun dah bau sedap sangat, sesambil tu gak tertanya-tanya dagingnya lembut ke tak ek, entah liat ke tidak ni. Sebab kadang-kadang daging kambing ni kan ada yang liat. Susah nak agak masa dia masih mentah. Ciksun pun tak tau la kalo ada tips pilih kambing yang tak liat 😂 And tak tahu la kalau cara memasak tu mempengaruhi keliatan kambing. But, ya ciksun pernah dengar kalau bakar lama sangat sampai kering, memang daging akan liat. Sebab tu jangan bakar lama sangat haa.

Grilled With Love Katanya, Sedap Sungguh Kambing Perap The Lamb Grillerz, Skudai, Johor

Grilled With Love Katanya, Sedap Sungguh Kambing Perap The Lamb Grillerz, Skudai, Johor

Grilled With Love Katanya, Sedap Sungguh Kambing Perap The Lamb Grillerz, Skudai, Johor

Macam yang ni dia ada bagitahu kat label sesiap, setiap bahagian bakar selama 5 minit aje (lupa pulak nak snap gambar dekat cara penyediaan). Ciksun bakar dengan api perlahan, tapi tak pasang timer lak. Rasa-rasa lebih sikit la 5 minit tu. Tapi ciksun make sure tak bakar sampai kering sangat. Dia punya bahan perapan tu pun banyak, maka dagingnya tak cepat kering, bagus jugak macam tu.

Grilled With Love Katanya, Sedap Sungguh Kambing Perap The Lamb Grillerz, Skudai, Johor

Grilled With Love Katanya, Sedap Sungguh Kambing Perap The Lamb Grillerz, Skudai, Johor

Kalau tengok dekat-dekat bahan perapan tu, dan rasa sikit dagingnya yang dah siap, oh macam rasa satay kambing pun ada.

Jeng jeng jeng, so liat ke tak liat dagingnya ciksun?

Grilled With Love Katanya, Sedap Sungguh Kambing Perap The Lamb Grillerz, Skudai, Johor

Haa, lembuttt tau dagingnya dan tak liat. Senang nak gigit. Dah tu, juicy pulak sebab bakar tadi tak terlalu kering. Ciksun sukaaa, kitorang share 5 orang kat rumah ni. Makan dengan nasi putih panas-panas. Cicah dia punya sos blackpepper tu. Sedap wooo! Sos blackpepper dia tu lain dari yang biasa ciksun rasa, dia macam ada berangin sikit. Tak sure la apa bahan yang menyebabkan dia rasa gitu, Thyme kot? Ciksun lupa pulak nak tanya penjualnya.

Grilled With Love Katanya, Sedap Sungguh Kambing Perap The Lamb Grillerz, Skudai, Johor

Kalau uols yang duduk area Johor Bahru nak try juga kambing perap dari The Lamb Grillerz ni, boleh belek FB & IG diorang ekk. Ayam perap pun diorang ada!

RM55 - 1 kg (3 - 4 orang makan)
RM35 - 0.5 kg (1 - 2 orang makan)

Instagram: @thelambgrillerz

16 comments:

  1. Saya pun pernah dengar kalau bakar kambing lama, nanti dagingnya liat. Tak tahulah betul atau tidak. Bapa mentua selalu pesan, jangan panggang lama-lama, tapi saya tak puas hati kalau bakar sekejap saja.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu lah..kambing dan daging, dua-dua macam tu..ayam pun sama..kalau terlalu kering nanti dah tak juicy ayamnya...

      Delete
  2. Kalau tengok yang dalam dulang tu, banyak jugak la daging nya dalam 1 paket. ada lagi dalam paket tu kan? kira ok la harga tu.puas hati makan.

    ReplyDelete
  3. memang nampak sedap
    Sampai telan air lior nenguknya.

    ReplyDelete
  4. sekarang ni senang nak dapatkan kambing perap, dah tak perlu beli bahan untuk perap, jimat kat situ

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu kak..kalo kita beli dari scratch, agak mahal jugak tu dan bukan guna semua bahannya nanti kan..

      Delete
  5. sekarang nak makan kambing anytime je bila dah ada jual pek macam ni. mujur kita tak makan daging kambing. kalau tak, terliur dah tengok ni. hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. serius lahh..aduhhhh, satu kerugian nikmat dunia..tiberrrrr

      Delete
  6. Mudah sekarang.Beli kemudian tinggal grilled je kat rumah..bagusnya macam ni PC suka sebab bila ada tetamu datang boleh jadikan lauk tambahan.

    ReplyDelete
  7. telan aek lior jak ku nangga tok eh... Nyamannyaaaa...

    ReplyDelete
  8. nyaman lalu upa. telan liur je diat.
    mun daging mkin lama diperap makin lembu isinya
    tapi siktau lah mun kambing.

    ReplyDelete
  9. Ehh macam sama hari jee kita bakar kambing... tapi kambing aku farmgrill punya hehehehe...

    https://www.sislin76.com/2020/11/kambing-perap-farmgrill-sekali-cuba.html

    ReplyDelete
  10. Alahai..fav akak tu ha...sedpanya....

    ReplyDelete
  11. Telan air liur baca entry ni. Sedapnya kambing panggang

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com