Shimmy Pergi MediCat+ USS Veterinary Clinic Taman Teratai

Shimmy Pergi MediCat+ USS Veterinary Clinic Taman Teratai | Dah lama sangat Shimmy sakit. Selsemanya makin teruk dari hari ke hari. Badannya makin kurus. Selera makan tak kurang, tapi Shimmy susah nak makan sebab rahangnya yang dah beralih lepas satu kejadian dia tak balik rumah beberapa hari. Tetiba muncul depan pintu dengan rahang yang dah kering darahnya. Disebabkan dah terlambat, vet tak boleh nak betulkan semula rahangnya tu. Kalau baru je terjadi, kita terus bawak gi vet, haa kebarangkalian untuk betulkan semula tu lebih besar.

Shimmy Pergi MediCat+ USS Veterinary Clinic Taman Teratai

Dah lah selsema, lepas tu nak makan susah, nak hidu makanan pun lagi la payah sebab hidung tersumbat. Kadang-kadang bersin sampai terpercik hingus dia merata-rata. Sebab dah kesian sangat tengok keadaan dia, kami bawak jugak dia pergi vet semalam. Klinik dekat belakang Maslee Express Taman Teratai, MediCat+ USS Veterinary Clinic namanya.

Shimmy Pergi MediCat+ USS Veterinary Clinic Taman Teratai

Shimmy Pergi MediCat+ USS Veterinary Clinic Taman Teratai

Shimmy Pergi MediCat+ USS Veterinary Clinic Taman Teratai

Daftar nama kejap, lepas tu tunggu vet panggil. Memberontak jugak dia dalam carrier, nak keluar. Sampai bersepah bulu dia. Kucing lain dalam vet tu tak hairan pulak dengan kewujudan dia. Pelik. Kenapa ek kucing vet baik-baik? Takde nak marah kucing lain yang datang vet tu. Kalau kucing kita kat rumah, kemain mengamuk bila ada kucing lain datang rumah. Sampai terkincit terberak bergaduh. Tapi kucing kat semua vet yang ciksun pernah pergi, takde pun nak buat perangai gitu 😅

Shimmy Pergi MediCat+ USS Veterinary Clinic Taman Teratai

Dalam 15 minit kemudian, baru boleh masuk bilik rawatan. Vet tu keluarkan Shimmy dari cage dan check paru-paru dia guna stetoskop. Vet tanya gak sejak bila dia selsema. Aduh, memang lama sangat sebenarnya. Vet cakap Shimmy kena neb sebab paru-paru dia da ada kahak. Then dia check jugak rahang Shimmy bila ciksun cakap dia susah nak makan sampai jadi kurus.

Terus vet tu try bagi dia makanan, amboii kemain lajuuu je dia makan wet food. Tapi bila bagi kibbles haa dia da senget-sengetkan kepala sebab susah nak gigit. But vet cakap jangan risau, sebab kucing akan adapt dengan keadaan dia. Cuma makanan dia kena bagi kibbles bentuk kecik. Jangan bagi yang saiz besar sebab susah dia nak gigit. Then time tengah sakit ni kena gaulkan dengan wet food sekali supaya dia cukup zat. Baiklah doktor!

Shimmy Pergi MediCat+ USS Veterinary Clinic Taman Teratai

Mudah-mudahan Shimmy cepat sembuh! Total hangus semalam RM100 + kibbles RC Growth RM30.

Next week kena bawak dia pergi vet lagi untuk followup.

10 comments:

  1. Semoga cepat sembuh, Shimmy.. Cik Sun belikan dia wet food brand Cici kat Pet Outlet, dekat situ2 jugak, anak2 bulus akk suka brand cici tu

    ReplyDelete
  2. Alolooo...comel Shimmy sakit ye. Moga cepat sembuh.

    ReplyDelete
  3. Shimmy, sihat ya nak. Makan. Moga Allah lancarkan rezeki SS.

    ReplyDelete
  4. alolooo tedah shimmy. smoga nya cepat sembuh deng

    ReplyDelete
  5. Alahai ciannn Shimmy...
    kucinh aku belum lagi makan wet food.. lagipun aku tak suka baunya, bacinnn

    ReplyDelete
  6. pelik juga tu. kucing ni kalau jumpa kucing lain memang dia agak bergaduh. Baik baik eh kucing kat vet tu.

    Sian shimmy, cepat sembuh ye shimmy.

    ReplyDelete
  7. Alahai nampak muka dia sakit tu...kesian dia...

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com