Snorkeling di Kepulauan Mersing, Johor Sampai Kaki Terkena Landak Laut

Snorkeling di Kepulauan Mersing, Johor Sampai Kaki Terkena Landak Laut | Haha! Diri sendiri pun boleh gelak baca tajuk. Macam mana la ciksun ni snorkeling sampai kena landak laut ek? Adeii. Tu larr kisah sebenar yang berlaku masa pergi pulau hari Khamis cuti Maulidur Rasul yang lepas.

Kena Landak Laut Masa Snorkeling di Pulau Tengah, Mersing, Johor

Ciksun dengan housemates dan rerakan dah plan dalam tiga minggu awal nak gi pulau ni. Kitorang ambil pakej under Jom Ronda Pulau by Chekgu Murni. Dari JB, kitorang gerak dalam pukul 5 pagi, benti solat Subuh dekat Petronas Kota Tinggi Bypass. Sampai area Jeti Mersing dalam pukul 7.30 pagi.

Kat area Jeti Mersing tu ada arked kedai makan dan kedai pakaian pantai. Bebudak ni shopping topi kejap dekat kedai pakaian tu sebab ada yang terlupa nak bawak. Topi tu nak pakai masa turun pulau nanti in case cuaca sangat panas. Lepas shopping, kitorang breakfast kejap sementara tunggu nak naik bot.

Kena Landak Laut Masa Snorkeling di Pulau Tengah, Mersing, Johor

Kena Landak Laut Masa Snorkeling di Pulau Tengah, Mersing, Johor

Pukul 8 macam tu, Chekgu Murni brief tentang trip kami. Ada dua bot dalam trip ni. Bot kitorang aje dah dalam 15 orang kalau tak silap. Then lepas briefing, kitorang menapak ke Jeti Mersing sebelah arked tu. Macam biasa, kena lah scan suhu dan check in MySejahtera sebelum masuk ke jeti.

Kena Landak Laut Masa Snorkeling di Pulau Tengah, Mersing, Johor

Kena Landak Laut Masa Snorkeling di Pulau Tengah, Mersing, Johor

Kena Landak Laut Masa Snorkeling di Pulau Tengah, Mersing, Johor

Kena Landak Laut Masa Snorkeling di Pulau Tengah, Mersing, Johor

Kena Landak Laut Masa Snorkeling di Pulau Tengah, Mersing, Johor

Rupanya dari sini boleh ke Tioman juga. Lepas ni boleh lah plan nak ke sana pulak kan! Haha. Sekejap je kitorang menunggu, dah boleh masuk bot. Dalam bot, ada life jacket untuk semua orang. Tapi saiz dia average aje, untuk budak dan untuk dewasa. Kalau berbadan besar, kemungkinan uols tak akan ada life jacket sebab Kak Ila hari tu tak dapat life jacket pun. Nasib baik lah beliau pandai berenang. Snorkeling pun tak pakai life jacket, nkoo ada!? Jeles! Haha!

Kena Landak Laut Masa Snorkeling di Pulau Tengah, Mersing, Johor

Sightseeing @ Pulau Harimau

First stop kitorang adalah Pulau Harimau. Untuk pulau ni, kitorang tak turun pun, just sightseeing aje dan ambil gambar. Dikatakan pulau ni kalau tengok dari aerial view, kelihatan seakan-akan harimau yang sedang tidur. Boleh google ye kalau tak percaya. Tapi ada juga yang cakap, dari pulau ni, kalau uols tengok jalur air laut, nampak berbelang seperti belang harimau. Pulau ni masih terpelihara keindahan dan kebersihannya sebab tak ramai yang datang buat onar kat sini. Kalau snorkeling mesti cantik ni, tapi bila tengok harga kat blog orang, patut lah kami tak turun kat sini. Haha. Next time boleh plan ke sini saje!

Kena Landak Laut Masa Snorkeling di Pulau Tengah, Mersing, Johor

Kena Landak Laut Masa Snorkeling di Pulau Tengah, Mersing, Johor

Kena Landak Laut Masa Snorkeling di Pulau Tengah, Mersing, Johor

Kena Landak Laut Masa Snorkeling di Pulau Tengah, Mersing, Johor

Snorkeling @ Pulau Hujung

Dari Pulau Harimau, kitorang lalu Pulau Rawa untuk ke Pulau Hujung (sepatutnya ke Pulau Tengah, tapi sebab kapal Sultan Johor tengah berlayar kat situ, kitorang beredar ke Pulau Hujung). Haaa kat sini lah kitorang start snorkeling! Majoriti housemates dan rerakanku snorkeling buat kali pertama, jadi dalam setengah jam pertama tu ciksun banyak jadi tenaga pengajar aje macam mana caranya nak menikmati keindahan Taman Laut Mersing ni (tolak seploh minit nak terbalikkan seketul Ayen yang terlentang 🤣).

Kena Landak Laut Masa Snorkeling di Pulau Tengah, Mersing, Johor

Kena Landak Laut Masa Snorkeling di Pulau Tengah, Mersing, Johor

Kena Landak Laut Masa Snorkeling di Pulau Tengah, Mersing, Johor

Kena Landak Laut Masa Snorkeling di Pulau Tengah, Mersing, Johor

Kalau ada rezeki snorkeling ke sini, uols sure boleh nampak kelibat ikan Nemo di celahan rumpai laut. Alhamdulillah, walaupun sekejap aje ciksun menyelam muka masa tu, ciksun sempat nampak ikan Nemo tu sebelum bebudak ni ajak pergi tempat lain pulak. Ciksun ingat lagi, bila nampak Nemo tu, ciksun terus naikkan muka ke permukaan air and jerit "saya nampak Nemo!" Tapi malangnya jeritan manusia lain yang tengah berusaha menyelam dan berenang terkapai-kapai lebih bingit. Haha!

Bila dah penat, ciksun naik semula ke atas bot sementara budak-budak lain masih lagi memburu Nemo. Masa ni lah, dengar Chekgu Murni dan rakan-rakan cakap kapal sultan dah berlalu pergi. Wahh, dah boleh pergi Pulau Tengah! Tapi sebelum snorkeling, kitorang turun dulu ke pantai Pulau Tengah untuk ambil gambar.

Photoshoot & Snorkeling @ Pulau Tengah

Kena Landak Laut Masa Snorkeling di Pulau Tengah, Mersing, Johor

Kena Landak Laut Masa Snorkeling di Pulau Tengah, Mersing, Johor

Kena Landak Laut Masa Snorkeling di Pulau Tengah, Mersing, Johor

Kena Landak Laut Masa Snorkeling di Pulau Tengah, Mersing, Johor

Masya Allah, cantik sangat pemandangan kat sini sebab kebersihan pantai dan kecantikan warna air laut yang masih terpelihara. Ambil gambar sekejap je, lepas tu naik bot balik untuk pergi snorkeling pulak. Masa nak turun dari bot, team Chekgu Murni dah sebut dah air laut dah mula cetek kat sini dan ada landak laut. Tapi kami ni mana lah tahu kan, apa maksud semua tu? Maksudnya best ke kalau ada? Jeng jeng jeng.

Kat sini, coral dia bagi ciksun tak berapa cantik sangat. Mungkin sebab kawasan air yang cetek menyebabkan orang snorkeling dah tersentuh coralnya, jadi beberapa tempat, coralnya nampak gondol gitu. Kitorang siap bagi ikan makan dalam laut tu dengan biskut sebab nak ambil video guna dome gopro kak Ajan. Habis kena gigit ikan, jari masing-masing 😂

Kena Landak Laut Masa Snorkeling di Pulau Tengah, Mersing, Johor

Bila dah penat, rasa nak balik bot segera. Berenang sambil menyelam lah ciksun dengan Ibah ke arah bot. Hmmm penat tau menguak tanpa bergerak. Hahaha! Ye lah, ciksun mana pandai berenang. Hanya bergantung kepada life jacket aje yeee. Masa menyelamkan muka tu, nampak la beberapa longgok landak laut dekat celah-celah coral. Terkejut ciksun. Mak ai, dekat betul!?

"Jom Ibah, kita ke sebelah sana. Sini dah cetek ni."

Ye, dah aware dah. Sebab baca dalam blog mana ntah, "hati-hati dengan landak laut semasa snorkeling."

Tapi tak tahu apa bahaya landak laut ni sebenarnya?

Sampai la akhirnya sesuatu menusuk tajam ke sisi ibu jari kaki kanan ciksun masa tengah berusaha balik ke bot.

"Aduh!!"

Ciksun memang dah tak check dah kaki masa tu. Takde nak check apa benda dalam laut dan secetek mana kawasan ciksun berenang tu. Ciksun dah boleh agak, dah kena landak laut dah ni. Cepat-cepat ciksun menguak air nak balik bot. Bisa kat kaki masih terasa menyucuk-nyucuk. Tapi kenapa bot ni makin lama makin jauh? Dah puas ciksun berenang woi!

"Kak Ajan!"

Ciksun panggil kak Ajan kat atas bot. Dia segera bangun. Ciksun minta tolong dia lemparkan pelampung sebab ciksun dah tak larat nak berenang. Ciksun dah panik dan takut. Kalo tadi ciksun boleh kibas-kibas lagi kaki dalam air, lepas kena landak laut tu ciksun tak berani nak hulur kaki dah. Agaknya kalo nampak dari darat, seolah-olah ciksun mencangkung sambil kibas kaki. Hahahahahhahahahah!

Tapi malangnya ciksun jauh sangat dari bot, kalo diorang lempar pun tak akan sampai. Bebudak rumah lain pulak dah gerak ke depan tinggalkan ciksun. Huhu. Alhamdulillah mujur ada peserta trip yang lain tengah gerak balik bot jugak dan lalu tepi ciksun. Terus ciksun minta tolong dia. Dia ajar ciksun menelentang ke atas sambil kuak air supaya senang dia tolak ke bot. Fuhh, sampai juga dan berjaya naik bot. Ciksun ucap terima kasih kat dia.

Kat atas bot, ciksun bukak kasut. Ada dua duri landak laut tercucuk kat sisi dalam kaki kanan. Nak tunjuk gambar, aurat pulak. So bayangkan je lah. Satu duri tu sebelah ibu jari kaki, dah membiru dan sedikit berdarah. Satu lagi sebelah bawah tapi tak rasa apa-apa dan tak berdarah. Driver bot tu nampak ciksun tengah belek kaki dan tanya kenapa. Bila gitau kena landak laut, dia terus suruh tunggu kejap ek. Ciksun dah lega, mungkin ada ubat ni.

Tapi, aik, dia datang balik bawak batang udara goggle untuk kita snorkeling tu. Bila tanya dia nak buat apa, dia jawab nak kena sebat kaki ni. Erk, serius lah nkoo ni? Ke bergurau aje? Rupanya memang betul, kalau kita terkena landak laut, kaki yang tercucuk duri tu kena dipukul-pukul sampai keluar darah untuk lunakkan duri yang masuk ke dalam daging. Kalau boleh, biar sampai duri keluar lagi bagus. 

Uols, jujur cakap ek, masa dia pukul tu ciksun rasa sakit gilaaa sampai menangis kat situ, dua bot tengok terseksanya ciksun. Jangan tak tau, tangan Ibah dengan tangan driver bot tu habis kena cengkam sebab tahan sakit kena pukul tempat yang tertusuk duri tu. Tujuan nak lunakkan duri tu supaya ia tak mengeras dan membentuk nanah kat bawah kulit. Rupanya bahaya jugak landak laut ni ye!

Disebabkan ciksun dah nangis macam apa, dia berhenti pukul dan belek kaki ciksun. Macam dah ok sebab dah hilang biru, dan memang tak lama lepas tu bisa tu da hilang sikit demi sikit. Cuma kadang-kadang aje ada rasa sakit datang bila terhimpit kasut. Hmmm, tu lah pengalaman ciksun kena landak laut masa snorkeling kat Pulau Tengah, Mersing, Johor. Haha!

Ape panjang sangat cerita ni?

Lunch @ Pulau Besar

Takpe tinggal sikit lagi niiii. Dari Pulau Tengah, kitorang pergi Pulau Babi Besar untuk makan tengahari. Aktiviti snorkeling dah habis dah. Trip Jom Ronda Pulau by Chekgu Murni ni termasuk dengan lunch ya. Makan tengahari simple aje nasi putih, ayam goreng, cendawan goreng, ulam bayam brazil dengan sambal belacan.

Kena Landak Laut Masa Snorkeling di Pulau Tengah, Mersing, Johor

Kena Landak Laut Masa Snorkeling di Pulau Tengah, Mersing, Johor

Kena Landak Laut Masa Snorkeling di Pulau Tengah, Mersing, Johor

Kena Landak Laut Masa Snorkeling di Pulau Tengah, Mersing, Johor

Lepas makan, kitorang ambil gambar sekitar Pulau Besar tu. Masa ni nampak dah awan mendung kat horizon tanda-tanda bakal hujan lebat. Memang gelap sungguh langit. Sampai ke Jeti Pulau Besar tu untuk naik bot balik ke Jeti Mersing, hujan pun turun dengan lebatnya. Angin kencang (sampai terbang masuk laut topi ciksun) dan laut bergelora macam kata-kata pemberita dalam TV. Terpaksa tunggu sampai hujan reda kejap. Dalam pukul 2 lebih baru kitorang boleh naik bot.

Kena Landak Laut Masa Snorkeling di Pulau Tengah, Mersing, Johor

Kena Landak Laut Masa Snorkeling di Pulau Tengah, Mersing, Johor

Disebabkan air laut dah cetek, Tok Man gagah perkasa kat Pulau Besar tu tolong kitorang setiap sorang untuk masuk ke dalam bot. Terima kasih Tok Man, jasamu dikenang! Balik ke Jeti Mersing, air laut berombak kuat dan ada lagi adegan jatuh terjelepok kat dalam bot tu sebelum sampai ke jeti. Hahahahah! Macam-macam lerrr. Terhibur ciksun hari tu walaupun kena landak laut.

Terima kasih team Chekgu Murni! Insya'Allah one day akan repeat lagi. Kalau uols berminat nak pergi snorkeling dan island hopping kat Mersing, boleh lah ambil trip Chekgu Murni ni ya!

Kena Landak Laut Masa Snorkeling di Pulau Tengah, Mersing, Johor


Pakej Pulau Balik Hari
💘 Day Trip 3 Pulau 
( 9.00 am - 2.00 pm )
🤿 Pulau Hujung
🤿 Pulau Tengah
🤿 Pulau Besar
✔Pack Lunch
✔Snorkeling Equipment
✔ Guide
✔ Cold Drinks & Snacks
✔️ Speed Boat Transfer
💰RM130/pax Dewasa
💰 RM65/pax 10-5 Tahun
🔐Deposit Lock RM50/per pax no ❌ refund

Whatsapp:

16 comments:

  1. pemandangan tu cantik sangat, best bila pergi dengan kawan2...
    tapi duri landak laut tu mmg bahaya dik oi, ada terterngok kt rancangan law of the jungle tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan kan kan..seronok dapat spend time dengan diorang..dah lama teringin nak gi island hopping ngan diorang haa...

      tu lerr, bahaya rupanya ekkk..haha

      Delete
  2. masa kursus retreat dulu, dapatlah kami keliling pulau2 ni, memang cantik lautnya tak jauh beza dengan pulau yg kita pernah pergi tu, agaknya sebab pulau jauh dari hiruk pikuk manusia

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan kak..sebab pulau2 kat Johor ni orang tak popularkan sangat..masih terpelihara lagi..orang duk sebut perhentian, tioman, redang pangkor aje..

      Delete
  3. Adoo seram pulak baca pasal landak laut tu. Berangan bebenor nak pegi pulau. banyak² pulau di Malaysia, labuan ja penah sampai. sedih tak sedih. Haha

    ReplyDelete
  4. Jelesnya tengok cik sun snorkeling. Tapi kesian kena gigit landak laut. Boleh bayangkan sakitnya sebab kulit kaki kan nipis. Thanks sharing. Mana tau kalau sesat ke Mersing boleh try trip Cikgu Murni ni. In the mean time duduk diam2 kat rumah tunggu habis pkp. Huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. yee...tunggu semua reda dulu...kadang2 cikgu murni ambil juga yang walk in kalau ada kekosongan...in case nanti tengah jenjalan kat mersing tetiba teringat, last minute nak join haa boleh aje contact dia tau

      Delete
  5. Patut tajuk ko, 'Kaki Terkena Landa Laut bla bla bla.....'
    Tak sangka Kak Ila pandai berenang yaaa..jelesnyaa i... kalau housemate ko vaca mereka mesti rasa bersalah ek sebab tak selamatkan ko ...apa-apa pun, 'tak hajakkkkk'

    ReplyDelete
    Replies
    1. Baca.. Tak rasa bersalah pun... Sebab diri sendiri pun dok over nak terlangkup daripada terlentang... Memang tak mampu nak selamatkan.. Huahuahua

      Delete
    2. hahahah sukahati lahhh nak letak tajuk ape!!!

      nanti la wei taun depan..ni da monsun ni...

      Delete
  6. wah bestnya!!! Next trip boleh plan ke sini.. tapi landak laut tu memang seram!!!

    ReplyDelete
  7. Sebab sea urchin memang ada bisa, tak pasal2 ciksun kena sebat ye hehehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la pasal..lepas kena baru baca pasal dia..hahahahah

      Delete
  8. Gambar semua cantik2...mesti sakit giler terkena duri landak laut tu..ada bisa tau..

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com