Resepi Quesadillas Ayam KFC - Sedap Sangat!

Resepi Quesadillas Ayam KFC - Sedap Sangat! | Disebabkan dalam dua minggu lepas ada permintaan quesadillas dari housemate, ciksun dah standby dah nak membuatnya dengan isi ayam. Tapi lama jugak tertangguh nak buat tu sebab tak semua ada kat rumah, and kesuntukan masa juga.

Resepi Quesadillas Ayam KFC - Sedap Sangat!

Hujung minggu lepas, nampak ada lebihan ayam KFC dalam peti ais, ciksun terus start operasi. Buat Quesadillas guna lebihan ayam KFC aje alang-alang dah ada kan. Tinggal potong kecik-kecik dan gaul dalam sos dia nanti. Ciksun guna puri tomato Ayam Brand aje. Pun sedap jugak!

Jemput tengok resepinya.

Resepi Quesadillas Ayam KFC - Sedap Sangat!

Quesadillas Ayam KFC

Bahan-bahan:
Ayam KFC bahagian dada (dihiris kecil)
1 tin kecil puri tomato Ayam Brand
1/2 biji bawang besar (dipotong dadu)
1 biji tomato (dipotong dadu)
Sedikit nenas potong dalam tin (dipotong kecil)
Sedikit daun ketumbar
Sedikit serbuk lada hitam
Tortilla wrap
Minyak

Resepi Quesadillas Ayam KFC - Sedap Sangat!

Resepi Quesadillas Ayam KFC - Sedap Sangat!

Cara-cara membuatnya:
Inti Quesadillas
  1. Panaskan minyak, tumis bawang besar hingga naik bau.
  2. Masukkan puri tomato, letak air sedikit dalam tin puri tomato tu dan goncangkan untuk dapatkan sisa-sisa puri yang melekat dalam tin. Tuang ke dalam kuali. Gaul dan biar air kering sedikit.
  3. Masukkan tomato, nenas, daun ketumbar dan serbuk lada hitam. Gaul lagi sampai rata. Rasa, jika ok boleh tutup api. Kalau nak tambah gula dan garam, ikut citarasa masing-masing.
Quesadillas Ayam KFC
  1. Panaskan kuali leper dengan api kecil atau sederhana.
  2. Letak satu tortilla wrap dan ratakan inti di atasnya. Kemudian tutup lagi dengan satu tortilla wrap, tekan-tekan sedikit. Untuk membalikkan quesadillas, telangkupkan pinggan ke dalam kuali, kemudian balikkan kuali. Masukkan semula quesadillas ke dalam kuali dengan bahagian atas tadi dah bertukar ke bahagian bawah. Biar sekejap sebelum diangkat. Kalau suka, lainkali tambah cheese pun sedap juga.
  3. Selamat mencuba.

23 comments:

  1. Lain dengan resepi quesadilla akak . Akak biasanya tak letak tomato puri. Letak Cheese sebab suka tarik2 nya tu. Letak cajun sikit

    Kalau pergi kedai nampak tortilla wrap gardinier tu mesti buat quesadilla, Budak2 suka sangat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. yang ni buat banyak kali pun resepi dia akan jadi lain2..hahahah..sebab ikut kita nak buat dia...first time dulu pun ada letak cheese juga..hihi..kali ni stok cheese takde, so buat apa ade je haa..

      Delete
  2. Wowww bila plak nak buatkan untuk aku haaa... terliurrr..

    ReplyDelete
    Replies
    1. jom ahhh...tunggu dua minggu kuarantin dulu..haha

      Delete
  3. Aduh. Rasa nak juga dibutkan ciksun kalau gini.

    ReplyDelete
  4. oh, tips letak pinggan tu terbaik la.. hihi

    ReplyDelete
  5. sesuai utk sarapan anak2 ammi ni..tq share resepi sunah.

    ReplyDelete
  6. nampak simple dan senang untuk disediakan. terbaiklah :) ♕Tiara Sapphire♕

    ReplyDelete
  7. Tengok pun dah terliur. Tapi tula rumah ni kalau dapat kfc tak sempat jadi leftover. Sekejap je habis

    ReplyDelete
  8. Berbelit lidah nak menyebutnya pun. hihi..tak pernah makan quesadillas ni. Bolehlah cuba. letak ayam kfc mesti rasa dia lagi sedap.

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh dengar khairulaming sebut..hahahhaha "kek saadiah"

      Delete
  9. Boleh tahan menggoda jugak menu ni sis sun

    ReplyDelete
  10. menarik juga resepi ni. nampak simple. boleh la cuba. nama resepi susah juga nak menyebutnya. macam nama orang pon ada.

    ReplyDelete
  11. Eh..eh...menarik la .nanti nak cuba la buat tortilla tu..bleh bawak bekal pi kerja kan...

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com