Makan Bonanza Sushi King November 2020

Makan Bonanza Sushi King November 2020 | Hari ni last Bonanza Sushi King untuk phase pertama. Hari Selasa lepas, ciksun dah pergi makan dengan housemate ciksun, kak Ajan. Sepatutnya makan bertiga, tapi kawan ciksun terpaksa cancelled last minute. Maka, berdua aje lah ciksun dengan kak Ajan.

Pergi waktu tengahari, tapi sebab masih dalam PKPP dan keadaan berjaga-jaga dengan pematuhan SOP, pelanggan tak ramai macam dulu-dulu. Yang berbaris pun berapa ketul aje. Kalau dulu, perghh kemain panjang sampai ke luar AEON. Haha. Ok, pernah ke?

Masa ciksun sampai pun, kejap aje ciksun tunggu turn sebab takde orang lain depan ciksun. Masuk dalam, terus dapat duduk kat meja sebelah sushi belt. Ingatkan dia bagi duduk kat bahagian kerusi yang ngadap belt macam bar tu pasal kitorang dua orang je, rupanya tak. Mungkin sebab nak jaga distance jugak kot sebab situ tempat orang lalu lalang.

Makan Bonanza Sushi King November 2020

Ciksun takde la amek gambar makanan ciksun pun, pelik kenapa tak amek ek? Sebab tak expect nak masuk dalam blog kot. Just snap-snap suasana sekeliling belt tu nak simpan tengok kemudian aje. Sebab cantik pulak pinggan sushi tersusun banyak-banyak. Haha.

Kalau tak silap, hari tu ciksun ambik Edamame, Melon Hanjuku Cheese Cake, Yakiniku Gunkan dengan Cottage Cheese. Kak Ajan pulak ambik Mentaiko Smoked Duck (yang sedap gilerrr), Edamame, Hanjuku Cheese Cake, Unagi Slice Nigiri dengan Salmon Skin Piri Piri. Tu yang ada atas belt.

Makan Bonanza Sushi King November 2020

Makan Bonanza Sushi King November 2020

Makan Bonanza Sushi King November 2020

Disebabkan Aburi Salmon Mentaiko Roll takde kat atas kaiten, ciksun order dengan waitress dia dua pinggan. Kahhh! Kak Ajan pulak order sepinggan Inari. Yeehaaa! Puas hati dapat makan menu kegemaran masing-masing! Lepas tu bila dah ready nak balik, diorang keluarkan pulak Inari Boat 😭

Makan Bonanza Sushi King November 2020

Ciksun tak perasan ada dalam menu bonanza. Kalau tak, boleh order sekali tadi. Ni perut dah terlampau kenyang, tak boleh nak masuk dah. Huhu. Mampu tengok aje dan ambil gambar untuk tunjuk bukti kat uols, ciksun tak sempat makan. Hahahah!

Ok lah, ade ke yang pergi makan sushi hari ni?

16 comments:

  1. Bestnye ada geng makan sushi. Suami kita xminat. Jdi kita pon lama tak makan huwaaaaaa..

    ReplyDelete
  2. mkn sushi time bonanza jimat la skit sbb smua rm3++

    ReplyDelete
  3. perut kenyang bole je tapaw cik su ye., hehehe

    ReplyDelete
  4. sedapnya sushi.. ada promo ni lafi la best

    ReplyDelete
  5. Kami hari tu teringin sushi, so terjah ke Sushi King Setia Alam.

    ReplyDelete
  6. Sesekali dapat makan sushi dengan peminat sushi syok juga ni.

    ReplyDelete
  7. Akak kureng skit bab sushi ni..tp adakala layan gak la

    ReplyDelete
  8. Akak x berapa sangat ngan sushi tp boleh la sesekali makan melayan dania

    ReplyDelete
  9. Jimat makan masa bonanza ni.. sesekali makan sushi banyak2 ni best gak!!

    ReplyDelete
  10. Tak pernah masuk sushi king. Makan apetah lagi. huhu..bonanza tu kira lagi berbaloi lah kan. siap ada by fasa lagi tu.

    ReplyDelete
  11. kalau ada cawangannya di KB pasti abe kie gi makan gak di sini...

    ReplyDelete
  12. saya pun penggila sushi king! bonanza bulan ni tak pergi pulak :/
    kena tunggu next bonanza lah gamaknyee

    ReplyDelete
  13. Lamanya tak sushi date ngan kawan2. Tunggu habis pkp. Masing2 tak nak keluar takut covid

    ReplyDelete
  14. Tak pernah ke Sushi King..noob kan 😣

    ReplyDelete
  15. Tak dapatlah nak makan shushi lepas ni... ermmmm kena tunggu bulan 12 laaa...

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com