Ticker

6/recent/ticker-posts

Menginap 2 Hari 1 Malam di Holiday Inn, Johor Bahru City Centre

Menginap 2 Hari 1 Malam di Holiday Inn, Johor Bahru City Centre | Hujung minggu lepas, ciksun staycation lagi dengan housemate. Memula macam risau jugak kalo kepenatan lepas snorkeling dekat Mersing, tapi sebab tripnya separuh hari aje, alhamdulillah boleh lah rehat dan simpan tenaga sikit untuk short getaway ni. Dah janji lama dengan Ibah, tak kan nak cancel pulak kan?

Menginap 2 Hari 1 Malam di Holiday Inn, Johor Bahru City Centre

Ciksun check-in petang Jumaat dalam pukul 3 petang. Nak ke lobi hotel ni, kena masuk parking Komtar JBCC tu sampai tingkat 7, which is parking tanpa bumbung atas sekali. Tempat letak kereta dia kat atas ni, berdepan dengan main entrance HIJBCC. Nak masuk ke dalam hotel, kena check-in MySejahtera, check suhu dan sanitize tangan dulu.

Menginap 2 Hari 1 Malam di Holiday Inn, Johor Bahru City Centre

Then masuk dalam, terkedu kejap tetiba ada patung hijau ni. Haha! Dia sambut kedatangan para tetamu hotel tanpa jemu dan penat lelah, duduk gitu aje 🤣 Nak ke lobi, masuk lif dan naik ke tingkat 8. Ada beberapa orang juga tengah check-in sama.

Menginap 2 Hari 1 Malam di Holiday Inn, Johor Bahru City Centre

Menginap 2 Hari 1 Malam di Holiday Inn, Johor Bahru City Centre

Menginap 2 Hari 1 Malam di Holiday Inn, Johor Bahru City Centre

Dah siap check-in, receptionist dia, Abu, akan bagi hygiene kit berupa face mask, hand sanitizer dan alcohol wet wipe. Abu explain in detail tentang bilik, waktu operasi gym dan swimming pool, juga waktu dan tempat untuk breakfast. Thanks Abu for the complete information 🌸

Deluxe Room with Double Bed

Ciksun dapat bilik kat tingkat 29, Deluxe Room dengan dua katil single. Keluasan bilik 28 meter persegi, lengkap dengan TV, iron, hairdryer, minibar, peti ais, meja kerja, single seat sofa, peti keselamatan, wardrobe termasuk bathrobe.

Menginap 2 Hari 1 Malam di Holiday Inn, Johor Bahru City Centre

Menginap 2 Hari 1 Malam di Holiday Inn, Johor Bahru City Centre

Menginap 2 Hari 1 Malam di Holiday Inn, Johor Bahru City Centre

Menginap 2 Hari 1 Malam di Holiday Inn, Johor Bahru City Centre

Menginap 2 Hari 1 Malam di Holiday Inn, Johor Bahru City Centre

Menginap 2 Hari 1 Malam di Holiday Inn, Johor Bahru City Centre

Menginap 2 Hari 1 Malam di Holiday Inn, Johor Bahru City Centre

Menginap 2 Hari 1 Malam di Holiday Inn, Johor Bahru City Centre

Menariknya bantal dia ada dua jenis, soft dan firm. Bagus sangat untuk orang yang ada citarasa bantal yang berbeza. TV pun best sebab ada Astro. View bilik ciksun lak masa tu ngadap bandar JB dan nampak segala bangunan pencakar langit sekitar HIJBCC ni. Kalau malam, memang meriah lampu-lampu, tambahan pulak tingkap bilik ngadap betul-betul Menara JLand tu.

Menginap 2 Hari 1 Malam di Holiday Inn, Johor Bahru City Centre

Dalam bilik air pulak lengkap dengan toiletries dan shower. Separuh dinding shower room dia  lutsinar, boleh nampak katil kat luar. Jadi kalau datang bawak anak-anak takde la risau sangat sebab boleh tengok dari dalam bilik air, diorang tengah buat apa. Tapi kalau datang dengan kawan-kawan, nak tengok apa? Haha!

Menginap 2 Hari 1 Malam di Holiday Inn, Johor Bahru City Centre

Menginap 2 Hari 1 Malam di Holiday Inn, Johor Bahru City Centre

Menginap 2 Hari 1 Malam di Holiday Inn, Johor Bahru City Centre

Jangan risau, dia ada curtain untuk tutup dinding lutsinar tu. Memula curtain kitorang tu siap tersangkut lagi tak boleh turun. Berlakulah adegan "jangan masuk bilik air tau!" 😆 sekejap sebelum ciksun call receptionist untuk tengokkan. Alhamdulillah, mujur technician dia boleh betulkan haaa. Pantas dan expert! Tak payah ciksun tukar bilik. Hihi.

Pool & Gym

Kitorang memanfaatkan masa yang ada kat sini sebaiknya dengan pergi gym dan pool keesokkan paginya. Pool dan gym HIJBCC ni terletak di tingkat 32. Pool bukak dari pukul 7 pagi sampai 10 malam manakala gym dia 24 hours nkoo! Syok gilerr bebila masa boleh pergi gym kat sini. Tak payah risau kalau tetiba tengah malam menyesal makan banyak masa dinner. Boleh terus pergi gym untuk bakar segala lemak yang terbentuk sepanjang waktu penyesalan tadi. Haha.

Menginap 2 Hari 1 Malam di Holiday Inn, Johor Bahru City Centre

Menginap 2 Hari 1 Malam di Holiday Inn, Johor Bahru City Centre

Menginap 2 Hari 1 Malam di Holiday Inn, Johor Bahru City Centre

Pool dia pulak siap ada jakuzi dengan water jet spa start button yang kita boleh press sendiri. Memang itu lah benda paling best dekat HIJBCC ni. Ciksun kan tak reti swimming, bila ada jakuzzi boleh la duduk-duduk aje dalam tu sambil menikmati urutan air, gitchewwww. Kitorang pergi pool pagi-pagi so orang tak ramai sangat. Bila jam dah nak dekat pukul 10 pagi macam tu, orang mula ramai.

Menginap 2 Hari 1 Malam di Holiday Inn, Johor Bahru City Centre

Menginap 2 Hari 1 Malam di Holiday Inn, Johor Bahru City Centre

Menginap 2 Hari 1 Malam di Holiday Inn, Johor Bahru City Centre

Untuk pool and gym ni, takde orang jaga ya. Takde lifeguard, takde gym guard tapi hanya hotel guest aje yang boleh pakai dua-dua ni sebab kena ada access card untuk naik ke tingkat ni. Uols kena lah berdikari sendiri asalkan jaga SOP. Towel dan air disediakan untuk guest yang masuk ke dalam gym, manakala untuk pool, ada towel hijau putih disediakan. Bilik air pun ada kat tingkat atas ni, jangan lerr nkoo pergi masuk lif basah-basah, ada kena blacklist kang! 😝

Breakfast di Dine @ EIGHT

Kat HIJBCC ni, restoran dia level lobi tingkat 8. Dinner, Hi-Tea, Breakfast semua kat sini, sama ada dekat The Lobby Lounge atau Dine @ Eight. Pagi Sabtu tu, lepas jalan and lari 1 km jerrrr atas treadmill, kitorang breakfast dekat Dine @ EIGHT. Suka sebab ada macam-macam menu kat sini sama ada menu tempatan mahupun menu antrabangsa.

Menginap 2 Hari 1 Malam di Holiday Inn, Johor Bahru City Centre

Menginap 2 Hari 1 Malam di Holiday Inn, Johor Bahru City Centre

Menginap 2 Hari 1 Malam di Holiday Inn, Johor Bahru City Centre

Menginap 2 Hari 1 Malam di Holiday Inn, Johor Bahru City Centre

Ada English Breakfast, Roti Canai, Nasi Lemak dengan Rendang Daging dan Kari Ayam, Mee Goreng, Nasi Goreng, Bubur Nasi, Salad, Keju dengan Kekacang, Buah-buahan potong, Yogurt, Mee Sup juga Bihun Sup. Bahagian minuman pun ada macam-macam, kopi, teh, dan aneka jus buah-buahan dalam botol. Ciksun start dengan English Breakfast, then ambil Nasi Lemak. Sedapppp, recommended! Siap ada Sambal Udang Petai tau, tapi malangnya ciksun tak minat kalau ada petai dalam tu. Huhu.

Menginap 2 Hari 1 Malam di Holiday Inn, Johor Bahru City Centre

Menginap 2 Hari 1 Malam di Holiday Inn, Johor Bahru City Centre

Menginap 2 Hari 1 Malam di Holiday Inn, Johor Bahru City Centre

Menginap 2 Hari 1 Malam di Holiday Inn, Johor Bahru City Centre

Selain tu, ada jugak live station untuk aneka omelette, uols boleh order guna kertas yang disediakan kat atas meja. Bahagian bijiran, bread and pastries pun ada tapi dalam pilihan yang minimum. Itu pun rasanya dah lebih dari cukup segala menu yang ada tu. Memang tak dan lerr nak try semua haaa! Dah kenyang dulu sebelum sempat nak ceduk bubur. Haha!

Oh, ciksun lupa nak sentuh pasal aspek family-friendly HIJBCC ni kat atas tadi. Kalau uols nak tahu, HIJBCC ni adalah sangat sesuai untuk uols bawak anak-anak. Sebab apa? HIJBCC menawarkan Kids Stay Freepenginapan PERCUMA untuk maksimum 2 orang kanak-kanak berumur 12 tahun ke bawah kalau berkongsi bilik dengan maksimum 2 orang dewasa.

Dan untuk kanak-kanak yang stay bersama parents kat sini, diorang dapat lagi makan PERCUMA! Syarat ni tertulis untuk diorang pada waktu berikut:
  • bila membuat pesanan untuk sarapan pagi, makan tengahari dan makan malam;
  • bila membuat pesanan  untuk makan di restoran hotel;
  • bila membuat pesanan  dari Kid's Menu (yang mesti terdiri daripada sekurang-kurangnya 1 hidangan utama dan 1 pencuci mulut) dan;
  • bila ditemani oleh sekurang-kurangnya satu (1) orang dewasa yang didaftarkan sebagai tetamu hotel dan mesti memesan sekurang-kurangnya satu hidangan utama dari menu harga penuh.

Tawaran Kids Eat Free ni terhad sehingga empat (4) anak untuk satu keluarga, bagi setiap hidangan ATAU hingga dua (2) anak per parent, bagi setiap hidangan. Berbaloi-baloi kan?

Sempena pembukaan HIJBCC awal Oktober yang lepas, diorang ada buat opening special rate tau. Uols boleh dapat bilik sekali breakfast untuk dua orang bermula dari harga RM193.05 termasuk cukai. So, apa tunggu lagi? Uols boleh terus belek room availability kat website diorang ya!

Menginap 2 Hari 1 Malam di Holiday Inn, Johor Bahru City Centre

Menginap 2 Hari 1 Malam di Holiday Inn, Johor Bahru City Centre

Post a Comment

11 Comments

  1. Amboi bestnyaa staycation dekat Holiday Inn, sini ada restoran K-Fry kan ? betul ke

    ReplyDelete
    Replies
    1. oh bukan, itu Holiday Villa, yang ni hotel baru buka Oktober lepas 😊

      Delete
  2. Boleh cuba check-in sini bila nak g jejalan kat JB :)

    ReplyDelete
  3. Syok lh kalau stay hotel boleh p gym. Mak xdpt nak me time. Berhuhu jela. Bab makan tu baloi ntk kids free. Mmg murah totally

    ReplyDelete
  4. wahhh sunset yg ohsem tuuuh., ;p

    ReplyDelete
  5. Zamn-Zaman pandemik ni akak pun suka stay kat hotel...ada beberapa kali stay hotel tp lebih kepada Me Time...x share pun..malas lebih...

    ReplyDelete
  6. Deluxe room dia luas dan cantik. tertarik pulak tengok karpet dia. Bathroom pun ada ringlight mirror tu. hotspot untuk selfie tu.

    ReplyDelete
  7. Thanks share cik sun. Bestnya pool bukak sampai 10 malam. Selalu kul 7 dah jeling2 suruh balik. Next time g JB bolehla staycation sini.

    ReplyDelete
  8. Bestnya. Boleh lah kalau nak short getaway kat sini nanti. - #CeritaMak

    ReplyDelete
  9. alahai syoknya.. tapi dah PKPB ni mcm xde harapan jek nak staycation..

    https://herneenazir.com/

    ReplyDelete
  10. Rindu nak mandi jakuzi sama-sama awak laaaa...

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com