December Semi Buffet Lunch & Work From Hotel by Holiday Inn Johor Bahru City Centre

December Semi Buffet Lunch & Work From Hotel by Holiday Inn Johor Bahru City Centre | Kalau sebelum ni ciksun dah pernah share tentang weekend buffet dinner dekat Holiday Inn Johor Bahru City Centre, kali ni ciksun nak share pulak pasal weekday punya buffet lunch.

Untuk bulan Disember 2020 ni, diorang ada buat Semi Buffet Lunch setiap hari Isnin hingga Khamis, 12 tengahari sampai 2 petang di Dine @ EIGHT. Kenapa dipanggil Semi Buffet Lunch? Sebab menu-menu untuk lunch ni separuh by ala carte, separuh by free flow servings dari buffet counter.

December Semi Buffet Lunch & Work From Hotel by Holiday Inn Johor Bahru City Centre

Uols boleh datang berdua, dengan rega RM59.80nett for two pax, pilih lah menu ala carte dari Aglio Olio Pasta, Carbonara Pasta, Lamb Shakshuka, Kam Heong Chicken with Rice, Mee Rebus Classic Style dan Kampung Fried Rice. Bila dah pilih salah satu dari menu utama ni, uols boleh pergi layan diri ambik sup, salad, buah-buahan, kuih-muih Nyonya dan minuman dari buffet counter pulak.

Berbaloi ke tak? Bagi ciksun, berbaloi sangat!

Agak-agak kalau nak buat kerja kat hotel pulak, alang-alang nak makan dia punya Semi Buffet Lunch tu kan, boleh ambil pakej Work From Hotel dia terus. Dengan rega hanya RM35.00nett, uols boleh buat kerja dekat lobby lounge dari Isnin hingga Khamis, pukul 9 pagi sampai 5 petang. Complete dengan free flow of coffee and tea, sekali Semi Buffet Lunch (12 pm - 2 pm), dapat guna high-speed WiFi, and 50% off parking rate.

Syok jugak kan?

December Semi Buffet Lunch & Work From Hotel by Holiday Inn Johor Bahru City Centre

Ok, kalau nak book mana-mana pakej atas tu, uols boleh terus contact HIJBCC.

Contact No.: 07-207 8888

4 comments:

  1. Dessertnya nampak comel!
    Memang best ni kalau dating dengan orang yang tersayang!

    ReplyDelete
  2. Mcm best jak menu nya.. lmk x mkn hotel koh 😂😂

    ReplyDelete
  3. Kakak ajak juga aku lunch sini, tapi belum ada berani nak keluar rumah...

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com